Wajib Haji: Melontar Jamrah, Mabit di Mina dan Melontar ketiga-tiga Jamrah



Bismillahirrahmanirrahim

...sambungan dari SINI

Alhamdulillah baru nak update sedikit kefahaman ilmu dari siri Kursus Haji minggu ke 7 pada 17/12/23. Jazakallah Ustad Roslan.

............................

WAJIB HAJI KE 4

MELONTAR JAMRAH KUBRA

Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah (hari Nahar @ Hari Raya Korban) di Mina

Kena ada 7 biji anak batu.  Waktu afdal melontar ialah pada waktu Dhuha 10 Zulhijjah. Waktu yang diharuskan ialah selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.


Syarat melontar Jamrah Kubra 10 Zulhijjah

✔️masuk waktu melontar

✔️melontar dengan batu atau jenis²nya

✔️hendaklah melontar dengan tangan

✔️melontar dengan gaya lontar

✔️melontar satu persatu

✔️yakin batu lontaran masuk Jamrah

✔️tujuan tidak terpesong selain melontar

✔️cukup tujuh(7) biji dengan yakin


Sebaiknya jemaah kena ada di Mina 12 tengah malam. Kalau sampai awal di Mina, belum boleh melontar. Contoh sampai pukul 11  malam, belum boleh melontar.

Seluruh jemaah akan duduk di Mina Muassim. Yang paling dekat dengan Mina Muassim ialah Jamrah Kubra.

Kena faham definasi malam  --》iaitu maghrib hingga sampai sebelum Subuh.

Pertukaran hari dalam Iskam bermula waktu maghrib. Kita berubah tarikh, bilamana masuk waktu maghrib. Cth: 9 Zuhijjah bila masuk Maghrib dah kira bermula 10 Zulhijjah.

Jadi bila detik tengah malam?

Kiranya pukul 12malam itu waktu tengah malam. Jadi selepas jam 12 tengah malam baru boleh melontar.  Kalau ada peluang, kita dah boleh pegi melontar pada waktu itu. Kita duduk area Muassim, nak pergi ke Jamrah Kubra jarak jauhnya dalam 3.5km yang mengambil masa dalam 45minit.

Kata ustad, kalau dapat pergi awal pergi lah melontar.

Sewaktu kita melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah,  kita masih berihram sebelum Tahallul Awal.


TAHALLUL

Tahallul Haji terbahagi kepada dua(2):

- Tahallul Awal

- Tahallul Thani


Selepas bercukur/bergunting, maka terhasil-lah Tahallul Awal. Terhasilnya tahallul awal di Jamrah Kubra di Mina(selepas melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah, dah boleh bercukur/bergunting). Maka, setelah tahallul awal, dah tak pakai ihram.


Harus di-fahami, tahallul Awal terhasil apabila jemaah haji selesai mengerjakan dua(2) dari tiga(3) perkara:

1. Melontar di Jamrah Kubra

2. Bergunting/bercukur

3. Tawaf Rukun dan Saie


Jemaah haji yang telah tahallul Awal, boleh melakukan perkara² yang dilarang semasa ihram kecuali tiga (3) perkara: nikah dan perkara yang berkaitan, mukadimah persetubuhan, bersetubuh.


Nota:

Bila dah selesai semua perkara di Mina,  masuk balik Makkah pada 13 Zulhijjah. Jangan pergi  tawaf dulu. Rehat dulu. Pergi ulang alik masjid solat 5 waktu. Pakai baju biasa. Pada 14/15/16 Zulhijjah boleh la pergi buat Tawaf dan Saie. Jangan bertangguh lama². Setelah selesai Tawaf Rukun dan Saie, maka dah terhasil tahallul Thani. Pabila tahallul Thani terhasil, maka jemaah dah terlepas dari semua pantang larangan ihram.

Tahallul Thani terhasil di Makkah.


Jom kita tengok carta pelaksanaan dan waktu ibadah haji. Hadamkan biar betul² faham inshaaAllah.


........................................

WAJIB HAJI  KE 5

MABIT DI MINA

Iaitu: 

Berada di bumi Mina pada malam hari tasyrik dalam tempoh lebih separuh waktu malam. Bermalam-nya pada malam 11, 12, dan 13 Zulhijjah.


Bermalam (mabit) di Mina; ada 2 pilihan-

(1)Boleh bermalam 2 malam (malam 11 dan 12 Zulhijjah). Dinamakan Nafar Awal

(2)Boleh bermalam 3 malam (malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah) Dinamakan Nafar Thani.


Pengecualian mabit jika uzur:

  1. Takut terancam keselamatan diri atau harta
  2. Menjaga atau menemani orang sakit
  3. Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
  4. Berpenyakit dan sukar bermalam
  5. Terpaksa

Tempoh bermabit:
Ada 2 pendapat
(1)Pendapat yang muktamad/Al-Asah iaitu: masa berada di Mina lebih daripada jumlah masa separuh malam (AMALAN RASMI TABUNG HAJI)

(2)Pendapat yang lemah/muqabil Al-Asah iaitu: memadai berada di Mina ketika masuk waktu Subuh (azan Subuh dilaungkan)
(TIDAK DIGALAKKAN, HANYA BAGI KES TERTENTU SAHAJA)


KAIFIYAT NAFAR AWAL

Nafar Awal - meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah tanpa mabit dan melontar Jamrah bagi 13 Zulhijjah dengan syarat- syaratnya:

  • Telah sempurna bermalam (mabit) di Mina pada malam 11 dan 12 Zulhijjah
  • Telah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah
  • Berqasad untuk melakukan Nafar Awal(selepas melontar Kubro tetapi sebelum melintasi sempadan Mina)
  • Meninggalkan Mina sebelum maghrib pada 12 Zulhijjah
  • Tidak berazam untuk kembali lagi ke Mina

~~~~~~~~~~~~~~
(Rujukan)

Firman Allah SWT

Maksudnya: “Sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa”

(Surah al-Baqarah: 203)

Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaili di dalam Tafsir al-Munir menjelaskan bahawa menjadikan jamrah hanya pada dua hari (11 dan 12 Zulhijjah) sahaja tidaklah berdosa, manakala sesiapa yang melanjutkannya sehingga hari yang ketiga (13 Zulhijjah) adalah juga tidak berdosa. Maka apa yang paling afdhal ialah kekal di Mina dan bermabit padanya selama tiga hari tiga malam untuk melontar. (Rujuk Tafsir al-Munir, 2/218)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Yang ikut TH semua dapat Nafar Thani(mabit hingga 13Zulhijjah). Alhamdulillah sempurna InshaaAllah.


WAJIB HAJI KE 6
MELONTAR JAMRAH PADA HARI TASYRIK
Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari Tasyrik pada 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH


Syarat Melontar Jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
✔️Masuk waktu melontar dan tertib jamrah
✔️Melontar dengan batu atau jenis²nya
✔️Hendaklah melontar dengan tangan
✔️Melontar dengan gaya lontar
✔️Melontar satu persatu
✔️Yakin batu lontaran masuk jamrah
✔️Tujuan tidak terpesong selain melontar
✔️Cukup tujuh(7) dengan yakin

Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-tiga jamarat untuk dirinya sendiri.





~~~~~~~~~~~~~~~~
Melontar pada 11 Zulhijjah hari tasyrik pertama
-melontar jamrah Sughra 7 biji
-melontar jamrah Wusta 7 biji
-melontar jamrah Kubra 7 biji

Waktu diharuskan - selepas terbit fajar 11 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
Waktu afdhal - selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah(waktu zohor)
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melontar pada 12 Zulhijjah (hari tasyrik kedua)
-melontar jamrah Sughra 7 biji
-melontar jamrah Wusta 7 biji
-melontar jamrah Kubra 7 biji

Waktu diharuskan - selepas terbit fajar 12 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
Waktu afdhal - selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah(waktu zohor)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melontar pada 13 Zulhijjah hari tasyrik ketiga
-melontar jamrah Sughra 7 biji
-melontar jamrah Wusta 7 biji
-melontar jamrah Kubra 7 biji

Waktu diharuskan - selepas terbit fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
Waktu afdhal - selepas gelincir matahari 13 Zulhijjah(waktu zohor)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Nota: 
Jarak di antara perkhemahan di Mina Muassim ke Jamrah (tempat melontar) ialah 3.5km (sehala). Jemaah haji perlu berjalan kaki berulang-alik 3 hari. Jemaah berpakaian biasa dan telah tahallul Awal.
Jarak di antara Jamrah Sughra ke Jamrah Wusta ialah 200 meter, manakala jarak antara Jamrah Wusta ke Jamrah Kubra ialah 247 meter

Mina ini kena duduk dalam keadaan menginsafkan. Kena ingat ada yang tak ada tempat khemah, ada yang tak ada makanan yang disediakan.  Kalau kita rasa kita miskin, ada lagi orang yang lebih miskin. Setiap susah itu akan datang nikmat. Haji ini dia datang dengan kesusahan. Tapi kita redho lah. Ulang² ucap talbiyah. Mina adalah tempat yang banyak menguji kesabaran dan ketahanan mental/fizikal jemaah haji. Kena banyak bersabar, jangan berebut, jaga kebersihan dan ikut peraturan.
Wallahu'alam.


Lafaz talbiah

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ

Maksudnya: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”

Riwayat Muslim (1184)


.......bersambung di SINI

8 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...Ilmu, yang sangat bermenafaat..

Nila Anggraini said...

Terima kasih atas perkongsian yang sangat jelas dan teratur. semoga kita semua berkesempatan untuk menunaikan haji dalam hidup kita ini. Aamiin ya Allah.

Anonymous said...

Perjalanan haji selama 6 hari penuh mujahadah sbagai menghayati secara praktikal suasana hari kebangkitan di mahsyar nanti. Justru hayati iibadah haji dgn sgsla kepayahannya dgn penuh yaqin, sabar, dan niat krana Allah bukan krana makhluk. Smoga mencspai haji yg mabrur. Wallahu'alam.

Anonymous said...

tersangatlah bagus..satu panduan dan refresher untuk bakal2 tetamu Allah...semoga kami semua dijemput Allah ke rumahNya..aminnn...

nur said...

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

nur said...

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

nur said...

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

nur said...

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...