Kaya Homemade dan Roti

Alhamdulillah nak kisahkan lagi pasal Kaya.

Kaya homemade ni memang super sedap...tu yang boleh kata...hahaha. Nak buatnya mudah dan pakai bahan pun takde la banyak. Hanya perlu ada telur, santan, gula dan daun pandan..tu je🌷

Ada hari tu post dah pasal Kaya ni di SINI. Tapi hari ni nak post lagi istimewa ditujukan buat kakros my dear friend yang tadi wasap kata nak buat Kaya.  InshaaAllah terbaik Kaya kakros tu nanti ya kakros ya😍 (ramai kawan nama kakros, ni kakros yang duk Telipot) 😁😘
~~~~~~~~~~~~~
CARA MEMBUAT KAYA HOMEMADE

Bahannya:
4 biji telor (gredB)
1 cawan santan
1   1/2 cawan gula
Secubit dua garam
5 helai daun pandan(kat rumah banyak daun pandan, itu yang kurang berkira nak buboh banyak helai..he he)

Cara:
Telor, 1 cawan gula dan santan disatukan. Kepok2 biar gula agak2 hancur. Tapis. Okay selepas tu, separuh cawan lagi gula tu dan sedikit air panaskan dalam periuk kecil, masak hingga jadi gula hangus. Bukan la sampai hangus ya, biar bertukar sanpai jadi perang atau kuning keemasan gitu kemudian cepat2 masukkan sesudu besar air panas (untuk hentikan gula dari terus hangus) sebelum ditutup api. Tuangkan gula perang ke dalam periuk bancuhan telor. Kacau2 kan. Jangan risau bila tengok gula mula mengeras dalam bancuhan telor. Its okay, kacau2 kan je. Lagi pun, masa memasaknya nanti ketulan gula akan hilang sendiri.
Sementara tu, panaskan air dalam periuk yang besar sedikit dari periuk bancuhan telor. Letakkan periuk bancuhan telor ke dalam periuk yang airnya sedang mendidih. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masak secara double boiler selama lebihkurang 45minit untuk menghasilkan Kaya Homemade.
Perlu kerap dikacau2 agar kejadian KAYA terhasil licin dan cantik. Alhamdulillah
~~~~~~~~~~~~~

Jom kita tengok kejadian Kaya yang buat tempohari...


Dan di bawah ini pula Kaya yang buat semalam...makan dengan roti yang bakar dalam Bread Maker. Alhamdulillah siap2 buat untuk anak menantu dan cucu2 yang inshaaAllah balik weekend.



Jom tengok resepi roti pula... 

RESEPI Roti Buku/Roti Bantal bakar dlm oven 

(pakai sukatan cawan) 
Resepi yang ini sering saya ulang-guna sebab senang pakai sukat cawan je bahan2nya. Kejadian roti sangat lembut dan almost perfect alhamdulillah. Jom buat💗

BUAT ROTI PAKAI BREADMAKER  (tapi saya bakar guna oven) 

Bahan2 yang perlu ada:

3   3/4 cawan tepung roti/high protein
1 cawan air sejuk dlm peti
2 sudu besar buttercup/margerin
6 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam
2sudu besar susu tepung
2 sudu kecil yis
1 biji telor

Cara membuat roti menggunakan Bread Maker tapi masak secara manual dalam oven
Masukkan kesemua bahan ke dalam BM bermula dari butter, telor, dan air kemudian di-ikuti dengan bahan kering iaitu tepung roti, gula, susu tepung, yis dan garam. Gula dan garam  asingkan pada 2 penjuru yang bertentangan. Buat lekuk atas gula lalu curahkan yis dalam lekukan gula. Okay, tutup penutup BM dan ON kan pada ketetapan nombor 8 untuk Dough. Ulang uli 3x kemudian biarkan doh naik hingga hampir memenuhi tin BM.

Panaskan oven pada suhu 150°C
Sapukan permukaan roti dengan fresh milk. Dan bakarlah selama 15 - 20 minit atau sehingga masak. 


Sekian.. Wassalam. 






Cara Mudah Buat Sushi



Alhamdulillah...best sangat makan Sushi Homemade. Sedap dan terjamin banyak perkara kalau buat sendiri ni..hahaha..

Meh kita tengok cara mudah nak buat sushi ni. Anaknda yang tolong buatkan dari awal sampai sudah. Tqsm anakku Iman...agak terer laa..boleh buat jual ni nanti bila2 ada fest kat masjid kita😁👍

Bahan yang perlu ada:
Beras jepun
Seaweed
Telor
Daun salad
2 keping cheesedale
(Sedikit garam + gula + cuka: utk digaul dengan nasi)


Mula2 masak nasik ikut aturan di plastik beras. Sementara itu bersihkan sayur-sayuran dan hiris memanjang. Kemudian telor dibancuh dengan garam dan campurkan daun salad yg dihiris halus.  Masakkan telor  nipis2 kemudian gulung, tuangkan lagi bancuhan telor berserta sekeping cheesedale dan sambung gulung. Buat sehingga habis bancuhan telor..

Gaulkan nasi dengan cuka, garam dan gula. Setelah selesai boleh mula menggulung nasi dan gulungan telor serta sayur menjadi Sushi.

Tadaaaa...
🥰🥰



Mudah sangat nak membuat sushi ni...👌








Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...