Alhamdulillah, hari Sabtu lalu saya dan en suami berpeluang untuk ikut serta dalam pengisian Kursus Umrah yang dibawa oleh Ustad Fadzrien dari agensi umrah Tiram Travel Rawang.
Alhamdulillah sepertimana sebelumnya, perkongsian ustad sangat padat dan begitu bermanafaat buat kami sebagai peserta kursus. Jazakallah ustad, moga ilmu yang dikongsi mendapat rahmat serta keberkatan dari Allah SWT ..aamiinn
Syukur alhamdulillah dapat hadir ke majlis ilmu. Syukur Allah rezekikan untuk dapat mengulang-kaji ilmu berkaitan umrah. Ustad pesan agar kita sentiasa doa moga² Allah beri kelapangan waktu untuk ke Masjidil Haram. Untuk nak ke sana, mesti nak kena dapat jemputan dari Allah. Jadi kena mohon Allah beri waktu, kena mohon Allah beri kesihatan. Bulan 1 dan 2 adalah musim sejuk di Mekah dan Madinah. Moga² dapat buat umrah dengan sempurna. Semua memerlukan persediaan fizikal yang banyak. Jadi kena konsisten melakukan senaman dan berlatih berjalan kaki supaya lebih mudah untuk kita melaksanakan ibadah umrah dalam keadaan bersedia.
Perbanyakkan ucap Talbiyah. Mohon Allah pilih kita jadi tetamu-Nya..aamiinn
UMRAH adalah mengunjungi Baitullah al-Haram dengan mengerjakan ibadah tawaf, saie dan bergunting/bercukur menurut syarat² sah-nya serta wajib-nya.
Syarat² wajib umrah:
- Islam
- Baligh
- Merdeka
- Berakal
- Berkuasa/mampu
Persediaan fizikal
✔️Tubuh badan yang sihat dan cergas
✔️Ubat-ubatan /supplement/alat bantuan yang sesuai dan cukup.
✔️Pakaian yang sesuai
✔️Wang belanja yang cukup dan halal.
Persediaan Rohani
✔️Perbetulkan niat. Biar niat kita nak buat umrah semata² kerana Allah Taala.
✔️Perbanyakkan istighfar
✔️Perbanyakkan taubat
✔️Tingkatkan ilmu berkaitan perjalanan dan perlaksanaan ibadah umrah. Contoh: tengok dalam youtube (tapi kena pandai pilih takut berlainan mazhab).
Makanya:
- Kena bersenam untuk bersedia.
- Kena banyak berjalan kaki.
- Bawak ubat paracetamol, ubat batuk dsb. Kalau pergi farmasi biasanya deorang akan tahu dan beri kit ubat-ubatan yang mana perlu dibawa oleh jemaah umrah atau haji.
- Bawak baju yang tebal supaya dapat tahan sejuk. Sebabnya musim sejuk Januari dan Februari memang sejuk buat mereka yang tak tahan sejuk. Mudah untuk nak rasa demam. Jadi kena bersedia.
- Kena pergi dengan ilmu, baru kita dapat buat ibadah dengan yakin. Kena ada ilmu sebelum kita jadi tetamu Allah.
Persiapan Sebelum Berlepas
- Telefon pintar
- alamat e-mail
- Applikasi NUSUK
Apps ini wajib untuk setiap orang yang mengambil visa pelancong kerana ia perlu untuk permit masuk Raudhah. Setiap orang dia akan check apps ini. Untuk daftar apps Nusuk perlu ada e-mail. Satu e-mail untuk seorang individu, tak boleh kongsi e-mail untuk apps orang lain. Apps Nusuk tetap perlu bagi yang ambil visa umrah untuk permit masuk Raudhah kali ke2 dan ke3.
Kena check dah dapat visa ke belum. Kena check, pastikan muka, nama dan butiran di visa sama dengan di paspot.
Kalau dah ada visa, dah boleh daftar NUSUK. Nak daftar kena pakai alamat e-mail. Mesti daftar semasa di Malaysia jangan semasa kat sana baru nak daftar NUSUK.
Check blacklist, dikhuatiri ada sekatan.
Kalau pergi dengan MAS, kena check-in secara individu. Dia nak tengok seorang demi seorang.
Jangan terlepas waktu dalam apps NUSUK nak masuk Raudhah. Nak masuk Raudhah elok pergi satu jam sebelum waktu yang ditetapkan sebab kena beratur.
Jemaah yang ambil visa umrah kena ada e-visa biometrik - >> jadi kena scan jari. Bagi yang ambil visa pelancong, tak perlu.
RUKUN UMRAH
(1)Niat
(2)Tawaf
(3)Saie
(4)Bercukur/bergunting
(5)Tertib
Rukun umrah datang dalam satu set 5 perkara itu. Walau berulang kali buat umrah sekalipun mesti melalui set ini. Rukun umrah kena buat. Kalu tak buat, tak sah umrah/BATAL.
WAJIB UMRAH
(1)Niat ihram di Miqat
(2)Meninggalkan perkara² larangan dalam ihram.
Kena buat, kalau tak buat tetap sah umrah tapi ada lompong².
Jadi nak ganti lompong tu maka kena bayar DAM. Contoh1: niat umrah selepas melepasi miqat. Sah umrahnya tapi kena DAM. Analoginya kata ustad, orang yang solat tapi tertinggal buat tahiyyat awal. Sah solat nya tapi kena ganti dengan buat sujud Sahwi.
Boleh berniat di Malaysia dan tak kena dam sebab belum melepasi miqat. Tapi tu lah, jadi lama lah tempoh duduk dalam ihram.
NIAT
Niat itu lintasan hati. Boleh buat di mana², bila² masa. Tapi yang menyempurnakan niat umrah kita, kita berniat di Miqat.
CARTA PERLAKSANAAN UMRAH
✔️Niat ihram
✔️Niat di miqat
~miqat: sempadan untuk berniat.
Cth; (Bir Ali - dari Madinah), (Qarnil manazil - niat atas kapalterbang dari Malaysia). Boleh niat ihram di madinah, tak kena dam sebab belum melepasi miqat. Boleh niat ihram di hotel mekah tapi kena dam sebab dah melepasi miqat.
Tak boleh batal niat ihram sesuka hati.
~ Lafaz niat ihram dan di galakkan niat bersyarat.
Lafaz Niat: Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
Jika aku terhalang dengan apa² halangan, maka halal lah aku.
DAM
Dam ada yang boleh dipilih dan ada yang tak boleh dipilih.
Contoh: yang boleh pilih seperti memberi makan 10 fakir miskin, boleh menyembelih kambing dll
*tak semua kesalahan kena dam, jadi rujuk mutawif
✔️Menjaga larangan ihram
Larangan ihram:
(1) Taraffuh
Perkara yang boleh patah balik. Jika sengaja melakukannya kena dam. Namun jika tak sengaja, maka tak kena dam.
Contoh:
~dalam bab pakaian - cth pakai baju biasa bagi lelaki
~pakai bau-bauan
~hubungan jantina
(2) Itlaf
Contoh:
~bab kecantikan
~alam sekitar.
Yang melibatkan kemusnahan. Tak boleh patah balik.
Jika sengaja, berdosa dan kena dam. Jika tak sengaja, tak berdosa tapi tetap kena dam.
Cth: cabut bulu kening, tak dapat nak letak balik. cabut pokok, tak dapat sambung balik. Bunuh belalang, tak dapat hidup balik belalang tu.
Makanya, jika sikat rambut dan atas perbuatan itu rambut luruh ~》 kena dam. Jadi sebaiknya elakkan menyikat rambut semasa dalam ihram.
✔️Tawaf
Nak buat tawaf mesti ada wudhu. Mesti suci dari najis. Kena tutup aurat. Kedudukan tempat kita mula bertawaf (dalam linkungan 90° Hajarul Aswad bertentangan isyarat lampu hijau), itu lah tempat selesai kita bertawaf. Jangan terkurang 4 atau 5 langkah kita dah berhenti atau berjalan keluar dari garisan tawaf contoh: bilamana kita nampak mutawif dah selesai dan sedang berjalan keluar dari dataran kaabah kita pun nak ikut keluar sedangkan kita belum sampai di tempat kita bermula. Jadi kena selesaikan dulu, baru keluar dari garisan kita tawaf.
▪️Beridtiba'(lelaki buka bahu kanan)
▪️Sampai di Rukun Yamani..baca lah..' Rabbana atina fiddunnia hasanah wafil akhirotihasanah waqina azabannar..'
▪️Pandang hajarul aswad baca lah, 'Bismillahi Allahu Akbar 3x disertai dengan Walillah hilham'
▪️Tiada satu pun bacaan yang wajib sepanjang tawaf dan saie sebenarnya. Tak baca apa pun tak apa namun seeloknya kita bacalah atau ucap kan apa² zikir yang inshaaAllah moga² ibadah kita lebih mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT..aamiinn
**💌Alhamdulillah saya mengira pusingan tawaf dan saie sebanyak 7 pusingan dengan yakin melalui zikir
Astaghfirullah hal adzim ~ Pusingan 1
Subhanallah ~ Pusingan 2
Alhamdulillah ~ Pusingan 3
Allahu Akbar ~ Pusingan 4
Lailaha illallah ~ Pusingan 5
Allahummasolli ala muhammad wa ala ali muhammad ~ Pusingan 6
La khaulawala quwata illa billah ~ Pusingan 7
Terserah pada kehendak atau keyakinan masing² untuk mengira 7 pusingan ini.. Ada yang mengira dengan jari, tasbih, helaian buku kecil dan sebagainya.
Boleh tawaf beralih² garisan asalkan bahu kiri tetap mengirikan kaabah. Jangan berpusing badan.
.....................................
Saya ada bertanya pada ustad tentang bolehkah pakai kasut (yang bersih dan suci dari najis) untuk ganti pakai stokin tawaf yang pernah saya guna sebelum ini. Kata ustad boleh. Alhamdulillah.
Dan saya juga bertanya untuk mendapat kepastian, bolehkah pakai sunskrin dan sunblock selepas berwudhu sebelum mula melakukan tawaf. Ustad kata boleh. Alhamdulillah.
.......................................
Setelah selesai tawaf, bergerak keluar dari garisan mencari ruang untuk Solat Sunat Tawaf. Selepas solat, pergi ke tempat minum air zam zam. Niat lah apa² yang kita hajatkan semasa minum air zam zam.
Masa pakai ihram jangan pergi kucup kaabah sebab di kelambu kaabah ada bau wangi-wangian. Selesaikan dulu umrah. Selepas selesai bergunting boleh pergi balik ke kaabah.
Mesti muhasabah selepas buat tawaf, tanya diri adakah sempurna tawaf ku tadi, adakah cukup bilangan pusingan tawaf, adakah masih kekal dalam wudhu semasa tawaf tadi... Bila yakin sempurna baru boleh buat Saei. Tidak sah Saei jika tawaf tidak sah.
✔️Saie
Berjalan berulang-alik sebanyak 7x iaitu dari Bukit Safa ke Marwah(angka ganjil pusingan 1, 3, 5, 7), Marwah ke Safa(angka genap pusingan 2,4, 6). Jadi laluan terakhir ialah Safa ke Marwah. Saie kita akan berakhir di Marwah.
Satu²nya lorong untuk ke tempat Saie ialah bertentangan dengan Rukun Iraqi. Jadi kalau terpisah dari ahli kumpulan, apa² pun inshaaAllah akan jumpa juga di lorong tersebut.
Berbeza dengan tawaf, saei tidak wajib ada wudhu.
Tawaf ~ jarak lebih kurang 1.5 km (7pusingan)
Saie - jarak lebih kurang 3.4km(7x berulang-alik)
✔️Bergunting/bercukur
Selesai Saie, boleh terus bergunting di kawasan Marwah(jaga² aurat) atau boleh balik bergunting di hotel. Lelaki boleh terus bergunting di Marwah atau boleh bercukur di mana² kedai gunting. (Di bawah hotel Safwa underground banyak terdapat kedai gunting)
✔️Tertib
Sunat Sebelum Ihram
- Memotong kuku
- Menanggalkan bulu ketiak, ari²
- Mengandam misai, rambut
- Mandi sunat ihram
- Memakai minyak wangi/bau-bauan(tapi di badan sahaja bukan di pakaian)
- Memakai pakaian ihram
Lelaki: dua helai kain yang tidak bersarung/berjahit yang bercantum. Tak boleh pakai kopiah. Tak boleh pakai sarung tangan.
Perempuan: tak boleh tutup muka dan pakai sarung tangan.
- Solat sunat ihram.
................................................
Selagi keberadaan kita di Masjidil Haram, perbanyakkan mengerjakan Tawaf Sunat. Sangat afdal kerana kita berada di Masjidil Haram yang terletaknya Kaabah. Tawaf tidak ada di tempat lain melainkan di Kaabah sahaja. Banyakkan memandang Kaabah. Pandang Kaabah saja pun dah dapat pahala InshaaAllah. Cuba untuk sentiasa solat fardhu dan solat sunat di masjid. Rugi lah kalau dah datang ke Mekah, tapi hanya solat di bilik hotel atau di surau hotel.
Kena ada ilmu untuk solat jenazah.. kena belajar, biar lebih sempurna. Kerana di sana sentiasa ada kematian. Jadi biasanya kita akan ikut bangun untuk solat jenazah usai solat fardhu.
Nak buat apa² semasa tawaf dan saie, kena berhenti dulu dari berjalan. Nak cari suami/anak/kawan kena berhenti dulu baru pusing belakang atau kiri kanan mencari. Selepas itu, undur 3 hingga 4 langkah, sambung balik tawaf atau Saie. Sebab kita buat Tawaf hanya untuk tujuan tawaf semata² kerana Allah, bukan tujuan perkara lain.
Sebelum meninggalkan Mekah, kena buat Tawaf Wada'. Iaitu tawaf selamat tinggal.
Ustad ingatkan sekali lagi, ubat yang dibawa jangan cukup², tapi kena cukup.
DI masjid Nabawi, tempoh dapat berada dalam Raudhah biasanya hanya dibolehkan 15minit sahaja. Atas rezeki masing² jika dapat duduk lebih lama, wallahu 'alam.
Selamat mengerjakan umrah buat semua Tetamu Allah. Moga beroleh Umrah yang Maqbullah..InshaaAllah.. Aamiinn
💌💌💌💌💌💌💌