Bismillahirrahmanirrahim...
Telah dipanjangkan ilmu melalui en suami yang berpeluang berada dalam jemaah Tabligh semasa keluar 3 hari baru-baru ini. Sebelum ini telah dikhabarkan perkara yang sama oleh anak bujang kami yang juga ikut keluar 3 hari awal sebulan dari bapanya.. alhamdulillah....
Dianjurkan agar ikut mengamalkan tiga rangkaian zikir setiap pagi dan petang iaitu 300x selepas solat Subuh dan 300x selepas solat Asar iaitu:
- berselawat ke atas Nabi SAW - 100x
- istighfar - 100x
atau yang singkatnya
Mari kita amalkan.. zikir 300x setiap hari, alhamdulillah. Tapi jangan kita merasa bangga dengan bilangan atau kuantiti kerana perlu diingat bahawa agama bukanlah matematik. Sesungguhnya walau sedikit amalan tetapi ikhlas, itu lebih baik dari yang banyak namun hati tidak hadir.
Hidup lebih bermakna bila banyak ruang waktu dapat di-isikan dengan berzikir dan mengingati Allah. Moga sama2 dapat menjadikan amalan zikir sebagai rutin harian dalam kehidupan. Biar tiada hari berlalu tanpa zikir. Teringat kata2 ustaz dalam satu Kuliah Maghrib...."ZIKIR sangat ringan di mulut, namun begitu berat timbangannya di akhirat nanti."
Rasulullah SAW bersabda:
Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah
dengan orang yang tidak berzikir kepada Allah
adalah sepertimana orang yang hidup
dengan orang yang mati.
(HR Bukhari dan Muslim)
4 comments:
Alhamdulillah, amalkan zikrullah selalu.
alhamdulillah
terima kasih mengingat dan memberitahu
Anon,
cik aletheea,
Cikli...
Alhamdulillah, berusaha kita mencari sinar.. istiqamah buat apa yang baik..
moga sentiasa diilhamkan Allah, ditetapkan iman.. aminn
Post a Comment