Cari Masa Untuk Ibadah


Buatlah sesuatu yang boleh menjadi sebab Allah kasih. Buatlah yang diperintah. Tinggalkan yang ditegah. Tinggal yang ditegah hingga kepada yang sekecil-kecil ditegah.

Tentukan ibadah, biar khusus. Ada kata2 menyebut,"Jangan kau sibuk pada tiap2 harimu." Maksud di sini jangan kita terlalu disibukkan di setiap hari siang dan malamnya sehingga kita lupa ibadah. Jangan sampai kita dapat dunia sahaja sedangkan akhirat tak dapat.

Biarpun meniaga, tapi tetap menjadi ibadah. Bersedekah, niat ibadah. Kalau meniaga jual makanan, masak biar betul sedap inshaaAllah ia akan menjadi sesuatu yang beri manafaat untuk akhirat kita. Dunia ini jambatan atau jalan untuk ke akhirat.

~JANGAN~
  • Jangan kita Dhuha terlepas, solat malam terlepas, solat hajat terlepas. Rugi kita jika semua itu terlepas. 
  • Jangan tunggu sakit baru nak nampak Allah. 
  • Jangan tunggu sakit baru nak solat hajat. 
  • Jangan zikir malas, mengaji malas. 
  • Jangan kita ibadah jadi lemah bila bercampur dengan manusia. Bila kita bercampur hasilnya jadi lagho, maka hendaklah asingkan diri dari mereka. Duduk bersendirian, bersunyi diri dari makhluk jika itu lebih baik untuk diri kita. Bukan tidak mahu bergaul dengan manusia tapi mengasingkan diri itu lebih baik untuk elak diri dari terus menjadi lagho.


Cari masa untuk ibadah. Duduk mengaji, duduk berzikir. Peruntukkan masa, biar khusus. Jangan pula baru sejam mengaji dah mengantuk. Sedangkan kalau pergi mengopi kat kedai mamak, duduk tiga jam pun tak rasa apa... tahan tak mengantuk.

Wallahu a'lam.

4 comments:

Nila Anggraini said...

Tq so much kak Ti. Mudah-mudahan kita tergolong kepada hambaNya yang tak lalai. Aamiin

Unknown said...

Tq kak ..semoga saya juga sentiasa istiqamah dalam beribadah kepada allah

Unknown said...

Alhamdulillah akak....semoga saya juga istiqamah dalam melakukan ibadah kepadaNya

Unknown said...

Alhamdulillah Tie, ambo pun kena muhasabah diri - banyak kekurangan dalam diri ini 😪 - “ Allahumma yaa muqallibal qulub, tsabbit qulubana a’la deenik” Sentiasa doa pada Allah, minta kekuatan untuk ikhlas beristiqamah.....In Sha Allah.....(AJ)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...