Bismillahirrahmanirrahim
Kata ustaz....
Majlis zikir atau majlis ilmu ialah majlis yang menambahkan rasa cinta kita kepada Allah SWT, kepada kekasihnya Rasulullah SAW, kepada para sahabat ra dan juga kepada para alim ulamak. Majlis zikir atau majlis ilmu ialah majlis yang di dalamnya banyak menyebut nama Allah: ada tasbih, ada tahlil, ada tahmid dan ada takbir.
Orang yang cinta pada Rasulullah SAW, dia akan lakukan apa yang Rasulullah SAW suruh. Begitulah orang yang duduk dalam majlis ilmu adalah antara orang yang mengikut apa yang Rasulullah SAW suruh. Antara orang-orang yang dikasihi Allah ialah orang2 yang mengikuti Nabi SAW. Tidak dapat mencapai akan seseorang itu dengan darjat yang tinggi melainkan dengan hikmah dan keinginan yang tinggi. Tidak dapat mencapai dia jika tiada usaha untuk mencapainya. Untuk dapatkan sesuatu perkara itu mesti ada usaha untuk mendapatkannya.
~~~~~~~~~~~~
Usahalah untuk capai solat yang khusyuk. Kena tau apa sebenarnya makna sembahyang itu. Solat ini apa dia? Setiap perkara ada takrifnya, ada pengertiannya. Kata ustaz, kena fahami dulu istilah solat itu. Solat dari segi laghoh(bahasa) ialah doa. Maknanya kita memohon. Dari segi istilah pula ialah perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbirratul ihram dan disudahi dengan salam. Tidak ada solat kalau tidak ada salam.
Sesungguhnya begitu besar dosa bagi orang yang meninggalkan solat. Jika tak solat fardhu, buat baik macammana sekalipun Allah tak terima. Walau keluarkan zakat, berpuasa, menunaikan haji dan sebagainya namun Allah tak terima amalan tersebut jika tak solat fardhu. Mana mungkin Allah terima puasa orang yang tak solat? Ataupun bersungguh2 buat amalan sunat tapi solat fardhu tinggal contoh: Ikut beramai-ramai solat Terawih tapi Solat Isyak nya tinggal...
Dalam Surah Mukminun ayat 1 - 2, Allah berfirman:
[1]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Maknanya betul-betul orang beriman itu berjaya bilamana hadir hatinya di dalam solatnya itu. Sebaliknya bila solat tak khusyuk, itulah yang membuatkan seseorang itu tetap melakukan maksiat, tetap tak tinggal dedah aurat. Maka solatlah dengan jiwa yang hadir dan bukan dengan hati yang lalai. Solat mesti khusyuk. Berazam serta ikhtiar cari jalan yang membawa kepada solat yang khusyuk. Orang beriman yang berjaya itu ialah orang yang solatnya khusyuk. Bila berhasil dalam bab itu, maka perkara2 lain akan jadi elok dengan sendirinya..InsyaAllah.
Firman Allah dalam Surah an-Nisa ayat 103;
yang bermaksud:
"....Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
- Baca Al-Mathurat Tiap Hari
- Doa Selepas Wirid Al-Mathurat
- Tasbih Kaffarah - Doa Pembersih Majlis
- Amalkan Penghulu Istighfar pagi dan petang
- Puding Jagung Santan
- Memahami Maksud Ayat Al-Mathurat
- Perjalanan Dari Jeddah ke Mekah
- Berpeluang Solat di Masjid Quba
- Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah
- Ayat Manzil
No comments:
Post a Comment