Bicara Soalnya Hati

Sedutan pengisian kuliah maghrib:

Dikatakan...
Kalau rasa letih bila lakukan kebaikan, maka letih itu akan hilang manakala kebaikan akan kekal. Sebaliknya kalau seronok melakukan keburukan, rasa seronok akan hilang tapi dosa keburukan akan kekal.

Banyak perkara yang berlaku pada mutakhir ini berpunca dari hati. Dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggota. Jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh anggota. Daging itu ialah hati.

Hati itu adalah raja segala anggota. Antara anggota yang memainkan peranan atas arahan rajanya termasuklah:
1) mata
Kalau hati rosak, apabila membuka mata di pagi hari tidak mampu melihat kebesaran Allah. Tidak timbul syukur dapat kembali membuka mata di pagi itu. Kalau raja baik, mata dapat melihat kebesaran Allah. Maknanya mata dapat berfungsi dengan baik.

2) telinga
...juga di bawah seliaan hati. Kalau hati elok, telinga nak dengar perkara2 yang baik, nasihat2 yang baik. Kalau hati tak elok,  orang bagi nasihat tak mahu dengar; masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hati kalau sudah gelap, satu apa pun tak masuk ----> baca quran tak mahu, dengar bacaan quran pun tak mahu.

Oleh itu, jangan main2 dengan soalnya HATI. Akhirat nanti, yang Allah nak pilih masuk ke Syurga-Nya adalah orang yang hatinya penuh kebaikan, yakni hati yang elok.

Hati ini peranannya besar. Allah tak melihat rupa paras kita, raja ke kita, berpangkat besar ke kita. Tidak.... Allah tak tengok itu semua. Yang Allah tengok ialah hati kita. Hati tempat tilik Allah.
Kalau kita betulkan niat kita, inshaaAllah hidayah Allah akan turun buat kita...aminn

Kita tak nampak apa yang di dalam hati orang yang datang ke masjid sekalipun. Hanya Allah Taala yang tahu. Kalau hati kotor, maka sia2 amalan baik. Hari ini, dunia tanpa sempadan.   Perbuatan hati diterjemahkan dengan hujung jari saja. Seru perkara2 fitnah menanndakan hatinya rosak. Kalau hati tak baik, telinga buat yang tak baik,  mengintai dengar yang tak baik untuk wujudkan kontroversi.

3) lidah
"Dulu2, orang nak sebarkan fitnah pakai lidah saja,"kata ustaz secara berjenaka. Tapi sekarang zaman internet, hanya guna jari wakil kepada lidah. Bertaubatlah kita.  Taubat: (1)menyesal  (2)azam dalam diri tak mahu buat lagi  (3)jangan ulang lagi dosa kita.
Jaga hati masing2. Buat checklist, ada tak hari ini kita sebarkan apa2 yang boleh mengelirukan orang lain.

Hati yang bersih ialah hati yang sentiasa ingat pada Allah. Orang yang hatinya bersih inshaaAllah akan mudah nak lafazkan kalimah syahadah ketika nak mati. Berdepan dengan kematian dan berdepan dengan azab kubur sangat sukar kalau hati tak bersih. Sama2 buka pintu hati kita mendengar nasihat. Hati biar bersih. Bersihkan hati. Penyakit hati sangat serius sekarang ini, menebal sangat.

Wallahu'alam.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...