Tazkirah 27 Ramadan 1447H


Orang yang bertaqwa sentiasa memelihara diri dari bercakap yang sia², mencaci maki, mencerca dsb.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "orang yang beriman itu bukanlah sifatnya memaki hamun,melaknat,berkata kotor dan juga berbahasa yang keji". ( Riwayat Al-Tirmizi 1977 )

Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang melampaui batas.

Bercakaplah  yang baik, jika tak dapat bercakap yang baik, lebih baik diam . 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” [Riwayat al-Bukhari (6018)]

Orang yang berpuasa hendaklah menjaga mulut. Tidak bercakap yang tak sepatutnya yang boleh menyakiti hati orang lain. 

Juga jaga mata, telinga dan hati kita. Jaga pandangan, elak dari melihat perkara yang haram, sia-sia atau maksiat. Pilih untuk tidak mendengar fitnah, umpatan, atau perkara yang boleh rosakkan pahala puasa. Sucikan hati dari perasaan marah, dengki, riak, dan prasangka buruk.

Moga Allah sentiasa ilhamkan kita. Moga menjadi insan bertaqwa...

Aamiinnn



1 comment:

Anonymous said...

Ya betul. Kalau berjaya kawal dan pantau pancaindera terutamanya mulut/lisan maka itu satu kejayaan yg besar. Usah bicara yg sia2 atau asyik melawak atau mengumpat. Keluarlah drp ramadan ini sebagai manusia yg lebih baik. Aamiin

Blog Archive