Alhamdulillah... ke tempat anaknda lagi sebagaimana rutin hari minggu. Kali ini ada cerita yang hendak dikongsi...
Saya singgah solat macam biasa di masjid. Dek kepenatan berjalan sehari suntuk, saya dan kak Ngah ambik keputusan solat kat ruang legar di luar bilik wudhuk je. Tak larat nak naik tangga lagi untuk ke ruang solat di tingkat atas. Masa saya baru selesai ambik wudhuk, nampak ada sorang student (mungkin warga Afrika) sedang mengambil tempat solat di-sebelah kak Ngah. Saya menunggu hingga kak Ngah selesai baru ambil giliran solat. Sejadah ada satu je kat bawah tu, itu yang kena share untuk dua orang solat.
Masa nak mula solat saya perasan, student tu pun baru nak mula solat Maghrib. Maknanya tadi solat kobliyah. Bila nak mula solat mata terperasan sidia solat tak tutup kaki. Jadi nampak kaki. Tumpuan mula berbelah bagi bila dua tiga perkara dah mula masuk dalam kepala..
Sepanjang solat saya cuba untuk kusyuk dengan sesekali memejamkan mata dan fokus terhadap apa yang sedang dibaca. Alhamdulillah dapat fokus. Saya selesai solat bersekali dengan sidia tapi sidia tidak terus duduk macam saya. Beliau bangun lagi tunaikan solat baadiyah 2 rakaat. Saya masih duduk baca apa yang patut, lagi pun tengok kak Ngah pun belum habis baca-baca...
Selesai solat, sidia sambung berzikrullah sambil jari-jarinya ikut bergerak selari dengan gerakan di mulut. Habis zikir, nampak lama beliau berdoa. Masa tu saya dah siap-siap pakai tudung dah. Spontan beliau hulurkan tangan bersalam dengan saya dan kak Ngah sebelum bangun berlalu pergi. Baru dapat bertentang mata secara terus dengan beliau... bergetar sikit hati takkala memandang warga Afrika yang berkulit hitam manis ini.. Subhanallah..
Banyak beza cara kebanyakan foreigner dengan kita, sepertimana kata en suami pada saya, ramai yang berbeza mazhab. Tu sebab diaorang ada yang solat boleh nampak kaki dsb sebab mereka ikut mazhab diaorang, terang en suami. Warna kulit kita dan mereka berbeza tapi yang pasti kita sujud arah kiblat yang sama. Terserlah sifat tawadduk dalam diri beliau. Tiba-tiba rasa tersangatlah kecilnya diri ini berbanding insan lain di hadapan Allah. Di mana tahap takwa-ku di hadapan Allah... Contoh, gadis itu berjaya buat solat sunat rawatib sedangkan saya tak buat sebab ikutkan rasa penat.
...Berazam untuk lebih dekat dengan Allah. Berazam untuk tingkatkan kualiti hubungan dengan Allah. Mulia insan adalah yang menghampiriNya. Ya Allah.. bantulah hamba, tetapkan lah iman hamba.. kabulkanlah ya Allah... aminn
4 comments:
Assalamu'alaikum Nur
Begitulah kan, mazhab kita berbeza dengan mereka.
Mudah-mudahan Nur dan kita semua dapat tunaikan azam berdikit-dikit meningkatkan kualiti hubungan dengan Allah SWT.
Perbezaan dlm soal2 cabang adalah hikmah, selagi di naung mazhab2 di bwh ahli-sunnah-wal-jamaah.
Teruskan tekad untuk tingkatkan ibadah2 solat & cintai majlis2 ilmu.
Waalaikumussalam.
TQ kak werdah.. mudah-mudahan InsyaAllah sempena tahun baru 1433 ini, semua kita akan bertambah baik amalan..aminn
Moga tidak timbul perpecahan bila berbeza mazhab. Semua kita berdiri di bawah akidah yang sama, mengadap Allah yang Maha Esa.
TQ anon.
Tu sebab kena ada ilmu untuk dapat faham perbezaan mazhab, jika tidak kita akan terdorong kata ini salah itu salah.. Wallahu'alam.
Post a Comment