Tazkirah 15 Ramadhan 1446H


Bismillahirrahmanirrahim


Semoga Allah beri rahmat dan keampunan-Nya buat kita. Semoga Allah mengurniakan kita dengan sebaik-baik ganjaran pahala yang besar berpanjangan. Insyaallah. Aminn


Imam Ahmad meriwayatkan daripada Sahl bin Saad, Rasulullah SAW bersabda, “Ahli-ahli syurga ini, apabila dia masuk sahaja ke dalam syurga dan ke bilik-biliknya, bagaikan ahli dunia yang melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit.”


Rasulullah SAW menggambarkan bilik-bilik yang terdapat di dalam syurga sangat indah dan cantik, di dalam keadaan terapung-apung di awangan dan kedudukannya menjulang tinggi ke langit sejauh 60 hasta dari permukaan lantainya. Bagi orang-orang yang bertakwa ditempatkan di dalam bilik yang tinggi dan dibawahnya mengalir anak-anak sungai yang indah sebagaimana yang dijanjikan Allah SWT. 


Ciri² orang yg akan menjadi pemilik bilik khas yang Allah sediakan:

1) orang yang baik perkataannya , orang yang menjaja tutur katanya. Dia berjaya mendidik lidah, berjaya mengawal lisan. Dia tidak menyebut kalimah-kalimah yang boleh menyakiti hati orang yang mendengarnya

2)Orang yang sentiasa nenjaga puasanya.

3)Orang yang memberi makan kepada orang yang lapar. Yang suka memberi sedekah, orang yang suka memberi makan, bukan yang kaki makan. Bermakna dia orang yg suka

memberi bukan jenis orang yg

berkira².

4)Orang yang menjaga silaturrahim. Dia yang memulakan meminta maaf,orang yang tak bencikan orang 

5)Orang yang menghidupkan malam yakni yang mengerjakan qiamulail. Dia golongan manusia yang solat pada waktu malam sedangkan manusia lain sedang nyenyak tidur.


Wallahua'lam.

2 comments:

Anonymous said...

semoga kita berada di kalangan yang mendapat bilik khas di syurgaNya..aminnn

Anonymous said...

Alhamdulillah terus istiqamah dlm amal soleh, mohon keampunan, dan hidup dlm rahmat Allah. Smoga hidup diberkati dan diberi pengakhiran yg husnul khotimah dan diredho Allah utk dpt masuk ke syurga Nya.

Blog Archive