Kueh Bengkang Untuk Iftar

Assalamualaikum.


Alhamdulillah dah masuk 11 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan.

Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa seperti diwajibkan terhadap orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183) 

Ramadhan kita sambut dengan hati yang gembira kerana Allah telah limpahkan kehalusan hati nurani dalam diri kita. Kita jadi teruja lalu bersungguh-sungguh berbuat amal berbeza dari bulan-bulan lain. Hikmah Ramadhan boleh menjana ketakwaan atau dalam bahasa mudahnya dapat melahirkan hamba Allah yang bertakwa, sebagaimana yang Allah sebut dalam ayat 183 itu, di mana hasil dari konsisten beramal di bulan Ramadhan InsyaAllah mudah-mudahan mampu menjadikan kita sebagai orang yang bertakwa....aminn

Alhamdulillah Kueh Bengkang mewarnai dapur hari ini untuk dibawa ke majlis iftar Masjid Assalam. Pembetulan ya, semalam tu bukan kueh bengkang..itu kueh bombai...he he (saya terdengar semalam tu ada yang menyebut2 itu kueh bengkang. Yang hari ni baru betul kueh bengkang ya tuan..)😁
**Posting Kueh Bombai di SINI







RESEPI KUEH BENGKANG FZMENU

Bahan-bahannya:
  • 4 biji telor
  • 3 cawan gandum
  • 1½ cawan gula 
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 cawan air daun pandan
  • ¾sudu kecil garam
  • sedikit vanilla

Caranya senang je....
  1. Pukul kesemua bahan dalam satu mangkuk besar. Nak senang blend je semua bahan dalam pengisar jus. 
  2. Dalam pada itu panaskan loyang yang telah disapu minyak/margerin.
  3. Selepas ditapis, curah adunan ke dalam loyang, bakar dalam oven selama sejam.
  4. Sedap dimakan setelah semalaman dibuat. Kalau tidak pun... boleh buat pagi, petang baru dipotong untuk hidangan.
Resepi dari SINI🍀🌿

Sekian..jazakallah.

Kueh Bombai Untuk Iftar

Alhamdulillah...



...meriah kueh bombai atas meja dapur petang semalam. Satu dapur bau wangi masa bakar kueh bombai @akok kemboja ini dalam oven. Alhamdulillah dapat 7 biji kueh sebelum dipotong 8 dan 12 hiris setiap satu. Juadah sampingan untuk iftar di masjid Assalam, alhamdulillah.

**Resepi Kueh Bombai di SINI

Butter Cake Untuk Iftar


Alhamdulillah, semalam buat butter cake yang super soft untuk iftar di masjid. Gembira rasa sebab sungguh lembut, fluffy sangat. InshaaAllah akan buat banyak2 untuk buat balik raya di Kelantan, sorang satu sebagai buah tangan...he he

Resepi hasil google.. alhamdulillah sebelum2 ni dah banyak kali buat kek butter pakai resepi ni.  Memang superb. Tqsm buat tuan punya resepi..jazakallah hu khoiron.
Pernah cerita pasal resepi yang ni dalam posting Resepi Butter Cake Terbaik di SINI🤗

BUTTER CAKE SUPER SOFT
Bahan2nya:
230g butter
200 g tepung
200g gula (50 + 150)
4 biji telor(asingkan puteh dan kuning telor)
1 scop vanilla
2sudu kecil baking powder
60ml frssh milk

Cara membuatnya:

Pukul telor puteh dan gula 50g sampai kental. Okay put aside. Pukul pula butter dan gula 150g sampai kembang. Kemudian masukkan telor kuning one by one. Pukul sampai kembang. Dah boleh mula panaskan oven  170' C, panaskan beserta loyang yang telah disapu butter. Selepas itu sambung masukkan tepung berselang seli dengan fresh milk. Kacau hanya dengan senduk kayu bukan mixer letrik. Bila dah serata, finally boleh masukkan puteh telor yang dah siap dipukul. Kacau serata dengan senduk kayu.
Alas loyang dengan kertas di dasarnya. Tuang adunan biar rata bukan tinggi di tengah. Bakar selama 45minit atau sehingga masak.
*saya guna loyang besar 14 x 14 inci untuk dapatkan finishing kek yang nipis, sesuai untuk jamuan iftar. Adunan saya gandakan 2x .



Sepanjang kita berpuasa, cuba kita kira berapa kali agaknya kita telah beristighfar. Teringat kata2 ustad, amatlah rugi jika kita melalui Ramadhan tanpa banyak beristighfar, memohon ampun pada Allah SWT. Makanya, jom selalu kita beristighfar....

Sekian Jazakallah.


Kuih Bakar Labu Untuk Iftar


Di-ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Pesan ustad dalam Tazkirah Ramadhan, semoga amal kita di bulan Ramadhan ini (1) niat ikhlas kerana Allah  (2) utamakan amalan fardhu  (3) banyakkan amalan sunat. Jadikan 3 perkara itu sebagai guide-line. Semoga inshaaAllah ibadah kita diterima Allah Taala ....aamiinn ya Rabb.

Alhamdulillah sedap sangat Kuih Bakar Labu ni. Rasa lemak2 manis buah labu...ummmphh👍👍👍

Resepi hasil google...dari resepi kak Nom iResipi dan tengok2 youtube seorang makcik yang kata beliau ikut resepi dan cara membuatnya dari arwah bonda. ...Jazakillah hu khoiron puan.. kemudian saya pun mula lah pandai2 oter2 sikit resepi ikut sesuai rasa gitew..he he

Resepi Kuih Bakar Labu Sedap

Resepi Kuih Bakar Labu @ Bingka Labu yang sangat sedap dan warna kuih begitu menyerlah dan cantik dipandang alhamdulillah. Caranya amat mudah, masukkan kesemua bahan kedalam blender dan kisar halus.  Saya semalam tu agak tergesa-gesa membuatnya sebab hanya tinggal 4 jam saja lagi sebelum masuk waktu berbuka. Jadi bila semua bahan mesin pakai blender ni je, masa dapat dijimatkan. Alhamdulillah. Selamat Mencuba :)

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum
3   1/2 cawan santan (tak perlu terlalu pekat)
1/4 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna kuning
5  biji telur
1   1/4 cawan gula pasir
3/4 sudu kecil garam halus
4 sudu besar minyak sapi/mentega.
3 cawan puri labu
bijan secukupnya(saya tak letak)

Cara Penyediaan:

Panaskan sekejap santan dan minyak sapi (hanya sekejap je bukan sampai nak ianya mendidih). Kupas kulit labu dan potong kiub. Rebus labu sehingga lembut. Sukat sebanyak 3 cawan. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kemudian blend hingga sebati. Bahannya banyak jadi boleh blend dalam 3 kali baru selesai.

Tuang bancuhan ke dalam acuan yang sudah digris dengan minyak, tabur permukaan atas dengan bijan dan bakar selama 40 - 45 minit, atau sehingga bahagian atas kuih masak keperangan.Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Sekian, jazakallah.


Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...