Uzur


Masa tengah goreng ayam untuk makan tengahari semalam, tiba2 dapat fon-kol dari jiran yang rumahnya selang sebaris dengan rumah kami. Sal, dalam nada yang agak cemas bertanya,

"Kak Nur, kalu nak surutkan bengkak, nak taruk apa ek?"

"Kenapa Sal, sapa yang bengkak?"

"Mak tadi jatuh kak Nur, kena kat kepala.. jadi besar jugak la bengkaknya.. yang risau tu darah cam taknak berenti pulak..."

Saya on the spot terfikir pasal daun lidah buaya... "Ok, Sal terai boh aloe vera, InsyaAllah boleh berenti kot darah tu..."

"Err.. takde tanam le pulak aloe vera.. caner hah kak Nur, nak stop darah tu kena demah ngan air panas ke air sejuk?", kedengaran suara Sal yang bunyinya semakin cemas.

"Ais, kalu tak silap akak... Ok Sal, nanti akak pegi, jap ya.."

Saya terus ke rumah Sal untuk tengok keadaan ibu mertuanya. Ya Allah, memang bengkak besar, darah pun masih mengalir keluar dan tempat bengkak dah jadi biru kehitaman.

"..ishhh...kena bawak ke hospital ni Sal", cadang saya bila tengok saiz bengkak tu boleh tahan besar, pastu risau takut jadi darah beku.

"Ok, nanti tunggu ayah diaorang balik, skarang dah kat jalan dah..."

Semasa Sal ke bilik air, saya terus sambung menekapkan tuala ke tempat bengkak makcik tu. Dalam tengah menahan sakit, tiba2 beliau bersuara dalam nada berbisik... "Ya Allah tetapkanlah iman hamba, sembuhkanlah sakit hamba..."
Diulang-ulangnya doa itu beberapa kali.

Saya yang mendengar terus menjawab "amenn, amenn..." Rasa nak menitis air mata bila mendengar beliau berdoa. Seorang insan yang dah begitu berusia, uzur lagi namun jelas memiliki wajah yang nampak begitu bercahaya sekali. Walau dalam usia emas, wajah beliau nampak begitu bersih sekali... Dari apa yang saya tahu, beliau semasa sihatnya selalu istiqamah dalam melakukan solat tahajjud setiap malam, bersolat dhuha setiap pagi dan konsisten berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Itu menjadi amalannya selama bertahun-tahun sehinggalah tiba saatnya beliau ditimpa keuzuran beberapa tahun kebelakangan ini.

Melihat hikmah ini, timbul keazaman dalam diri untuk lebihkan usaha buat apa yang patut semasa badan masih sihat... "Ya Allah, bantulah hamba, berilah kekuatan...ameenn"


12 comments:

Anonymous said...

Semoga kita dapat mencontohi ibu ini untuk membuat amal ibadah & kebajikan di kala 5 perkara sebelum 5 perkara, hinggakan sisa2 umur yg tinggal dapat di lalui dgn cahaya iman, insyaAllah.

♥MAMASYAZA♥ said...

lain kali amik ais, balut kain, tekapkan kat luka tu, insyaallah stop darahnya nanti

sal said...

moga impian akan jadi kenyataan...
amen-amen...

nur said...

Anon,
..begitulah hendaknya. Sama2 kita lebihkan usaha hari ini, agar ada bekalan kita di kemudian hari.. Betul, kena selalu ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara..masa lapang sebelum sibuk, masa kaya sebelum miskin, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit dan masa hidup sebelum mati.. tkasih

nur said...

Mamasyaza,
Betul tu, ais Insya-Allah dapat hentikan darah.. semalam tu tekap2 dengan air dalam peti je..

nur said...

sal,
Insya-Allah.. mudah-mudahan sal..

Cikli said...

menyantuni orang tua itu amat mulia

nur said...

Cikli,
Hidup bagaikan roda, jika menyantuni Insya-Allah di suatu masa akan disantuni..

Unknown said...

indahnya...
yg bagus itu wajib dijadikan tauladan ...
amin

nur said...

cik aletheea,
yang baik kita jadikan teladan Insya-Allah..thx

Anonymous said...

Assalamualaikum Nur,

Lendir lidah buaya ni pun bagus untuk jelunkan kepala anak-anak yang demam supaya turun suhu panasnya.

Satu lagi ada orang beri amalan, katanya dan akak pun ada cuba, kalau terantuk, terkepit jari atau apa saja, bacalah Alfatihah 7 kali, lepas tu masukkan ibu jari kanan ke langit-langit kita, lepas tu ibu jari tu kita tekankan ditempat yang sakit tu.

InsyaAllah, tidak akan melarat dan kalau diizinkan Allah tidak akan berlaku darah beku. Wallahuwa'lam.

nur said...

Wa'alaikumussalam kak Ani.
Timakasih kongsi ilmu.. Pasni kalu ada jatuh-jatuh InsyaAllah akan cuba praktikkan macam yang kak Ani gitau tu, surah Al-Fatihah memang selalu jadi penawar.. alhamdulillah..

Daun lidah buaya tu memang banyak sangat gunanya kan kak Ani.. elok sume pakat2 tanam kat umah.. :)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...