Beras 5kg
Disampaikan cerita...
Di satu kawasan perumahan, tinggal lah para jemaah masjid yang terdiri dari berbagai latar-belakang pekerjaan. Dek kerja yang berbeza maka rumah kediaman pun berbezalah. Ada yang tinggal di rumah teres setingkat, ada yang teres dua tingkat, ada yang duduk rumah flat dan tak kurang yang menghuni rumah bungalow. Semua ikut kemampuan masing-masing lah kiranya.
Walau berbeza gaya hidup, nanum ikatan ukhwah di kalangan penduduk agak kuat. Kemesraan terserlah tiap-kali bertembung di masjid semasa solat berjamaah terutamanya Maghrib dan Isyak. Perbezaan status tidak menggugat hubungan silaturrahim sesama insan...alhamdulillah.
Di antara ramai-ramai jemaah, ada seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Ahmad di kalangan rakan2nya. Ahmad bekerja sebagai seorang drebar di sebuah syarikat Jepun. Ramai yang tahu, Ahmad memang seorang yang baik-hati dan ringan tulang, selalu bersedia untuk membantu jika ada apa2 permasalahan dalam penyelenggaraan masjid. Dia mempunyai anak seramai 5 orang, tinggal pula di rumah flat yang terletak tak jauh dari masjid. Dia tidak mempunyai kereta, jadi hanya menggunakan motor kapchai nya saja untuk berulang-alik ke tempat kerja.
Pada satu hari, Ahmad dan isteri bercadang untuk balik kampung. Untuk memuatkan anak2nya yang seramai 5 orang itu, dia telah menyewa van rakannya yang meniaga air tebu di pasar malam. Van lama Nissan c20 je, bukan Van Nissan Vannete yang baru sikit tu. Sementelah rakannya itu jual air tebu maka takde lah seat kat belakang van. Seat semua dah lama dicabut keluar. Jadi untuk keselesaan anak2nya, Ahmad pun letaklah tilam yang ada di rumah mereka untuk dijadikan pelapik duduk. Dapatlah anak-anaknya duduk dan baring2 di sepanjang perjalanan mereka balik ke Muar, Johor.
Semasa berhenti untuk mengisi minyak di stesen berhampiran, Ahmad tiba-tiba terserempak dengan Hj Anas, salah-seorang rakan masjidnya. Lalu apalagi, bertegur-sapa lah mereka.
Hj Anas: Assalamualaikum. ramai2 ni, nak ke mana Mad?
Ahmad: Waalaikummussalam... Oh cadang nak balik kampung la Haji...
Dari tingkap van yang terbuka luas, maka terpandanglah oleh Hj Anas akan anak2 Ahmad yang sedang duduk bersila ramai2 di belakang van itu. Secara tak sengaja, Hj Anas ternampak pula 6 - 7 kampit beras yang dalam saiz pek 5kg.
Hj Anas: Hai Mad, banyak beras... jual ke?
(Niat Hj Anas, kalau Ahmad meniaga beras, boleh la dia tolong2.. beli dalam sekampit)
Ahmad: Err... taklah.. takde jual pun Haji... saja nak wat balik kampung, mana tau kot kat tengah jalan nanti jumpa sapa2 yang susah, boleh la hulur...
Terkedu Hj Anas selepas mendengar jawapan Ahmad. Rasa semacam ada satu tumbukan pula pada wajahnya sendiri. Kenapalah dia tak pernah pun teringat nak buat sebagaimana yang Ahmad buat. Ahmad yang bergaji kecil boleh teransang untuk membuat kebajikan seperti itu, sedangkan dia yang bergaji beribu ribu lemon tak pernah pulak terfikir ke arah itu. Dan satu lagi hal yang pasti, dia rasa macam banyak la pulak jumlahnya kalau nak bersedekah sebanyak itu.. congak2 kalau beras yang Taj Murah saja pun dah dalam RM15 sekampit untuk 5kg (... tu belum lagi beli yang Taj Mahal), kalau 7 kampit dah berapa... ohh
Termenung Hj Anas sambil tangan perlahan-lahan memusing stering keluar dari kawasan stesen...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
- Baca Al-Mathurat Tiap Hari
- Doa Selepas Wirid Al-Mathurat
- Tasbih Kaffarah - Doa Pembersih Majlis
- Amalkan Penghulu Istighfar pagi dan petang
- Puding Jagung Santan
- Memahami Maksud Ayat Al-Mathurat
- Perjalanan Dari Jeddah ke Mekah
- Berpeluang Solat di Masjid Quba
- Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah
- Dengar bacaan Al-Mathurat
8 comments:
Alhamdulillah, semoga kisah ini akan meransang kita semua untuk membuat kebaikan terutamanya bersedekah kepada orang susah dan memerlukan. Kita semua ada peranan masing2 dan ikhlaslah berbuat sesuatu supaya ada nilaian di sisi Alllah SWT.
Tkasih anonymous.
Jadi bersedekahlah.
Teringat saya ada sorang ustaz bagi tips.. kalau masa tengah drive kita rasa hati macam tak brape tenteram je, elok singgah ke masjid/mana2 surau kat tengah jalan tu.. di samping dapat buat solat sunat Tahayatul Masjid (jika di masjid), dapat pula kita masukkan sedekah ke dalam tabung masjid. InsyaAllah hati akan kembali tenteram.. Wallahu'alam.
As-Salam NUR
Yang Nur paparkan itu memang satu kisah yang sungguh hebat dan menginsafkan! Pak Temuk agak, orang seperti Ahmad itu amat faham hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menyuruh kita bersedekah, walaupun setengah biji kurma. Dalam huraiannya, ustaz di surau kawasan Pak Temuk menjelaskan kelmarin bahawa bersedekah amat dituntut, kita bersedekah mengikut kemampuan, dan kita bersedekah barangan yang berharga (pada diri kita sendiri), dan kita bersedekah semasa kita masih sihat. Terima kasih berkongsi kisah.
MasyaAllah... semuga kita semua terpanggil utk berbuat baik spt sahabat kita en. Ahmad...
Belum pernah terfikir utk bersedia utk bersedekah sebegitu.. Mulianya hati hamba Allah ni..
Waalaikumussalam Pak Temuk..
Alhamdulillah kisah Ahmad sedikit sebanyak dapat sentuh hati kita untuk merenung di mana keberadaan kita dalam bab bersedekah ini. Tkasih berkongsi ilmu yang Pak Temuk dapat di surau.. InsyaAllah sama2 kita pakat gandakan lagi kuantiti sedekah kita selepas ini, sebaik2nya sedekah yang rahsia, kan Pak Temuk. Orang yang benar2 susah bukan baru sehari dua susah tapi ada yang dah bertahun-tahun susah.. moga diberi kelapangan oleh Allah Taala..ameen
Sue..
Betul tu sue, kisah Ahmad memberi teladan yang baik buat kita semua. Bila teransang untuk buat kebaikan, InsyaAllah ada keberkatan dalam rezeki.. walau hidup sederhana, tetap rasa lapang je rezeki, hidup tak rasa sempit..
Salam Nur,
Tulah kata orang nak bersedekah atau menderma jangan tunggu kita kaya. Sedekahlah semampu kita, InsyaAllah rezeki yang kita dapat akan diberkati Allah.
Wslm kak Ani,
Betul kata kak Ani, kalau ada sikit, kita berilah sikit.. jangan sampai tak bagi langsung bila ada yang tiba2 datang minta bantuan. Bersyukurlah kita bila ada orang yang datang meminta dari kita.. sebab dalam ramai2 orang Allah pilih kita untuk di datangi orang tersebut.. Jadi, jom cari pahala...
Post a Comment