Kita masih berada di petang Jumaat, alhamdulillah..
Nak kongsi resepi Puding Jagung yang sedap dan amatlah cepat tempoh masa nak menyediakannya. Kueh ini sering saya terjah buat sebab tak ambik banyak masa, sekejap je dah siap... contoh time kita tengah sebok, anak pulak nak balik asrama.. masa tak banyak tinggal. Jadi terus campur-campur je semua bahan, kacau-kacau atas dapur sampai likat, kemudian tuang dalam loyang. Hah dah tu, tunggu sekejap, biar kueh tu pejal sikit, then dah boleh dipotong-potong masuk tupperware.
Puding Jagung ni orang panggil Puding Kastard pun iya jugak. Ada kawan saya panggil Puding Kastard Jagung. Mana-mana la ya.. Saya suka versi yang pakai santan, lama dulu pernah buat pakai susu cair, boleh tahan juga la sedapnya tapi rasa macam lagi sedap pakai santan. Rasa pure macam orang dulu-dulu buat, yang sering saya makan time kecik-kecik dulu. Lagi pun kalau pakai santan ni, tempoh fresh kuehnya lama sikit bertahan lebih-lebih lagi bila lama duduk kat luar peti ais.
Resepi dan cara buat Puding Jagung:
Bahan yang perlu ada:
1 cawan kastard
¾ cawan gula(lebih sedikit dari ½ cawan)
1 tin jagung manis dalam tin (Ayam brand)
2 cawan santan (jika guna santan KARA, hanya 1 kotak kecil santan KARA + satu kotak air)
2 cawan air
Secubit dua garam
Caranya mudah sahaja: Hanya campurkan kesemua bahan dalam satu periuk. Masak dengan api yang sederhana, sambil terus dikacau-kacau dengan senduk kayu sehingga campuran menjadi likat dan berkilat. Biarkan masak lama sikit, InsyaAllah kueh akan lebih tahan lama. Dah sempurna masak, tuangkan ia ke dalam loyang. Tunggu sejuk sedikit baru sambung sejukkan dalam petiais. Sedap dimakan sejuk-sejuk, nyaman rasa tekak.. he he
Jom buat Puding Jagung versi santan yang enak ini.. Esok cuti.. Selamat berhujung minggu..As-Salam.

5 comments:
Agak sedap nampaknya. Tentu ramai nak try buat ni. Trima kasih krana poting bermanfaat ini.
Assalamualaikum kak..aduaii..sedapnya puding jagung tuu..nih kalau makan sejuk-sejuk,kompom habis sepinggan..hehe
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu kurniaan tuhan,moga tuhan merahmatimu
ameenn... terimakasih
Semalam saya dh try resepi ni..cuma saya tukar guna 1 santan kotak, 3 1/2 cawan air..menjadi..suami ckp sedapp..blh wat jual katanya..terima kasih atas resepi ni
Post a Comment