Tujuan Hidup


Tertarik hati untuk kongsi satu tazkirah online...


Hidup kita ibarat Komputer... ada hardware dan ada pula softwarenya. Hardware nya terdiri dari keperluan seperti harta, keluarga, makan minum dsb manakala software nya pula memerlukan pengisian untuk makanan ruhani.

Hakikatnya, tiada yang senang 100%. Tidak ada yang sempurna. Ramai yang senang tapi tak tenang. Ramai yang senang tapi jiwa rasa sempit, hati tak tenteram. Tak ramai yang senang mendapat tenang.

Harus diingat, jangan kerana kita hendakkan senang lalu kita abaikan tenang. Dan jangan pula sebab kita nakkan ketenangan lalu kita pinggirkan kesenangan. Perlu wujudkan tenang dalam usaha mencapai senang. Untuk capai tenang, kita kena banyak melakukan ibadah. Biar ibadah merangkumi seluruh aspek kehidupan. Tak kira di mana berada biar semua menjadi ibadah. Kebanyakan masa biasanya bertumpu di tempat kerja. Fokus jadikan kerja sebagai ibadah kerana bila diniatkan sebagai ibadah, maka itulah yang dinamakan tujuan hidup.

Bila nawaitu hanya kerana Allah, bukan saja kita akan dapat senang dari gaji yang diterima tapi sekelian InsyaAllah akan mendapat pahala. Jangan kita hilang arah akan tujuan sebenar. Rumah kita dibina dengan konkrit tapi rumahtangga kita mesti dibina dengan kasih-sayang. Itu termasuk dalam tujuan hidup.

Berbalik pada perumpamaan sebagai komputer.... kuantiti harta (hardware) memang penting tapi kualiti jiwa(software) lagi penting dalam matlamat untuk kita membina ' tujuan hidup.'

Maka berbekallah kita... kerana sebaik-baik bekal adalah TAQWA kepada Allah SWT...

Sebagaimana firman Allah:
''Bertaqwalah dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepada-KU hai orang-orang yang berakal.''(Surah al-Baqarah:197).


Dari Zaid bin Thabit r.a berkata: saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jika matlamat seseorang itu adalah dunia maka Allah SWT akan memporak perandakan urusannya. Yakni Allah SWT akan menyusahkannya di dalam segala urusan (rasa khuatirkan) kemiskinan terbayang-bayang dihadapan matanya, dan dia akan mendapat dunia hanya sekadar apa yang telah ditakdirkan untuknya. Dan sesiapa yang niatnya adalah akhirat, maka Allah SWT akan memudahkan urusannya dan Allah SWT akan menjadikan hatinya kaya, dan dunia akan datang dalam keadaan hina kepadanya. (HR Ibnu Majah)

Wallahu'alam.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Nur,

Semoga Allah berikan kita, ketenangan, kesihatan yang baik dan segalanya yang diperlukan oleh itu.

sal said...

alangkah syahdunya ceramah2 begini..

trimakasih mengingatkan..

moga kita sentiasa mengingatiNya..
di kala susah dan senang..

ketenangan dan kebahagiaan juga lahir dari hati yang bersih dan ikhlas..

Che Mid said...

Salam. Ketenangan itu penting tapi selalu tak perasan dek kesibukan itu ini. Kadang-kadang kita perlu duduk bermuhasabah .. barulah merasai nikmat tenang itu.

nur said...

Waalaikumussalam kak hanim..

Aminn.. begitu lah yang diharapkan, kan kak hanim.. mintak sihat dan mintak Allah beri berkat pada sihat kita..

nur said...

sal...
Over-heard tazkirah masa tengah sibuk prepare dinner.. berhenti kejap buat apa yang tengah buat, fokus dengar apa yang ustaz kata..
Alhamdulillah peringatan dari majlis ilmu tak kira melalui sumber mana, InsyaAllah dapat mengingatkan kita..

nur said...

AsSalam Che Mid..
Betul tu che mid... kita mampu wujudkan tenang, pilihan terletak pada diri sendiri. Banyak2 kita amalkan zikir InsyaAllah hati akan menjadi tenang, dapat elakkan hati jadi huru-hara..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...