Ciri-ciri Ilmu Yang Bermanafaat

...sedutan kuliah maghrib...

Ustad cerita....

Kata Imam Ghazali rm:
Ilmu yang bermanafaat itu antara ciri-cirinya ialah ~

(1)Semakin kita belajar, semakin takut kita dengan Allah. Bukan makin kita mengaji, makin buat kita sombong, makin rasa diri tu hebat. Allah menjadikan bumi sebagai hamparan. Allah bagi kebebasan untuk kita berjalan dan hidup di atas mukabumi-Nya. Kita bebas nak dapatkan sesuatu yang di ingini namun dilarang menggunakan cara yang haram. Kalau semuanya kita ada contoh pangkat, harta, kuasa dan lain-lain tapi takut pada Allah SWT tak ada maka bermasalah besar lah kita.

(2) semakin kita belajar, semakin nampak cela atau aib diri. Orang yang jahat di atas dunia, semakin berat beban yang akan ditanggung di akhirat. Ada orang yang kita berkawan dengannya, kita nampak perangai dia yang sombong dan suka cakap maki2 orang sedangkan tuan empunya diri tak sedar perangai dia macam tu. Dia tak nampak aib diri sendiri sedangkan orang di sekelilingnya nampak akan hal itu. 
Makanya kita bila semakin mengaji, inshaaAllah biar mampu melihat cela diri, agar boleh berubah jadi lebih baik. Bila mampu berubah ke arah yang lebih baik, inshaaAllah akan jadi orang yang lebih baik maka kuranglah beban yang ditanggung di akhirat. Sudah la dosa2 lepas lagi nak tanggung, ditambah pula dosa yang sekarang dan dosa akan datang. Jadi ikhtiar agar bila makin mengaji makin nampak cela diri agar mampu dibaik-pulih.

(3)semakin dia belajar ilmu, semakin bertambah makrifat. Makrifat dalam bahasa melayu ialah Kenal. Orang yang mengenal Allah, makin dia patuh akan Allah. Jadi bila bertambah ilmu, bertambah ibadahnya.
Ustad bagi satu contoh: seorang siak di masjid tidak akan patuh pada arahan sembarangan orang yang dia tidak kenal sebaliknya dia akan ikut dan patuh pada arahan nazir masjid jika disuruh melakukan apa2 tugasan. Maksudnya di sini, begitulah ibaratnya bila seseorang itu kenal Allah SWT maka dia akan patuh pada perintahNya dan akan menjauhi laranganNya. Sebab apa? Sebab dia mengenal Allah. Maka bila semakin mengaji, biar semakin kenal kita akan Allah...aminn

(4)semakin dia mengaji, semakin kurang gemar dia akan dunia. Dunia ini kata Allah, permainan. Dunia ini kata Allah, sesuatu yang melalaikan. Kata ustad, para ulamak mengkaji maksud kedua2 yang di-firmankan Allah itu. Permainan itu memenatkan, menyukakan, menyakitkan namun semuanya sekejap. Dunia tempat melalaikan kerana ia menyebabkan kita tertangguh melakukan kebaikan dan ibadah.
Kita semua tahu bahawa akhirat tempat kita nak balik tapi ramai yang terlalai. Kita tahu bahawa dunia tempat untuk beribadat kepada Allah namun kita terlalai jua. Kerana apa? Kerana perhiasan dalam dunia memberi rasa sedap. Dunia tak beri apa-apa tapi beri lazat dalam hati.

(5)semakin dia mengaji, semakin dekat dengan akhirat.  Maksudnya dia jadi minat untuk buat benda2 yang beri manafaat untuk akhiratnya.

(6) semakin dia mengaji, semakin nampak perkara yang boleh merosakkan ibadahnya. Contoh: hasad akan makan kebaikan, akan makan pahala yang dia ada sedikit demi sedikit. Hasad merosakkan pahala ibadah makanya semakin kita mengaji kena semakin dapat kenal sifat hasad, contohnya.

(7)semakin dia mengaji semakin jauh dari tipu-daya Syaitan. Syaitan duk goda kita hari2, maka jika ada ilmu yang bermanafaat dan mantap dalam diri inshaaAllah dapat terhindar dari tipu-daya syaitan. Jangan kiranya kita makin bertambah berilmu namun masih lagi disibukkan dengan perkara lagho dan masa banyak habis sia-sia yang membuatkan diri makin jauh dari Allah...nauzubillah.

Wallahu'alam.



Checklist Amalan Setiap Hari

Bismillahirrahmanirrahim.

Checklist:
 لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله 

Teringat kata2 akhir ustaz dalam satu kuliah maghrib:

Kalau orang bagi nasihat hari ini, sedar lah. Takut bila kita tak sedar hari ini, tak sempat taubat.

Sewaktu terbit matahari di sebelah barat, semua manusia mula kelam kabut....


  • Kita masih diberi peluang, tak mustahil terlepas peluang
  • Kita mampu untuk melakukan ibadah.
  • Kita mampu berubah
  • Langsungkan ibadah kita kepada Allah
  • Bukan masa nya untuk kita lengah kan lagi, bukan masa enjoy
  • Bila masuk tahun baru, ketahui lah umur kita semakin tua
  • Bersedialah dari sekarang
  • Iman tidak boleh diwarisi
  • Iman itu kadar dia bertambah dan berkurang
  • Pertahankan iman
  • Perbanyakkan melakukan amal kebaikan
  • Biar mati nanti dalam lakukan kebaikan...aamiinn

*nota:
Checklist hanya rujukan beramal. Banyak lagi amalan baik yang perlu tiap hari seperti bersedekah, menyebarkan salam, membantu orang yang dalam kesusahan dll...
Begitu banyaknya jalan kebaikan (klik di SINI)
Kukuhkan yang fardhu, tambahi dengan yang sunat..
Wallahu 'alam.


Resepi Butter Cake Terbaik

Alhamdulillah bila teringat nak makan kek, kalau bukan butter cake mesti lah marble yang sering diterjah buat.

Khusus buat sahabat saya Kuja yang sama macam saya suka kek2 yang macam gini, hah ni resepi Butter Cake terbaik dalam koleksi(hasil google di internet)...ehe.. he... Sila buat eh..alhamdulillah sangat sedap😁👍👍
*RESEPI hasil google, tqvm
*RESEPI ada masuk fresh milk


Resepi Butter Cake Terbaik

Bahan2nya:

230g butter
4 biji telor (gred A)
200g gula, bahagikan 50g + 150g
200g tepung serbaguna
2    1/4  sudu kecil baking powder
60ml fresh milk
1 sudu kecil vanilla
1/2 sudu kecil parutan kulit limau atau lemon(optional)

Cara membuatnya:

  • Panaskan oven beserta loyang yang dah disapu minyak 175'C. 
  • Asingkan telor puteh dan kuning.
  • Pukul telor puteh hingga kembang kemudian tambahkan 50g gula. Pukul lagi hingga kental. Ketepikan.
  • Pukul butter dan 150g gula hingga kembang, kemudian tambahkan telor kuning. Pukul lagi hingga adunan kembang dan pucat, baru dimasukkan tepung beserta baking powder. 
  • Tambahkan susu dan esen vanilla. 
  • Akhir sekali masukkan adunan telor putih sedikit demi sedikit. Kaup balik kan hingga sebati. 
  • Lapikkan loyang dengan kertas yang sama saiz dengan dasar loyang.
  • Sendukkan adunan ke dalam loyang. 
  • Bakar kek selama 50 minit atau lebih bergantung pada suhu oven masing2.

Alhamdulillah.

Sekian wassalam.




Sedapnya Kaya Homemade

Alhamdulillah....

Dalam banyak2 roti, saya paling minat roti yang buboh inti Kaya. KAYA bukan yang cap yeos ke, yang cap gardenia ke ya...bukan. Tapi yang kita nak cerita ni ialah KAYA yang buat sendiri.

Mudah je membuatnya. Asal ada telor, santan, gula dan daun pandan..hah inshaaAllah akan terhasil lah pes KAYA yang boleh dimakan dengan roti atau biskut, buat sebagai inti untuk Roti Kaya atau Pau Kaya dan sebagainya.

Saya pernah satu ketika dulu masa tengah kuat dan cergas buat Pau Kaya untuk biz frozen food saya. Kueh2 lain Pau Kacang, Pau Kelapa dan Karipap. Tapi itu dulu laaa....penat kalau nak cerita, sebab agak banyak projek Mega yang tak terfikir pun berjaya dibuat masa tenaga masih kuat dulu...hahaha.. La khawlawala quwata illa billah..

Baik..jom kita tengok resepi mudah nak buat Kaya Homemade ni. Pesanan mama buat anak menantu: Anak2 ku, buat la ya kalau ada masa mende2 camni instead of beli yang ready-made tu. Percaya lah berbeza rasa Kaya yang beli dengan Kaya yang buat sendiri. 

CARA MEMBUAT KAYA HOMEMADE

Bahannya:
4 biji telor (gredB)
1 cawan santan
1   1/2 cawan gula
Secubit dua garam
5 helai daun pandan(kat rumah banyak daun pandan, itu yang kurang berkira nak buboh banyak helai..he he)

Cara:
Telor, 1 cawan gula dan santan disatukan. Kepok2 biar gula agak2 hancur. Tapis. Okay selepas tu, separuh cawan lagi gula tu panaskan dalam periuk kecil, masak hingga jadi gula hangus. Bukan la sampai hangus ya, biar bertukar sanpai jadi perang atau kuning keemasan gitu kemudian tutup api. Tuangkan gula perang ke dalam periuk bancuhan telor. Kacau2 kan. Jangan risau bila tengok gula mula mengeras dalam bancuhan telor. Its okay, kacau2 kan je. Lagi pun, masa memasaknya nanti ketulan gula akan hilang sendiri.
Sementara tu, panaskan air dalam periuk yang besar sedikit dari periuk bancuhan telor. Letakkan periuk bancuhan telor ke dalam periuk yang airnya sedang mendidih. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masak secara double boiler selama lebihkurang 45minit untuk menghasilkan Kaya Homemade.
Perlu kerap dikacau2 agar kejadian KAYA terhasil licin dan cantik. Alhamdulillah

*info:
Kaya untuk dibuat inti mesti lebih sikit kepekatannya berbanding pes Kaya untuk disapu pada roti/biskut.

Sekian wassalam.

Tiga Golongan Yang di-Murkai Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam Kuliah Maghrib tempohari, ustad mulakan kuliah dengan firman Allah dalam surah alBaqarah ayat 21 yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. {2:21}


Maka hendaklah kita sentiasa cuba menambah baik kehidupan kita. Jangan masih sama, biar ada peningkatan dalam amal soleh...yang baik biar jadi makin baik...yang salah, perbetulkan.

Ustad sebutkan tiga antara golongan manusia yang dimurkai Allah:
(1) Golongan yang tidak menjaga dari segi pemakanan.
Syubhah ke, haram ke..dia tak peduli, tak ambil kisah.

Dalam surah al-Baqarah ayat 168, Allah berfirman;
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. {2:168}


Maka hendaklah kita menitikberatkan menjaga cara pemakanan kita. Kena makan makanan yang patuh di sisi syariat...halal dan toyyibah. Maknanya bukan saja halal tapi ianya baik. Mudah-mudahan apa yang kita makan itu memberi kebaikan. Bila masuk ke dalam mulut kita, biar ianya tak beri mudharat. Benda yang masuk melalui mulut kita yang tak baik, contoh mudah; rokok.... maka jauhilah...

Jangan ikut perancangan syaitan. Jangan lakukan pembaziran. Sesungguhnya membazir itu sahabat syaitan.
Pembaziran makanan kena jaga, sumber makanan pun kena jaga. Bila kita makan, jangan membazir, makan lah seadanya sahaja kerana di akhirat nanti ianya akan dipersoalkan.

Firman Allah dalam surah al-israa' ayat 27, yang bermaksud;

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. {17:27}


(2) Golongan yang bakhil
Bakhil yang dimaksudkan ialah bakhil dari segi harta dan juga jiwa. Langsung kedua-duanya tak digunakan untuk agama Allah. Orang yang bakhil ini adalah orang yang kedekut di mana jika dia menyumbang sekalipun dia menyumbang dalam keadaan yang berkira-kira.
Orang yang bersifat bakhil, dia merasakan perkara itu baik tapi tidak di sisi Allah Taala.  Orang yang beriman, dia akan merasa semuanya pinjaman Allah belaka. Harta yang sebenar bagi orang yang beriman ialah harta yang diberi bukan yang dimiliki(yang disimpan).

(3) Golongan yang sombong
Mereka ini orang yang bongkak, yang tak hiraukan kebenaran, yang tak hiraukan nasihat-nasihat. Kebenaran dia ketepikan. Dia lebih kepada mengikut nafsu. Ikut kepala dia sendiri. Orang yang sombong ini dia tak peduli akan nasihat-nasihat.

Wallahu 'alam.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...