Rambut Beruban


Masa tengah siapkan sarapan untuk suami yang akan ke ofis, telinga fokus mendengar bicara Ustaz Hj Zahazan yang ke udara di Radio Ikim bermula jam 6.30 pagi tadi. Kuliah Tafsir ustaz dah berjalan selama beberapa tahun. Tak dapat dibayangkan dah berapa banyak ilmu bermanafaat yang telah dicurahkan oleh ustaz buat kita-kita semua...alhamdulillah.

Tertarik hati untuk highlightkan satu point ustaz dalam kuliah pagi tadi... berkenaan dengan Rambut Beruban. Kata ustaz, sekarang ini ramai yang tak senang duduk bila uban dah ada di kepala. Ramai yang ikhtiar pergi kaler rambut tu balik dengan kaler hitam. Perlu diingat bahawa ada hadis Rasulullah SAW yang menegaskan bahawa haruslah dielakkan dari mewarnakan rambut dengan warna hitam. Boleh kalau nak kaler, tapi biarlah dengan kaler lain umpamanya kuning ataupun kemerah-merahan. Mengaler pulak kena pakai bahan yang halal contoh yang jelas ialah dengan pakai inai. Inai pun kena perhati jugak, sekarang ada macam2 jenis inai. Jangan sampai kita tersilap pilih inai yang tak halal, tak telus air wudhuk dsb. Nak senang citer elok la tumbuk pakai inai yang kat pokok je.

Ada peringatan dari ustaz yang membuat saya berhenti seketika ketika sedang menyapu mentega di roti. Kata ustaz, seeloknya kita biarkanlah saja uban di kepala, sekurang-kurangnya dapat membuat kita sedar bahawa usia dah makin lanjut. Bila rambut dah beruban, maka akan dapat mengingatkan diri kita tentang kematian dan hari akhirat. Sepatutnya kita bersyukur sangat2 kerana Allah pilih kita untuk dapat mengingatkan orang lain sama bila mereka terpandangkan uban di kepala kita. Subhanallah...

Sama2 kita renungkan betapa dunia ini sebenarnya amat singkat sekali tempoh masanya. Satu hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Jika 100 tahun di dunia, ada ilmuan yang congak2 tempoh masa di akhiratnya hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja. Jadi misal kata usia kita Allah takdirkan dapat bertahan sehingga ke usia Rasulullah SAW yang meninggal pada umur 63 tahun, maka sebenarnya tempoh masa kita hidup di dunia ini hanyalah sekitar 90 minit sahaja di akhirat. Hidup lama yang kita kecapi di dunia sebenarnya amat singkat sekali. Bila dah meninggal dunia kita akan dibangkitkan kembali dan akan berdepan dengan kehidupan akhirat yang infiniti...

Oleh itu mari kita luangkan masa bermuhasabah diri, lihat di mana keberadaan kita sekarang ini. Adakah kita sedang mengikut syariat Allah atau sebaliknya. Amalan kita hari ini menentukan kedudukan kita di akhirat nanti. Jika Allah takdirkan penghujung kita baik, maka bersyukurlah dengan rahmat Allah itu. Jika Allah takdirkan penghujung kita tidak baik, maka jangan kita salahkan Allah dan ikut sabitkan orang2 lain di sekeliling kita tapi waktu itu kena terima hakikat pembalasan yang diterima adalah berpunca dari diri kita sendiri. Allah dah bagi macam2 nikmat buat kita, tapi kita tak gunakan dengan sebaik-baiknya nikmat yang Allah beri. Kita tak rasa satu urgency untuk:
  • solat di awal waktu
  • amalkan solat-solat sunat untuk menampung kekurangan dalam solat fardhu
  • mengaji quran
  • berpuasa sunat
  • bersedekah
  • berbuat baik sesama insan
  • berhenti berbuat yang tak baik sesama insan dan sebagainya.
Wallahu'alam.

Mari hafal Asmaul Husna

Dalam jarak 500m lagi nak sampai rumah, saya singgah sekejap kat gerai kawan yang jual nasi lemak. Sebelum turun kereta, nampak beliau cepat2 letak buku yang sedang dibaca bila tengok saya datang. "Oh sempat baca buku lagi Imah", bisik hati kecil saya...

Sambil mintak dibungkus nasi lemak, sempat le borak-borak kejap dengan Imah. Saya tegur la pasal dia baca buku tu.. "Rajin Imah, sambil meniaga pun sempat lagi baca buku..."

"Alaaa... sambil2 je, taknak bagi ngantuk... takde apa nak buat pun sementara orang takde..."

Saya belek2 buku yang Imah baca... tertera tajuk, Tafsir Surah Al-Mulk.

"Sambil duduk2 ni sempat le hari tu hapal Asmaul-Husna. Nasib baik le ustazah kat kelas suh hapal, tu yang jadi kena hapal... kalau tak sampai hari ni tak hapal-hapal..."

"Oh bagusnya Imah.. saya asmaul-husna sampai hari ni duk tersekat2 lagi.. tak lancar-lancar.. nampak gaya pasni nak kena balik hapal..."

Perbualan singkat dengan Imah menyuntik semangat untuk kembali sambung hafal Asmaul-Husna. Selama ni semangat dalam diri sekejap naik sekejap turun. Imah sambil jual nasi lemak pun boleh ambik masa tambah ilmu, takkan saya yang duk rumah tak boleh. Alhamdulillah Allah beri kelapangan buat Imah walau dalam sibuknya dia mencari rezeki. InsyaAllah ada keberkatan dalam rezeki...


Firman Allah:
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu,...
(Surah al-A'raf:180)

dan hadis Rasulullah SAW:

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw bersabda: 'Allah Ta'ala mempunyai 99 nama. Siapa menghafalnya masuk syurga. Dan sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Tunggal, mencintai ketunggalan.' (HR Muslim)




Ya Allah
Ya Rahman - Yang Maha Pemurah
Ya Rahim - Yang Maha Penyayang
Ya Malik - Yang Merajai
Ya Quddus - Yang Maha Suci
Ya Salam - Yang Maha Sejahtera
Ya Mukmin - Yang Maha Memberi Keamanan
Ya Muhaimin - Yang Maha Memelihara
Ya ‘Aziz - Yang Maha Perkasa
Ya Jabbar - Maha Memaksa
Ya Mutakabbir - Yang Memiliki Segala Kesombongan
Ya Khaliq - Yang Maha Mencipta
Ya Bari’ - Yang Maha Mengadakan
Ya Musawwir - Yang Maha Membentuk Rupa
Ya Ghaffar - Yang Maha Pengampun
Ya Qahhar - Yang Maha Mengalahkan
Ya Wahhab - Yang Maha Memberi
Ya Razzaq - Yang Maha Pemberi Rezeki
Ya Fattah - Yang Maha Pembuka Pintu Rahmat
Ya ‘Alim - Yang Maha Mengetahui
Ya Qaabidh - Yang Maha Penyempit Hidup
Ya Baasit - Yang Maha Melapangkan
Ya Khaafidh - Yang Maha Menurunkan Darjat
Ya Raafik - Yang Maha Mengangkat Darjat
Ya Mu’izz - Yang Maha Memuliakan
Ya Mudzill - Yang Maha Menghinakan
Ya Samiik - Yang Maha Mendengar
Ya Basiir - Yang Maha Melihat
Ya Hakam - Yang Maha Menetapkan Hukum
Ya Adl - Yang Maha Adil
Ya Latif - Yang Maha Lemah Lembut
Ya Khabir - Yang Maha Mengetahui(Berwaspada)
Ya Halim - Yang Maha Penyantun
Ya ‘Azim - Yang Maha Agung
Ya Ghofur - Yang Maha Pengampun
Ya Syakur - Yang Maha Berterima Kasih
Ya ‘Aliy - Yang Maha Tinggi Martabat-Nya
Ya Kabir - Yang Maha Besar
Ya Hafiz - Yang Maha Memelihara
Ya Muqit - Yang Memberi Makan
Ya Hasib -Yang Maha Menghitung
Ya Jalil - Yang Mempunyai Kebesaran
Ya Kariim - Yang Maha Pemurah
Ya Raqiib - Yang Maha Mengawasi
Ya Mujiib - Yang Maha Mengabulkan
Ya Waasik - Yang Maha Luas Pemberiannya
Ya Hakiim - Yang Maha Bijaksana
Ya Waduud - Yang Maha Pencinta
Ya Majiid - Yang Maha Mulia
Ya Baa’iht - Yang Maha Membangkitkan
Ya Syahiid - Yang Maha Menyaksikan
Ya Haqq - Yang Maha Benar
Ya Wakiil - Yang Maha Mengurusi
Ya Qawi - Yang Maha Kuat
Ya Matiin - Yang Maha Sempurna Kekuatan-Nya
Ya Wali - Yang Maha Melindungi
Ya Hamiid - Yang Maha Terpuji
Ya Muhsi - Yang Maha Menghitung
Ya Mubdik - Yang Maha Memulai/Pemula
Ya Mu’iid - Yang Maha Mengembalikan
Ya Muhyi - Yang Maha Menghidupkan
Ya Mumiit - Yang Maha Mematikan
Ya Hayy - Yang Maha Hidup
Ya Qayyuum - Yang Berdiri Sendiri
Ya Waajid - Yang Maha Menemukan
Ya Maajid - Yang Maha Memuliakan
Ya Waahid - Yang Maha Esa
Ya Ahad - Yang Tunggal
Ya Samad - Yang Maha Kekal, Yang Ditujui
Ya Qadir - Yang Maha Kuasa
Ya Muqtadir - Yang Mencipta Segala Kekuasaan
Ya Muqaddim - Yang Maha Mendahulukan
Ya Muakhkhir - Yang Mengakhirkan
Ya Awwal - Yang Maha Permulaan
Ya Akhir - Yang Maha Penghabisan
Ya Zohir - Yang Maha Menyatakan (Bukti)/Yang Zahir
Ya Batin - Yang Maha Tersembunyi
Ya Wali - Yang Maha Menguasai Urusan
Ya Muta’aali - Yang Maha Luhur
Ya Barr - Yang Berbuat Baik
Ya Tawwab - Yang Maha Penerima Taubat
Ya Muntaqim - Yang Maha Menuntut Bela
Ya Afuw - Yang Maha Pemaaf
Ya Ra'uf - Yang Maha Belas Kasihan
Ya Malik-ul-Mulk - Yang Menguasai Kerajaan
Yal Jalali-Wal-Ikram- Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan
Ya Muqsit -Yang Maha Adil
Ya Jamik - Yang Maha Mengumpulkan
Ya Ghoni - Yang Maha kaya-raya
Ya Mughni - Yang Maha Pemberi Kekayaan
Ya Manik - Yang Mencegah
Ya Dhar - Yang Membahayakan
Ya Nafi’ - Yang Memberi Manfaat
Ya Nur - Yang Mencipta Cahaya
Ya Hadi - Yang memberi Petunjuk
Ya Badi - Yang Tiada Tolok Bandingnya
Ya Baqi - Yang Maha Kekal
Ya Warith - Yang Maha Mewarisi
Ya Rasyid - Yang Maha Pandai
Ya Sabur - Yang Maha Sabar






Aloe Vera Pengubat Luka

Tanpa diduga satu hari tu, tapak tangan saya berdarah terguris dawai yang dah agak berkarat. Timbul risau bila teringat anak pernah bercerita yang benda karat boleh menyebabkan kancing gigi. Saiz luka ishk boleh tahan besar. Gerun tengok. Dalam tengah duk menahan sakit, saya cepat2 pergi patahkan daun Aloe-Vera(Daun Lidah Buaya) dan terus tekapkan dekat luka. Saya picit2kan lendir daun dan ulang sapu di tempat luka. Alhamdulillah tak lama lepas tu, saya lihat darah dah berhenti keluar. Selang sejam kemudian, syukurlah saya dah boleh terus sambung buat kerja2 memasak pula. Bila dibelek2, luka nampaknya macam dah tertutup di sepanjang hari itu. Sakit pun dah tak rasa sangat. Keesokannya pula, dengan izin Allah luka di tapak tangan itu telah tertutup sepenuhnya.. alhamdulillah ajaib sungguh rasa.

Berbeza dengan kejadian kedua yang saya alami selang beberapa hari selepas itu. Kali kedua, luka di hujung jari pulak. Sakit tak boleh cerita sebab lukanya agak dalam terkena pisau dapur. Masa tu saya tengah mayang bawang. Habis kena darah bawang merah yang sedang dimayang. Waktu tengah menahan sakit, suami cepat2 pergi potong Aloe Vera. Tapi malangnya kali ini, saya tersilap perhitungan... pergi basuh dulu luka tersebut sebelum sempat disapu Aloe Vera. Sudahnya luka jadi tak henti2 keluar darah. Selepas disapu Aloe Vera tetap tak mau jugak, darah tetap terus mengalir keluar. Rasa sakit pun makin menjadi-jadi.

Suami dah nampak cemas bila tengok banyak darah, itu yang pergi kerat bukan setakat satu Aloe-Vera saya tapi kerat sampai tiga empat potong lagi. (Dalam hati berkata2...habislah pokok Aloe-Veraku..) Lepas tu suami ulang2 sapu di tempat luka, nampak tekun cuba nak hentikan pengaliran darah... tapi malangnya tetap tak menjadi jugak. Sepanjang hari lah saya tak dapat buat kerja2 rumah, sakit berdenyut2 tempat luka sampai rasa lemah seluruh badan. Memang rasa macam nak demam mungkin sebab banyak keluar darah. Sampailah ke hari ini (dah masuk seminggu) luka masih tak nak sembuh, tempat luka belum tertutup dan sakit pun masih begitu terasa jika tiba2 tersilap pergi picit tempat luka.

Kesimpulan: Bila luka terus sapukan Aloe-Vera on the spot. Jangan basuh luka dengan air, terus je sapu Aloe Vera. InsyaAllah luka akan tertutup, sakit tidak berpanjangan dan kulit kembali pulih seperti sediakala dalam masa yang begitu singkat sekali.. InsyaAllah.
*sila abaikan kaedah ini jika ada simpan stok ubat luka di rumah. :)


Kain Alas

Pernah diceritakan...

Pada suatu hari, seorang hamba Allah telah pergi berziarah ke rumah seorang teman. Sampai-sampai je, tuan rumah dengan ramahnya terus mempersilakan beliau masuk. Seronok rasa bila melangkah masuk ke dalam rumah temannya itu. Suasana begitu mengundang dengan susunan perabotnya kelihatan begitu kemas sekali. Walaupun hanya rumah kampong tapi sedap pulak mata memandang.

Tambah lega hati bila dapat duduk di sofa empuk di ruang tamu. Dalam hati memuji keprihatinan tuan rumah sekeluarga yang nampak begitu teliti dalam menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah. Tv yang terletak betul2 bersebelahan dengan set sofa bertutup litup dengan kain yang bercorak bunga matahari. Berpaling ke arah kanan pula, nampak peti-ais juga bertutup dengan kain lace yang cantik. Nampak sangat tuan rumah begitu pentingkan kecantikan dan kebersihan, tak nak bagi berhabuk barang2 dalam rumah, tu sebab semua perabot pakai kain alas...agaknya.

Tiba-tiba, isteri tuan rumah muncul ke ruang tamu sambil tangan membawa dulang berisi kopi-O serta biskut gula. Gulppp... terkedu rasa sebab tak dapat nak mengelak dari terpaksa berdepan dengan isteri tuan rumah yang...alahai... rupa-rupanya tidak bertudung...


Segalanya Bermula Dengan Niat

Dunia sudah hampir sampai ke penghujung. Elok lah kita sama-sama tingkatkan amal. Jangan amal masih di takuk lama. Jika tahun sudah kita hanya berjaya istiqamah solat Dhuha 2 rakaat, apa kata tahun ini kita tambah 2 rakaat lagi biar jadi 4 rakaat setiap pagi. Kalau selama ini kita ikut bersolat Kobliah dan Baadiyah hanya bila sesekali ke masjid, apa kata kita cuba menjadikan ia sebagai rutin sebelum dan selepas kita bersolat fardhu di rumah.

Biar ada peningkatan dalam kualiti amal kita selari dengan masa yang bergerak pantas, bersaing dengan usia kita yang makin hari semakin berkurang. Orang kata... dunia dah kata pergi, kubur pun dah kata mari...

Segala amalan dan perlakuan kita semuanya bermula dengan niat. Jika niat baik, InsyaAllah akan mendapat pahala yang menjanjikan Syurga buat kita. Jika niat tidak baik maka secara tidak langsung ia membawa kepada dosa, lalu dosa itu akan membawa kita kepada Neraka.

Mari kita perbaiki amalan masing-masing. Biar ada niat dalam hati kita untuk memperbaiki amalan yang mana kurang di sini sana. InsyaAllah rahmat Allah akan sentiasa bersama kita jika kita sentiasa cuba memperbaiki amalan kita. Usaha kita tidak akan sia-sia sebaliknya InsyaAllah Allah akan sentiasa beri hidayah pada kita. Jalan kebenaran akan sentiasa menyuluh kita, cahaya kebenaran sentiasa menerangi. Bila rahmat Allah dekat dengan kita, hati akan sering rindu untuk banyak melakukan amal, hati akan rasa teringin untuk sentiasa berjemaah di masjid dan duduk mendengar di majlis ilmu.

Niat.... apa sebenarnya niat dalam hati kita? Berniatlah semuanya kerana Allah. Contoh bila nak pergi kerja, niatlah "...aku nak pergi kerja ni untuk dapat rezeki yang halal semata2 kerana Allah..." Bila dah niat macam tu, perkerjaan yang kita lakukan secara automatik akan bertukar menjadi ibadah yang pastinya ada ganjaran pahala di sisi Allah.

Apa saja amalan kita bergantung kepada niat. Kalau hati baik, amalan baik lah kita. Kalau buruk maka buruklah kita. Allah akan singkap hati kita, tak boleh tipu Allah. Allah Maha Mengetahui segala isi hati. Niat yang ikhlas, niat yang baik akan diangkat oleh Allah. InsyaAllah akan beroleh ganjaran pahala. Amal bergantung kepada niat. Rosaknya amal juga kerana niat. Mungkin juga niat kita baik tapi malangnya bila perlaksanaannya tak betul, maka semuanya menjadi sia-sia. Niat mestilah berlandaskan syariat Allah. Amal kita akan binasa kalau tak ikut syariat Allah.

Pokok niat adalah semata-mata kerana Allah. Sebagaimana ayat yang kita baca dalam doa Iftitah sebelum al-Fatihah dalam solat: "... Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam..."

Bila berniat, ikhlaskan kerana Allah. Jauhi perasaan riak dan ujub dalam ibadah. jangan ada perasaaan ingin dipuji oleh makhluk bila kita pergi ke masjid contohnya. Kena ikhtiar pelihara diri dari berperasaan riak.

Rasa riak boleh dikawal dengan cara kita sentiasa bermujahadah dalam menentang hawa nafsu. Kena ada benteng untuk menghalang hawa nafsu dari menguasai diri kita. Biar kita yang kuasai dia, bukan dia yang kuasai kita. Selain itu mesti melazimkan diri dengan niat semuanya kerana Allah. Lazimkan perkataan berbuat kerana Allah. Kalau terima pujian pula, ingatlah pada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah.

Niat bila dah baik, jangan pula perlaksanaannya salah. Kalau tau buat salah, jangan buat lagi. Jangan bila kita dah tau ianya salah, kita terus juga melakukannya. Kena perbaiki kesalahan-kesalahan kita. Kena minta ampun pada Allah, perbanyakkan beristighfar.

Biar sungguh-sungguh dalam beribadat contoh kalau niat nak bangun Tahajjud tapi tak terbangun juga, InsyaAllah melalui niat itu saja dah dapat pahala. Malam seterusnya cuba lagi untuk realisasikan niat kita untuk bangun Solat Tahajjud itu. Usaha yang ikhlas InsyaAllah akan mendapat bantuan dari Allah SWT.

Mari sama-sama kita perbetulkan niat... biar baik niat kita... biar semuanya hanya semata2 kerana Allah.

Sedekah

Sedekah sebaiknya dilakukan secara sembunyi. Itu yang terbaik. Bila memberi dengan tangan kanan, ibaratnya biar tangan kiri pun tak tahu. Keseronokan memberi akan dapat dirasai kerana manisnya hidup adalah pada ertikata memberi.

Dikatakan orang yang kaya sebenarnya ialah orang yang kaya jiwa. Terhias sifat penyayang dan sifat terpuji dalam diri. Tetapi orang yang kaya hakikatnya miskin jika tidak kaya jiwa. Mereka termasuk dalam golongan orang yang bakhil.

Bagaimana nak disiplinkan diri agar sentiasa kaya jiwa? Jawapannya ialah dengan sentiasa bersedekah. Biar jadi budaya, biar jadi sampai peringkat ketagih untuk bersedekah. Sedekah dapat mengundang balik pulangan dalam hidup kita. Yakinlah. Kita bagi, Allah pasti akan ganti balik. Limpahan yang lebih banyak akan Allah beri, InsyaAllah.

Ikhlaskan hati dalam memberi. Kita dapat rasakan sendiri samada kita ikhlas atau sebaliknya sewaktu memberi. Ada waktunya pula bila kita sedang ikhlas dalam memberi, datang pula gangguan syaitan yang cuba nak rosakkan keikhlasan kita. Maka perlu lawan cobaan itu kerana ia adalah halangan, tentangan dan cabaran untuk menghalang kita ke Syurga Allah.

Memang ramai yang inginkan Syurga tapi malangnya tak ramai yang nak beramal untuk mengumpul pahala menuju ke sana. Maka jadilah kita orang yang tak tahu malu. Nak Syurga Allah, tapi tidak ketara kesungguhan dalam beramal. Perlu diingat bahawa salah satu cabang amalan untuk meraih pahala ialah melalui jalan bersedekah. Maka rajin-rajinlah kita bersedekah, moga nanti akan ada ganjaran pahala dari Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati.... ameen.


Zahirkan rasa Syukur

Dikatakan ada 3 perkara yang boleh menghilangkan kedukaan:
  1. air - badan rasa segar bila dapat mandi selepas seharian penat bekerja
  2. warna hijau - kalau ada masalah, elok kalau kita bawak2 berjalan tengok pemandangan hijau yang dapat tenangkan hati
  3. sesuatu yang cantik - bila dapat pandang sesuatu yang sedap mata memandang, tentunya dapat buat hati kita tenang.
Kena sabar dalam melakukan kebaikan, tanpa ada STOP, tanpa ada rasa jemu. Allah janjikan pahala dan tempat yang baik untuk kita. janji Allah pasti akan berlaku. Amal yang soleh tidak akan disia-siakan oleh Allah, InsyaAllah moga ada peluang untuk kita duduk beristirehat di Syurga Allah...ameen

Di waktu sulit, pohonlah bantuan Allah dengan sifat sabar dan perbanyakkan solat. Tidak ada kekuatan kita melainkan dengan kekuatan dan pertolongan Allah SWT. Kena bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Zahirkan rasa syukur dengan perbanyakkan ucapan Alhamdulilllah.

Sematkan tekad untuk sentiasa solat di awal waktu. Sebaik saja dengar seruan azan, marilah kita berhenti melakukan urusan dunia, terus tutup tv bila dah masuk waktu solat, jawab azan jangan hanya buat tak tahu takkala mendengarnya, biar kita termasuk dalam golongan orang2 beriman yang hatinya bergetar bila disebut nama Allah dan bilamana terdengar ayat2 dari kalam Allah.


Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...