Perjalanan Dari Jeddah ke Mekah

...sbgn dari SINI


Sebaik tiba di Jeddah,  perbanyakkan berdoa dan beristighfar serta tetap dalam pakaian ihram dan jaga pantang larangan ihram sehinggalah nanti selesai bertahallul baru lah terlepas semua pantang larang ihram.

...........................

Kami tiba di Jeddah jam 9.10 pagi, waktu malaysia 1.38 tghari.
8 jam lebih penerbangan dari Malaysia ke Jeddah. Bertolak dari KLIA2 pada hari Rabu 6Nov2019 jam 5pagi waktu Malaysia. Sampai Jeddah 40minit awal dari waktu yang dijangkakan.. Alhamdulillah.

Jam 10.49pagi waktu Jeddah, bas masih belum bergerak ke Mekah. Semua hanya duduk menunggu di dalam bas. Kami tiba di lapangan terbang Jeddah dah kira² 45minit. Takde la lama sangat menunggu tu kerana dikhabarkan masa menunggu bagi semua urusan selesai biasanya lagi lama, ambil masa beberapa jam. Kiranya alhamdulillah trip kami tempohari tak perlu menunggu begitu lama di airport. Syukur alhamdulillah Allah permudahkan urusan. 

Perjalanan dari Jeddah ke Mekah pula memakan masa lebih kurang 1 ¹/² - 2 jam.  Maka kena banyak bersabar, teringat pesan ustad supaya memanafaatkan masa di dalam bas dengan berdoa, beristighfar dan ucapkan lain-lain zikir.

Dalam perjalanan singgah di sebuah masjid (terlupa namanya) untuk solat jamak qasar Zohor dan Asar. Selepas solat, bas kembali meneruskan perjalanan ke hotel. Di atas bas, sebelum sampai ke hotel, kami diberi satu pack makanan Nasi Ayam setiap orang sebagai alas perut untuk makan tengahari itu alhamdulillah. 


Bila tiba di Mekah, selepas berehat, bersedia untuk pergi ke Masjidil Haram.
Boleh mandi tapi elakkan pakai sebarang wangian(L & P) dan kain berjahit(bagi Lelaki). Elakkan bermesra dengan suami/isteri kerana dikhuatiri akan menaikkan syahwat. Sentiasa ingat 13 pantang larang semasa dalam ihram. 

Kami tiga beranak bersama lain2 jemaah menunggu agak lama di lobby hotel untuk mendapatkan bilik. Difahamkankan bilik2 sedang dibersih dan disiapkan untuk kami pula masuk selepas jemaah yang terdahulu check-out. 


Di Mekah, alhamdulillah kami ditempatkan di hotel Orchid dalam bangunan Safwa Tower yang jarak berjalan kaki ke Masjidil Haram adalah 50m. Alhamdulillah syukur kerana jarak tersebut sangat dekat untuk kami berulang-alik ke masjid inshaaAllah.  

Laluan gate masjid yang paling hampir dengan hotel ialah ikut gate 90. Bilik saya dan anak di tingkat 22 dan suami pula di tingkat 21. Selepas keluar dari pintu lif akan menuruni dua eskelator lalu terus menyusuri laluan keluar yang bersambung terus dengan dataran masjid. Subhanallah.







...Alhamdulillah..Melihat Kaabah (di SINI)





No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...