Doa Mustajab


Assalamualaikum.
Banyakkan berselawat ke atas Nabi SAW hari ini.... hari Jumaat, penghulu segala hari.

Ustaz dalam kuliah maghrib telah membariskan beberapa hadis Nabi SAW untuk sama2 direnungi dan dibuat muhasabah dalam diri. Saya sampai agak lewat di masjid, jadi mungkin telah tertinggal dua tiga hadis sebelumnya.

Yang dapat diikuti hadis serta huraiannya termasuklah:
  • Perbaikilah makananmu, maka do’amu akan mustajab.” (HR. Thobroni)
  • Dari Sahl bin ‘Abdillah, ia berkata, "Barangsiapa memakan makanan halal selama 40 hari, maka do’anya akan mudah dikabulkan.”
  • “Apabila hamba itu meninggalkan doa kepada kedua ibu bapanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (HR al-Hakim)
  • Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kalian pada malam hari (HR Bukhari))
  • Mengerjakan solat-solat sunat di rumah

    Sabda Rasulullah SAW,“Kerjakanlah solat wahai manusia di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang paling afdhal ialah seseorang mengerjakan solat di rumahnya kecuali solat yang fardhu”. (HR Bukhari dan Muslim)

    Dari Ibnu Umar Radhiallahu 'anhuma dari nabi s.a.w., sabdanya:
    "Jadikanlah dari sebahagian shalatmu,yakni yang sunat, itu dirumah- rumahmu sendiri dan janganlah menjadikan rumah- rumah itu sebagai kuburan, yakni tidak pernah digunakan shalat sunat atau membaca Al-Quran yakni sunyi dari ibadat."
  • Zikrullah adalah penyembuh penyakit hati. Zikir dapat menyembuhkan penyakit hati daripada karat debu dosa yang dilakukan. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda......" Sucikan hati dengan berzikir."
  • Anak-anak adalah amanah Allah buat kita. Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud: "Ajarlah anak kamu tiga perkara: Mencintai Nabi SAW, mencintai kaum keluarga Nabi SAW dan ajarkan membaca Al-Quran".


Sebagai penutup majlis ilmu, ustaz selitkan kata-kata Imam Ghazali iaitu:

Untuk dapatkan keberkatan ilmu, kita kenalah....

  1. redha dengan tok guru, (ahli agama yang menyampaikan)
  2. duduk dekat dengan tok guru
  3. pandang wajah tok guru secara direct
  4. bertanya tentang apa2 yang sedang di-ajarkan


Semoga beroleh manafaat. Wallahu'alam.


1 comment:

Anonymous said...

Teruskan doa menaruh harap pada Allah dgn penuh ikhlas. Semoga ia menjadi doa mustajab dan diperkenankan Allah segala pengharapan itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...