Bismilllahirrahmanirrahim
Telefon saya rasa-rasanya dah memang gelap gelita dari malam tadi lagi sebab semalam masa nak tidur lupa nak cas bateri. Pagi2 bangun pun lupa pasal fon. Dah nak masuk tengahari baru teringat, cari fon, tengok-tengok ada beberapa mesej termasuklah salah satunya berupa mesej dari seorang kawan lama.
"Salam nur...Kaifa ha luka?" Sambil tersenyum saya terus reply, "Wsalam. Alhamdulillah ana bi khair.." Dek saya pun dah mula sibuk dengan urusan di dapur maka mesej antara kami terhenti setakat itu saja tadi.
Namun tanpa disangka, tak lama lepas tu... terdengar bunyi hon yang kuat di depan rumah. Saya terus minta anak bujang pergi check siapa... Ohh rupa-rupanya..dapat parcel dari kawan yang baru menghantar mesej tadi.
Ya Allah... sukanya hati dapat hadiah jubah yang sangat cantik hari ini. Kawan saya itu baru-baru ini ada meminta saya memberikan alamat, nak hantar jubah Lycra, katanya. Jadi alhamdulillah,, sudah selamat sampai lah jubahnya..tqvm za..jazakillahu khoiron :) :)
Kata anak saya, "mahal ni mama jubah ni, kalu kat kedai harga dalam RM89 gitu..." Laa cam tu ke.. mahal la pulak... rasa bersalah la pulak dapat hadiah mahal-mahal dari orang. Diucapkan ribuan terimakasih buat beliau, saya doakan moga beliau sekeluarga sentiasa dirahmati Allah... ameen. InsyaAllah jubah tersebut akan sering-sering saya pakai..alhamdulillah.
Kawan saya itu merupakan kawan semasa di sekolah menengah dulu. Pernah menjadi rakan baik saya sehinggakan alhamdulillah dapat kenal baik dengan ahli keluarga beliau sekeliannya. Namun setelah berlalunya zaman sekolah, persahabatan kami dengan sendirinya bagai ikut berlalu pergi. Hubungan terputus sekian lama. Walaupun begitu, kenangan persahabatan dengan beliau tidak terpadam begitu saja, ianya tetap ada terpahat dalam ingatan ini.
Sekarang, kami masing-masing tentunya sudah banyak berbeza setelah melalui pelbagai rencah pengalaman selepas meninggalkan zaman sekolah. Anak-anak pun semua dah besar. Usia perkahwinan pun masing-masing dah menjangkau lebih 20 tahun. Kalau direnung-renungkan umur sebenarnya dah tinggal tak banyak mana. Moga saya dan kawan2 di peringkat usia saya sentiasa beringat-ingat tentang hakikat ini. Moga sama-sama dapat menjadikan baki usia yang ada, terpenuhi dengan segala macam perkara yang baik... yang InsyaAllah dapat dijadikan asbab yang boleh membantu untuk hari akhirat kami...amin

1 comment:
Bertambah ayu nampaknya..
Post a Comment