Bismillahirrahmanirrahim.
__________________________
"Ko pegi Bersih?"
"Lom tau lagi makcik...", jawab saya.
"Aku pegi..", balas makcik balik.
"Oo eh? Baik-baik eh makcik, hati-hati..", kata saya sambil memegang lengan makcik, erat.
________________________________
Itu dialog minggu lepas antara saya dengan Makcik Siah sebelum kami bangun meninggalkan ruang solat selepas solat Isyak.
Semalam, ternyata kami sekeluarga telah ikut menyertai Bersih 3.0 untuk Duduk Bantah bersama-sama ribuan rakyat Malaysia lainnya. Alhamdulillah, dapat peluang bertegur sapa dan berbual-bual dengan ramai makcik2 dan pakcik2 yang turut serta keluar untuk program Duduk Bantah ini. Rasa luluh mendengar luahan hati insan-insan warga emas yang inginkan perubahan. Moga pengorbanan untuk sama-sama keluar berhimpun ini mampu sedikit sebanyak mempengaruhi proses membaikpulihkan sistem pilihanraya yang akan datang InsyaAllah. Rakyat mahukan sistem pilihanraya yang telus dan adil, bertandinglah kita secara sihat.. semua pihak harus sensitif terhadap mesej yang cuba disampaikan rakyat dari berbagai lapisan masyarakat yang sanggup turun duduk bantah beramai-ramai di jalanan. Rakyat ada kuasa memilih.. jangan sewenangnya dinafikan hak ini.
Jom tengok gambar yang saya ambil hanya dengan handfon yang setia di tangan di sepanjang perjalanan berjalan-kaki di tengah2 orangramai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
- Baca Al-Mathurat Tiap Hari
- Doa Selepas Wirid Al-Mathurat
- Tasbih Kaffarah - Doa Pembersih Majlis
- Amalkan Penghulu Istighfar pagi dan petang
- Puding Jagung Santan
- Memahami Maksud Ayat Al-Mathurat
- Perjalanan Dari Jeddah ke Mekah
- Berpeluang Solat di Masjid Quba
- Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah
- Dengar bacaan Al-Mathurat
3 comments:
Kita telah mengambil bahagian dan telah menjadi sebahagian dari sejarah menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Semoga diperkenankan Allah segala usha dan pengorbanan kita ini. Amiin.
terima kasih, tahniah dan salute dari saya
Anon
Cikli
Alhamdulillah.. Walaupun kecil, kita ada peranan masing-masing. Bak kata ustaz Azhar dalam kuliah di Masjid Syakirin malam tadi... contoh ada sebuah tanah yang semua tengah berebut, satu pihak nak buat masjid dan satu pihak lagi nak buat casino. Orang2 kampung diminta mengundi untuk penetapan tapak tersebut. Kalau yang menangnya suara ramai untuk masjid, alhamdulillah. Tapi kalau yang menangnya casino, walhal kita tak ambik bahagian mengundi untuk memenangkan masjid, kita sudah tentu pasti akan ditanya di akhirat nanti... wallahu'alam
Post a Comment