Kuih Bakar Labu Untuk Iftar


Di-ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Pesan ustad dalam Tazkirah Ramadhan, semoga amal kita di bulan Ramadhan ini (1) niat ikhlas kerana Allah  (2) utamakan amalan fardhu  (3) banyakkan amalan sunat. Jadikan 3 perkara itu sebagai guide-line. Semoga inshaaAllah ibadah kita diterima Allah Taala ....aamiinn ya Rabb.

Alhamdulillah sedap sangat Kuih Bakar Labu ni. Rasa lemak2 manis buah labu...ummmphh👍👍👍

Resepi hasil google...dari resepi kak Nom iResipi dan tengok2 youtube seorang makcik yang kata beliau ikut resepi dan cara membuatnya dari arwah bonda. ...Jazakillah hu khoiron puan.. kemudian saya pun mula lah pandai2 oter2 sikit resepi ikut sesuai rasa gitew..he he

Resepi Kuih Bakar Labu Sedap

Resepi Kuih Bakar Labu @ Bingka Labu yang sangat sedap dan warna kuih begitu menyerlah dan cantik dipandang alhamdulillah. Caranya amat mudah, masukkan kesemua bahan kedalam blender dan kisar halus.  Saya semalam tu agak tergesa-gesa membuatnya sebab hanya tinggal 4 jam saja lagi sebelum masuk waktu berbuka. Jadi bila semua bahan mesin pakai blender ni je, masa dapat dijimatkan. Alhamdulillah. Selamat Mencuba :)

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum
3   1/2 cawan santan (tak perlu terlalu pekat)
1/4 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna kuning
5  biji telur
1   1/4 cawan gula pasir
3/4 sudu kecil garam halus
4 sudu besar minyak sapi/mentega.
3 cawan puri labu
bijan secukupnya(saya tak letak)

Cara Penyediaan:

Panaskan sekejap santan dan minyak sapi (hanya sekejap je bukan sampai nak ianya mendidih). Kupas kulit labu dan potong kiub. Rebus labu sehingga lembut. Sukat sebanyak 3 cawan. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kemudian blend hingga sebati. Bahannya banyak jadi boleh blend dalam 3 kali baru selesai.

Tuang bancuhan ke dalam acuan yang sudah digris dengan minyak, tabur permukaan atas dengan bijan dan bakar selama 40 - 45 minit, atau sehingga bahagian atas kuih masak keperangan.Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Sekian, jazakallah.


No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...