Alhamdulillah, Raya kurban kali ni dapat perut muda. Perut muda yang dimaksudkan ialah perut muda lembu. Perut muda memang teramat lah sedapnya apalagi bila dimakan cicah2 dengan kuah dia. Perut muda sedap dimakan panas-panas dengan nasi puteh. Kalau lama dibiarkan terhidang maka lemak akan mengeras, dah tak sedap dimakan. Jadi sebaiknya terus dimakan selepas dipanaskan.
Cara nak rebus perut muda ni senang je.
- Kena basuh perut muda bersih2 dengan kapur makan.
- Lepas tu direbus hingga empuk.
- Hanya tambahkan sedikit garam buku.
- Ambil air rebusan perut muda yang pekat untuk dijadikan kuahnya. Campurkan dengan hirisan bawang besar, sedikit belacan, perahan air limau nipis dan hirisan cili padi. Sedappp... alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment