Kembara Amal ke Kemboja dan Vietnam (part 2)

Alhamdulillah...teringat cerita Kembara Amal belum selesai. Makanya dari SINI, ikuti sambungan kisahnya....


Dalam perjalanan balik dari rumah Ustad Kossim, kami singgah pula di penempatan anak tahfiz perempuan yang di bawah penyeliaan Ustad Zamri(kalau tak silap namanya). Beliau merupakan adik kepada ustad Romly yang menjadi tour guide kami sepanjang hari itu. Di rai'kan  lagi dengan acara makan2 oleh ustad, isteri, mak mertua serta anak-anak tahfiz. Ustad Fadzli, Tok Ketua, Ustad Asmadi serta ahli2 rombongan menyerahkan sedikit sumbangan kepada ustad Zamri sebelum kami  meminta diri pulang. Hari dah lewat, selepas solat maghrib kami mulakan perjalanan jauh balik ke hotel...huuu..penat..kiranya kami cover beratus km dan berjam2 dalam van,  journey di jalanan yang berdebu di bumi Cambodia melawat masyarakat melayu Champa.

Esoknya pagi2 lagi kami semua naik kenderaan tersohor di Kemboja iaitu Tut Tut menuju ke stesen Cruise. Uishh... Teruja sungguh naik Tut Tut, kira termasuk dalam pengalaman indah la.. Hi hi





Kemudian kami menaiki Cruise selama lebihkurang 5jam merentas Sg Mekong menghala ke Vietnam. Tak tau entah berapa kali terlelap atas Cruise sebelum nak sampai boarder Vietnam. Ada sekali dihidangkan dengan kopi vietnam beserta menu roti dan snek ringkas tapi sedap alhamdulillah. Tour guide kami kali ini bernama Razak. Lembut bicara orangnya dan murah dengan senyuman.



Alhamduilillah sampai sudah kami di bumi Vietnam setelah sebelum itu sempat berlabuh sebentar di boarder Vietnam untuk cop pasport sebelum dibenarkan memasuki Vietnam.







Dua van eksklusif dah siap sedia menunggu kami di jeti Chou Doc untuk membawa kami ke destinasi berikutnya. Harus merentas sungai dengan menaiki feri untuk ke kampung melayu. Kami singgah ziarah ke masjid dan madrasah al-azhar.




Ia merupakan penempatan  bagi anak2 tahfiz lelaki. Begitu cantik masjid dan bangunan asramanya serta sangat luas kawasan persekitarannya. Lanskapnya bersekali dengan kawasan tanah perkuburan. Kami langsung solat jamak qasar di sana sebelum menuju ke Surau Mubaraqin di kawasan tempat ibu serta keluarga Razak tinggal. Di surau tersebut kami semua di rai'kan dengan jamuan makan tengahari yang begitu menyelerakan, ada dengan ikan masin sebagai penambat selera.






Misi lawatan diteruskan lagi dengan melawat ke kedai beg tenun serta tempat membuat serta menjual telekong secara borong, tak jauh dari Surau Mubarraqin. Aduhh banyak bebenor semua pakat shopping telekong.. He he... Alhamdulillah bersyukur dapat melalui pengalaman ini sebab baru dapat tahu dan kenal tempat membuat beg dan telekong vietnam yang location nya memang agak tersorok dan terpencil di bumi Vietnam.





Saya menyangka lawatan hari itu sampai di situ saja, rupa2 nya tidak. Razak dalam jadual pakejnya, petang itu telah membawa kami melawat ke suatu kawasan paya/lombong yang sangat istimewa. Tempatnya berwarna-warni dipenuhi dengan pokok2 bunga Kertas @ bourgounvilla.




Kawasan paya dilatari dengan pokok bunga teratai di seluruh permukaan air. Allahu, sedap sungguh mata memandang dan tenang sungguh kawasan paya yang kami rentas dengan menaiki bot itu. Atas bot, kak Mai suami isteri duduk di depan kami.

Bot meluncur laju merempuh bunga2 teratai yang bagaikan karpet di atas air. Dalam hati risau juga mana lah tau tiba2 muncul sesuatu  dari dalam air semasa kami di atas bot itu... Tapi Alhamdulillah semuanya baik-baik saja.












Selepas itu Razak membawa kami singgah ke satu restoran untuk membasahkan tekak alhamdulillah. Agak gah la suasana restoran tersebut. Saya order air kelapa, en suami order kopi.
Sesudah itu, kami bergegas balik semula ke surau Mubaraqin untuk balik makan malam serta berehat sebentar dan bertukar pakaian. Mesti menepati masa kerana kami dijadualkan menaiki bas (sleeping bus) untuk ke Saigon @ Ho Chi Minh pula malam itu.  Makanya khidmat Razak berhenti di situ usai kami meninggalkan surau dan menaiki bas menuju ke Ho Chi Minh.. Tq Razak and family.


Allahu Akbar pertamakali merasai pengalaman naik sleeping bus ini. Mana ada bas macam ni kat Malaysia..he he. Mula2 tu agak tak tentu arah la nak tido sebab tak biasa naik2 bas terus kena baring macam tu..hahaha

Perjalanan dengan bas memakan masa 6jam.. Sekejap terlelap, sekejap terjaga kemudian terlelap balik hinggalah kami selamat sampai ke bandar Ho Chi Minh. Belum check in hotel lagi sebab dalam itenari kami akan ke satu perjalanan jauh terlebih dulu pagi tu. Maka, sesampai di sana, terus bergegas menaiki bas lain menuju ke satu masjid yang ternama di bandar itu untuk solat Subuh, bersihkan diri serta bersarapan.




Setelah selesai semua, kami menuju ke destinasi yang mengambil masa 3jam perjalanan dengan bas ke masjid di mana sangat ramai qariah dan anak2 di sana sedang menunggu kedatangan kami.. Subhanallah..terharu rasa. Saya menawarkan diri tolong  membahagi2kan jajan dan duit yang telah diperuntukkan team ustad Fadzli serta Tok Ketua untuk anak2 itu.

Kami kemudiannya singgah pula ke rumah Ustad Musa (yang mengambil alih tugas tour guide bersama rakannya) untuk makan tengahari. Allahu, sedap sangat menu makanan di rumah ustad Musa. Saya siap tolong tapau kuih2 yang lebih untuk bekalan kami dalam perjalanan keluar dari kawasan pedalaman itu, balik ke hotel. Sangat sedap kueh bengkang dan cekodok bawang dari rumah ustad Musa.. Tq tq.. Jazakallah

Mai, orang penting yang menguruskan jadual kami terpaksa terbang balik dulu ke KL. Begitu juga dengan beberapa ahli rombongan termasuk Haliza suami isteri dan kak Ani suami isteri. Jadi kami2 yang masih tinggal ini ada yang akan terbang balik pagi2 lagi keesokan hari nya dan ada yang akan terbang balik sebelah petangnya. Saya dan en suami termasuk dalam group yang flight petang sekali dengan Sue, Hj Azmi, Arina, Hana dan En Ali(pak saudara Sue).

Makanya ada lah peluang untuk kami ronda2 cari barang di Ho Chi Minh.
Alhamdulillah sampai hajat untuk ke sini cari barang. Hari tu ada berkira2 dengan encik suami untuk ke sini tapi  tangguh dulu hinggalah tiba2 dapat info tentang Kembara Amal ini. Alhamdulillah syukur dengan nikmat pengembaraan ini.
Surah Ar-Rahman  Ayat 13:

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? {55:13}

Allah dah susun cantik, setiap kejadian pasti ada hikmah. Moga Allah rezekikan lagi daku untuk dapat ikut Kembara Amal ini  di masa hadapan jika panjang usia dan ada kelapangan rezeki dan masa. Semua dengan izin Allah.. Aamiinn

Jazakallah buat semua yang menjadi rakan rombongan  Kembara Amal serta semua individu yang terlibat di Cambodia dan Vietnam. Moga semuanya sentiasa dirahmati Allah.. Aamiinn























1 comment:

Raja Suria said...

MasyaAllah
Alhamdulillah
Kenangan terindah
❤️

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...