Berpeluang Solat di Masjid Quba


.....sambungan dari SINI

Pada pagi2 hari Rabu 13/11/19 pula selepas Subuh dan bersarapan, kami berkumpul untuk menaiki bas ke Masjid Quba, masjid yang pertama sekali di-dirikan semasa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Ia terletak lebihkurang 5km dari Masjid Nabawi.




Sesampai di masjid Quba, pertama-tama sekali kami masuk melakukan solat Tahayatul Masjid dua rakaat. Alhamdulillah dah siap2 mengambil wudhuk di hotel sebelum menaiki bas untuk ke Masjid Quba.

Dikatakan sangat besar ganjaran pahalanya jika dapat bersolat di Masjid Quba ini. Sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud:
“ Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah."

Allahu...
Sungguh besar fadhilatnya...


Usai solat, kami bergambar beramai2 sebagai tanda kenang-kenangan berlatar-belakangkan Masjid Quba. Alhamdulillah indah sungguh masjid Quba... Subhanallah.


...Edisi Ziarah di SINI





No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...