Belajar Bahasa Arab - Guna kaedah 3Q
Assalamualaikum.
Alhamdulillah dah tiga sesi ikut kelas hadis dan bahasa Arab di surau berhampiran. Cuba untuk tidak mau miss kelas sebab dah rasa nyaman dan agak boleh ikut penyampaian ustaz yang jelas dan tak laju sangat. Bagi minda di peringkat usia saya ni, al-maklum macam lambat la sikit nak dapat terima apa yang ustaz ajar...
Sebelum ini dah dua tiga siri pengajian Bahasa Arab saya dah ikut di tempat lain, tapi malangnya masih jugak tak brape nak cemerlang pick-up. Padahal dulu time belajar ada ambik Arab, tapi agaknya dulu belajar bahasa Arab hanya untuk nak pas periksa, tak diguna-pakai dalam kamus kehidupan.. tu pasal walau tiap kali exam boleh score sampai three pointer tapi bila dah berlalu zaman tu terus jadi lupa... basic pun ingat2 lupa, yang pasti ingat nya hanya rangkap2 regular seperti Kaifa haluka? Ismi Nur dsb... tu je... astaghfirullah.
Sebagai intro, ustaz edarkan 5 hadis yang di-fotokopi untuk kami cuba translit sendiri pakai kamus. Boleh kalu nak semak dalam buku hadis atau google je dalam komputer, tapi ustaz suh usaha translit pakai kamus.
Kata ustaz untuk nak pandai dalam Bahasa Arab kita kena guna kaedah 3Q iaitu kena guna Qiraat(sering membaca bahasa Arab), Quran(selalu baca quran) dan Qamus(iaitu selalu tengok dan cari makna perkataan dalam kamus).
InsyaAllah jika kita praktikkan ke tiga-tiga kaedah itu, maka akan mudah bagi kita untuk cuba memahami bahasa Arab.
Ustaz ingatkan kita perlu tanamkan tekad untuk terus belajar bahasa Arab kerana Bahasa Arab itu merupakan bahasa Al-Quran, bahasa di Syurga, bahasa kita umat Islam seluruhnya.
Mari lah kita berbahasa Arab.... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
- Baca Al-Mathurat Tiap Hari
- Doa Selepas Wirid Al-Mathurat
- Tasbih Kaffarah - Doa Pembersih Majlis
- Amalkan Penghulu Istighfar pagi dan petang
- Puding Jagung Santan
- Memahami Maksud Ayat Al-Mathurat
- Perjalanan Dari Jeddah ke Mekah
- Berpeluang Solat di Masjid Quba
- Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah
- Ayat Manzil
8 comments:
blaja bahasa arab, yg penting blaja, jgn tak blaja.
seronoknya dpt belajar bahasa arab yee..Alhamdulillah ada kesempatan..
Kalau ada masa, teringin nak hantar anak2 belajar bahasa arab..sgt bermanfaat..
bahasa arab bahasa yang amat indah.
Anon,
Semangat, semangat.. jalan patah semangat kalu tak paham.. :)
sal,
Alhamdulillah peluang tu banyak, tinggal kita je nak tak nak.. jangan lepaskan peluang masa masih ada peluang kan sal.. tapi tu la, tahap penerimaan ada kureng la sikit,sal.. kesan telebih omo.. ha ha
Cikli,
Kaedah 3Q memang berkesan.. banyak2 kita ngaji sambil tengok terjemahan InsyaAllah akan dapat merenung keindahan bahasa Arab bahasa Al-Quran.
Salam, teringin nak belajar tapi takula.. rasa macam susah sangat..
Wsalam che mid..
Perjuangan belum selesai, selamat beramal.
Post a Comment