Bismillahirrahmanirrahim
Sewaktu kaki melangkah keluar dari kereta, terdengar kata-kata ustaz dari corong speaker masjid..'...hati biar serupa dengan lisan. Apa yang disebut oleh lisan biar serupa dengan realiti..maka itu lah yang dinamakan benar.'
Ustaz menceritakan satu riwayat yang menyebut, ada seorang lelaki telah datang berjumpa Rasulullah SAW lalu mengadu..bahawa ada tiga penyakit (perangai tak elok) yang ada pada diriku iaitu; (1)tak boleh tengok perempuan, teringin (2)tak boleh lekang dari minum arak (3)suka menipu...serba serbi menipu.
Jadi aku nak minta nasihat dari mu ya Rasulullah tentang bagaimana cara untuk aku nak lepas dari terus melakukan perkara2 tersebut.
Maka Rasulullah SAW meminta dia untuk melakukan dua perkara iaitu: (1)lazimi benar (2)ingat agar jangan berdusta.
Bila pulang ke rumah, dia masih berhajat nak tengok perempuan. Namun dalam hatinya bimbang sekiranya dia masih melakukannya, apa dia nak jawab nanti bila ditanya Rasulullah SAW..sedangkan Rasulullah SAW sudah pesan agar dia melazimi benar dan jangan berdusta. Begitu juga dengan tabiatnya yang suka minum arak. Dia begitu teringin untuk minum lagi namun dia bimbang terhadap apa jawapan yang akan dijawabnya bila Rasulullah SAW bertanya padanya tentang perkara itu nanti...sedangkan Rasulullah SAW sudah berpesan agar dia melazimi benar dan jangan berdusta. Maka oleh kerana tidak mahu berdusta di hadapan Rasulullah SAW, maka kedua-dua perbuatan buruk tersebut berjaya ditinggalkannya. Dapat dilihat hikmah dalam riwayat tersebut bilamana Nabi SAW telah sentuh kalbu orang tersebut supaya bersifat benar agar terbit sifatnya menjadi orang yang benar dan tidak berdusta. Subhanallah...
Allah SWT telah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 119 yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama-sama orang-orang yang benar."
Orang-orang yang benar itu kata ustaz ialah para abid, ahli agama dsb.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 23 dan ayat 24; yang bermaksud:
"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah...."
"Kerana Allah akan membalas orang-orang yang benar sebab kebenaran mereka."
Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 28, yang bermaksud:
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran.'
Ustaz jelaskan tentang satu golongan sufi iaitu 'fuqoro' iaitu orang-orang yang hati mereka sentiasa berhajat pada Allah. Hati mereka fakir kepada Allah dan jiwa mereka sentiasa mengharapkan Allah Taala. Maka bila duduk dengan mereka ini InsyaAllah akan mendapat manfaat.
Sebagai nasihat di penghujung tazkirah, ustaz menyampaikan satu analogi yang datang dari seorang ulamak..
...dikatakan seorang lelaki itu bersifat aqli, dia bertindak dengan berfikir. Manakala seorang perempuan itu bersifat perasaan. Mereka merupakan dua makhluk berbeza. Maka bila dipertemukan sebagai suami-isteri, kedua-duanya perlu ada tolak ansur dan tidak boleh saling mempertahankan sifat masing-masing. Jika suami tetap dengan sifatnya maka yang dia mahukan tentulah seorang wanita yang super-woman.. yang boleh buat semua kerja dengan sempurna, tak boleh ada yang kurang. Sebaliknya jika si suami dapat menyelami perasaan isteri barulah akan mampu wujud rasa kasih sayang dan belas kasihan pada isterinya yang juga ada masa dan ketikanya merasa penat dan tidak terkejar dalam menguruskan rumahtangga.
Kata ustaz, lelaki kena menyelami perasaan, barulah InsyaAllah dia boleh hidup lama dengan isterinya..tanpa huru hara. Jika berlaku sebaliknya, keluarga tidak akan aman malah dari situlah akan timbul bibit-bibit perpecahan sehingga terjadinya cerai-berai. Dari hubungan perkahwinan dua makhluk berbeza itu maka akan lahirlah hasilnya iaitu zuriat. Tiada perkahwinan yang tidak ingin pada zuriat.
Begitulah ibaratnya dengan hasil yang perlu diterbitkan dari dalam diri seorang hamba Allah. Hasil dari beriman dengan Allah, biarlah terbit dari iman itu, amal. Allah nak orang yang produktif yang boleh menghasilkan amal. Allah nak tengok dari seorang hamba itu lahir amal-amal soleh.
Jangan kiranya kita nampak cantik pada zahir sahaja sedangkan batin tidak cantik. Jika amal elok tapi hati tak bersih maka dikatakan tidak lah seseorang itu dapat masuk ke syurga Allah. Disebut bahawa kita tidak dapat masuk ke dalam syurga jika Allah tak rahmat pada kita...nauzubillah. Jelas bermaksud bahawa kita tak boleh bergantung hanya dengan amal semata-mata sebab boleh jadi juga amal kita walaupun banyak tapi banyak pula yang tidak betul dari amal yang kita buat itu. Dan dikatakan juga bahawa walau banyak mana sekalipun amal yang kita buat tetap tidak terbayar oleh kita dengan nikmat Allah yang begitu banyak buat kita. Contoh nikmat sebutir mata pun tidak terbayar dengan amal yang kita buat.
Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah SWT belaka.” (Riwayat Muslim)
Allah nak suruh kita bergantung dengan-Nya bukan dengan amal semata-mata. Allah terima amal dari orang-orang yang bertaqwa, orang yang selalu beringat yakni selalu berhati-hati dalam perkataan dan tindak-tanduknya. Perlu sentiasa ada usaha yang bersungguh-sungguh dan seimbang dalam memperbaiki amalan agar hasilnya elok lahir dan batin. Dalam kita melakukan ibadah, sering tidak lepas dari diganggu manusia, diganggu pelbagai dugaan dan juga halangan. Maka dari itu kita sebagai seorang hamba sesungguhnya begitu mengharapkan rahmat Allah agar beroleh kekuatan dalam mengingati Allah dan melakukan amal-amal soleh. Semoga kita termasuk di kalangan orang-orang benar yang sentiasa mendapat keluasan rahmat, pertolongan serta keampunan dari Allah Taala..ameen..
....................................
Dipetik kata-kata seorang imam...
Pertama-tama sikap benar, ialah tidak berdusta dalam segala tutur-bicara. Perlu benar dalam segala amalan dan niat serta dalam semua tingkat dan maqam. Benar dalam amalan ialah menetapkan diri padanya serta membuatnya dengan cara yang paling baik, sempurna dan berhati-hati dengan sekadar kemampuan serta kemuncak usaha dan bergiat kerana Allah Taala lahir dan batin. Muraqabah (berhati-hati) maksudnya merasakan amat dekatnya Allah Taala kepada seseorang hamba di sepanjang masa, dan bahawasanya Allah Taala sentiasa bersama-samanya, meliputinya, menelitinya, mengawasnya serta melihatnya.
Firman Allah Taala dalam surah al-Ahzab ayat 52 yang bermaksud:
"Dan Tuhan itu adalah Penjaga segala sesuatu."
Firman Allah dalam surah Qaf ayat 16 yang bermaksud:
"Dan Kami telah mencipta manusia, dan Kami mengetahui apa yang dibisik oleh hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri."
Firman Allah Taala dalam surah al-Hadid ayat 4, yang bermaksud:
"Dan Dia sentiasa bersama kamu di mana kamu berada, dan Allah itu melihat apa yang kamu kerjakan."
Muraqabah, atau mengawas diri itu adalah dari maqam ihsan. Barangsiapa yang meneliti dirinya dengan sifat muraqabah, niscaya akan membuahkan perasaan gentar dan takut kepada Allah Taala, serta malu kiranya Allah melihat dirinya melakukan sesuatu yang dilarang Allah, atau tidak membuat sesuatu yang diperintahNya, atau pun merasa berat untuk mengerjakan sesuatu ketaatan dan merasa malas untuk menunaikan sesuatu ibadat, ataupun membelakangi khidmat kepada Allah Taala serta lalai dari mengingatiNya dan berbakti kepadaNya.
Wallahu a'lam.

1 comment:
Amal tanpa ikhlas akan tertolak..
kena benar seiring lisan dengan hati, in syaa Allah.
Post a Comment