Ilmu Mengingatkan Diri
"Malulah pada pokok..."
Teringat-ingat apa yang ustaz kata tu.
Kata ustaz lagi...
...Satu-satu pokok itu tertentu jenisnya. Contoh: Pokok kelapa. Kalau dah namanya pokok kelapa, daunnya pun tentulah daun kelapa, buah yang keluar pun buah kelapa, rasa buahnya pula rasa buah kelapa... daunnya tak akan jadi daun mempelam, buahnya takkan jadi buah rambutan dan rasa dia pun tak akan rasa macam buah durian... sebab memang sifatnya tertentu sebagai Pokok Kelapa.
Mari kita contohi sifat pokok. Kita mengaku Islam. Tapi masalahnya, dalam sesetengah ibadah je kita ikut Islam. Dalam solat kita ikut Islam, bila datang Ramadhan kita ikut Islam, turut sama berpuasa... orang pegi haji kita pegi haji, orang pegi umrah kita pun nak pegi... kira macam ikut trend pulak. Dalam soal ibadah kita seboleh-bolehnya tak nak ketinggalan, nak cuba ikut orang ramai2 yang 'ikut Islam'.
Tapi malangnya dari segi berpakaian contohnya, kita jadi macam berat hati nak ikut Islam. Kita rasa rugi kalau tak tunjuk rambut kita, fesyen berpakaian kita pada orang2 di sekeliling kita. Hati kita macam dah hard core, liat untuk terima nasihat. Kita refuse untuk terima teguran. Bila ada kengkawan forward -kan email yang cerita pasal Islam, kita tumpang sekaki tolong forward-kan sama pada kengkawan yang lain. Bila tiba email yang tegaskan pasal kewajipan menutup aurat kitapun ikut forward-kan... tapi kita yang tak tutup aurat dengan sempurna tak rasa ada getaran apa pun dalam hati bila baca sepintas lalu email tersebut... takde rasa apa2...
Malulah kita pada 'pokok' sebab ternyata kita tak ambik cara hidup Islam secara menyeluruh. Kita macam ambik separuh-separuh. Yang suka kita ambik, yang tak suka kita tolak dan buat tak tahu. Bila begitu keadaannya maka jadi tak sempurnalah kedudukan kita yang mengaku diri seorang Islam sebab yang pasti kita masih mengekalkan dosa.
Mesti ingat bahawa kita ini adalah seorang hamba. Hamba kepada Allah SWT. Bila kita sedar hakikat itu, sepatutnya akan timbul rasa takut dalam diri kita pada Allah. Bila kita kenal Allah, maka kita jadi 'maarifat' Allah... rasa takut pada Allah... rasa takut yang akan mendorong kita untuk pulun beramal dan cuba seboleh mungkin untuk elak dari langgar perintah Allah. Ustaz ibaratkan contoh macam kita takut pada harimau. Kita kenal harimau... lalu bila kenal sifat harimau timbul rasa takut pada harimau. Rasa gerun sangat jika terserempak dengan harimau. Tengok kesan tapak kakinya saja dah rasa kecut perut. Itu ibaratnya...
Berbalik pada diri seorang hamba, selagi bertitle seorang hamba maka sepatutnya semua jadi terhad-lah dalam hidup ini. Makan kena terhad, tak boleh berlebih-lebihan.. ada yang boleh ada yang tak boleh.. Cakap kena terhad, kena berhati-hati takut tersilap cakap/terlebih cakap buruk padahnya. Pakai pun kena terhad, tak boleh ikut suka hati nak pakai apa. Kena pakai yang sebagaimana diperintahkan. Yang halal kita ikut, yang haram kita tinggal.
Rahmat Allah luas buat kita. Sebesar mana pun dosa kita, masih ada ruang untuk kita bertaubat. Setinggi mana pun dosa kita, tinggi lagi rahmat Allah yang memberi banyak ruang untuk kita memohon ampun. Rahmat dan keampuan Allah tiada hadnya. Baru saja kita berniat untuk bangun solat malam contohnya, dah siap2 dapat satu kebajikan hasil dari niat tersebut... tu belum lagi betul2 bangun tu.. Esoknya kita cuba lagi bangun, jangan terus asyik dengan niat saja. Kena usaha realisasikan niat melalui perlaksanaan amal.
Rahmat Allah tiada hadnya. Jika terlintas di hati kita nak buat yang tak elok, niat itu belum dicatat sebagai satu kejahatan. Jika terlaksana niat itu baru ada catatan satu keburukan atas dosa yang kita lakukan. Namun kuatkan hati agar sentiasa ditetapkan iman, biar terhindar diri dari ada lintasan untuk lakukan yang tidak baik. Jadilah orang yang berilmu kerana ilmu dapat mengingatkan diri... nak buat kejahatan, tak jadi...
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
- Baca Al-Mathurat Tiap Hari
- Doa Selepas Wirid Al-Mathurat
- Tasbih Kaffarah - Doa Pembersih Majlis
- Amalkan Penghulu Istighfar pagi dan petang
- Puding Jagung Santan
- Memahami Maksud Ayat Al-Mathurat
- Perjalanan Dari Jeddah ke Mekah
- Berpeluang Solat di Masjid Quba
- Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah
- Dengar bacaan Al-Mathurat
4 comments:
tanya sama rumput yang bergoyang
Kenapalah manusia tidak menutup aurat? Bukankah menutup aurat itu perintah Allah? Kalau tidak menutup aurat bermakna kita melanggar perintah Allah. Maknanya dapat dosa bereterusan selagi mana kita mendedahkan aurat kita kepada umum.
Ibarat anak kita dapat markah exam Matematik 70% iaitu B le kan, tapi nanti dulu kena potong markah 10% kerana ada satu kesalahan besar, jadi markah yg tinggal ialah 60% je. Elok dapat B, skrg dah jadi C....ish ish.
Samalah gak dgn tak tutup aurat ni, katalah solat cantek, sedekah, puasa, tuturkata, pergaulan baik, jadi dapatlah kita pahala 70% hari tu. Tapi sebab tak tutup aurat kita dapat dosa dan kena tolak pahala tadi 10 point. Tinggallah 60% iaitu C je...ish ish. Scenario ni dah berterusan sejak kita baligh 20 tahun yg lalu. Cuba bayangkan alangkah ruginya. Silap haribulan elok2 boleh masuk Syurga tapi disebabkan dosa tak tutup aurat tadi terpaksa dihumban ke Neraka Allah, na'uzubillah. Insaflah kita semua !!
Cikli..
Rumput akan jawab dengan hati yang luhur InsyaAllah :)
Anoimos..
TQ dengan ulasan yang begitu menarik.. moga terbuka hati hati kita semua untuk berubah ke arah yang lebih baik InsyaAllah.. thx
Post a Comment