Bismillahirrahmanirrahim
Para ustaz ulang mengingatkan tentang keutamaan beramal di bulan Rejab. Mari kita mengulang-ngulang membaca doa ini...
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Allah humma bariklana fi rojabin wa syaabana wabalighna ramadhan...
yang bermaksud:
Para ustaz ulang mengingatkan tentang keutamaan beramal di bulan Rejab. Mari kita mengulang-ngulang membaca doa ini...
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Allah humma bariklana fi rojabin wa syaabana wabalighna ramadhan...
yang bermaksud:
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."
Moga Allah mempertemukan lagi kita dengan bulan Ramadhan kali ini. Ada yang Allah rezeki dapat melalui Ramadhan yang telah berlalu namun takdir Allah telah menetapkan ada yang tiada kesempatan untuk dapat bertemu lagi kali ini dengan Ramadhan yang akan datang kerana diri telah terlebih dulu dijemput pulang ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan ruh arwah ibuku di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... ameen
Mari latih diri kita. Latihlah diri kita di bulan Rejab untuk:
- lebih dekat dengan masjid
- banyak mengaji Quran,
- sering beristighfar
- berpuasa sunat
- solat2 sunat terutama Solat malam
- banyak bersedekah
Hiasi diri kita dengan ibadah sepanjang hari bermula bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menuju Ramadhan.
PUASA SUNNAT
(dari kitab Nasihat Agama dan wasiat Imam tulisan Imam Habib Abdullah Haddad)
(dari kitab Nasihat Agama dan wasiat Imam tulisan Imam Habib Abdullah Haddad)
- Di antara puasa sunnat yang dituntut ialah puasa enam hari dari bulan Syawwal, sebaik-baik saja selesai puasa Ramadhan, sebagai ucapan selamat jalan kepada bulan itu, ataupun sebagai menampal kecacatan yang mungkin berlaku dalam bulan itu. Bukankah yang sunnat itu selalunya untuk mencukupi yang kurang di dalam yang fardhu? Sabda Rasulullah SAW; "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan, lalu di-ikutkannya dengan puasa enam hari dari Syawwal, maka seolah-olahnya ia telah berpuasa sepanjang abad."
- Berpuasa pada Hari Arafah; iaitu hari ke-sembilan dari bulan Zulhijjah. Ada suatu riwayat mengatakan, bahawa berpuasa pada hari itu akan menebus dosa dua tahun. Para ulama berkata: Puasa Hari Arafah itu adalah puasa yang paling utama dalam setahun sesudah puasa Ramadhan, akan tetapi orang yang sedang mengerjakan amalan haji tidak dituntut melakukannya, agar ia tidak lemah beramal di waktu wuquf di Arafah untuk mengerjakan amalan haji.
- Puasa Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram. Ada riwayat mengatakan bahawa berpuasa pada hari itu akan menebus dosa setahun.
- Di antara puasa sunnat yang dituntut ialah berpuasa tiga hari setiap bulan. Terdapat banyak hadis yang mengatakan bahawa puasa ini menyamai pahala berpuasa sepanjang abad. Jiks orang yang berpuasa itu memilih malam bulan terang adalah lebih utama dan lebih baik. Sebab terdapat suatu riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan puasa pada malam-malam bulan terang itu, samada ketika di dalam negeri mahupun ketika dalam pelayaran. Hari-harinya ialah pada malam-malam bulan terang iaitu 13, 14 dan 15 dari tiap-tiap bulan. Tetapi jika memilih tiga hari yang lain pun boleh juga, cuma tiga hari yang tersebut tadi yang utama. Jika ia berpuasa tiga hari tidak berturut-turut pun boleh juga.
- puasa Nabi Daud a.s iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari. Hadis ada menyebut: Semulia-mulia puasa sunat ialah puasa Nabi Allah Daud iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari, dan puasa ini adalah lebih utama dari berpuasa terus-menerus sepanjang masa, sebagaimana yang disebut oleh beberapa hadis yang sahih. Berkata Imam Ghazali r.m: Puasa Nabi Daud a.s itu adalah lebih berkesan dalam mendidik diri dan lebih kuat untuk menentang kehendak hawa-nafsu daripada puasa sepanjang masa.
- puasa Isnin dan Khamis setiap minggu pun mempunyai kelebihan yang utama, kerana Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya. Nabi Saw bersabda: "Amalan manusia dibentangkan di hadapan Allah Ta'ala pada dua hari itu (Isnin dan Khamis), maka aku ingin apabila dibentangkan amalanku, ketika aku berpuasa."
- puasa pada hari Jumaat juga dituntut disebabkan keutamaan dan kemuliaan hari itu, akan tetapi puasanya harus digandingkan dengan puasa Khamis atau Sabtu, kerana Rasulullah SAW pernah melarang orang yang berpuasa pada hari Jumaat semata-mata.
Selamat beramal, luruskan niat kita.
No comments:
Post a Comment