Solat Sunat Wudhuk

Alhamdulilah...

Dalam kuliah maghrib malam tadi dapat pengisian ilmu dari Ustad Salahuddin Nasir, seorang ilmuwan ternama yang penyampaian ilmu beliau lebih2 lagi dalam bab Sirah Nabi SAW selalu terkesan di hati...alhamdulillah.

Semalam yang membuat saya terkenang2 sampai hari ini ialah tentang kisah sahabat Bilal bin Rabah r.a yang ustad cerita. Kisah tersebut sering di-ulang dengar dari para ustad namun bila mendengar penceritaan dari ustad Salahuddin Nasir telah memberi suatu sentap dalam hati. Aduhai susahnya untuk saya isiqamah buat Solat Sunat Wudhuk. Mohon pada Allah agar diberi kekuatan sebagaimana sahabat Bilal bin Rabah ra yang istiqamah mendirikannya...amiinn.. sesungguhnya tiada daya dan upaya diri ini melainkan dengan pertolongan Allah.

Teringat salah seorang ustad dalam kuliah maghrib baru2 ini ada menyebut..."...ibadah wajib dan sunat itu kedua-duanya merupakan perintah Allah...maka kita buat lah... Bukan hanya yang wajib, tapi Allah sebut yang sunat...jadi kita sebagai hambaAllah harus cuba semampunya buat untuk bekal kita menuju akhirat. Kita tak berapa takut pada mati tapi yang paling kita takut ialah kehidupan selepas mati..."
Allahu..

Jadi mari kita cuba istiqamah buat mana2 ibadah sunat...kita pegang ia biar jadi istiqamah..contoh kata ustad Salahuddin Nasir, kita istiqamah berselawat 100x sehari. Jangan tinggal, biar jadi rutin.

Dan dari kisah Bilal bin Rabah r.a sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w berkata kepada Bilal:

"Hai Bilal, beritahukanlah kepada saya dengan suatu amalan yang paling engkau harapkan pahalanya serta yang engkau amalkan dalam Islam, kerana sesungguhya saya mendengar suara derap kedua terumpahmu di hadapanku di dalam syurga." Bilal menjawab: Saya tidak melakukan sesuatu amalan yang lebih saya harapkan di sisiku daripada kalau saya habis bersuci sesuatu sucian dalam waktu malam ataupun siang, melainkan saya tentu bersembahyang dengan sucianku itu, sebagaimana yang ditentukan untukku - yakni setiap habis berwudhu' lalu melakukan shalat sunnah wudhu'." (Muttafaq 'alaih)



..... kita sematkan di hati dan tanam azam untuk ikut sama melakukannya... Azam untuk sentiasa berada di dalam wudhuk yakni kekal dalam wudhuk dan bilamana setiapkali selepas mengambil wudhuk kita Solat Sunat Wudhuk 2 rakaat sebagaimana Bilal bin Rabah r.a. InshaaAllah amiinn....


No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...