Assalamualaikum
Nak tulis dalam blog untuk anak² tengok in future kalau teringin nak buat. Kueh ni faveret en suami. Itu yang kalau jumpa kat atas pasar Siti Khadijah atau kat gerai kueh memana kami tak lupa beli. Sedap sangat lebih² kalau dapat pisang raja. Ohh lupa intro pasal kueh pulut pisang ni. Ianya sejenis kueh pulut yang ada pisang di tengahnya, yang disalut dengan kelapa parut manis.
Hah..gitew |
Okeh, meh kita tengok resepinya~
.......................................
Beras pulut 1cawan
Santan fresh/Santan Kara 1kotak paling kecil @ 99sen. Campur air untuk paras tenggelam pulut.
Garam ¾ sudu kecil
Pewarna hijau
.....................................
Pisang Raja 5 biji
Kelapa parut untuk kueh
Gula ½ cawan
Air ½ cawan
Secubit dua garam
......................................
Daun pisang
Tali rafia untuk mengikat
......................................
Cara membuat kueh pulut pisang:
Basuh beras pulut lalu rendamkan seketika dalam air yang dititikkan pewarna hijau.
Sambil² tu boleh lah ambik daun pisang, layur²kan dan lap bersih.
Okay, pulut yang direndam tadi toskan. Masukkan pulut ke dalam satu loyang bulat. Tambahkan santan + garam ke dalam loyang, kuantiti santan takat paras tenggelam pulut sahaja. Kukus selama 15minit.
Sudukan pulut yang dah dimasak(kalau separuh masak pun okay) ke atas daun pisang. Letakkan pisang Raja di tengah²nya lalu balutkan dengan pulut.
Gulung daun pisang, kemudian ikat di kedua² hujung dan 2 ikatan ditengah gulungan.
Rebus dalam air mendidih selama 20 minit. Dah selesai, angkat dan toskan. Ketepikan biar sejuk dan pejal.
Sementara itu sediakan air gula dengan memasak gula + air kemudian campurkan kelapa parut + secubit dua garam. Masak hingga likat, tutup api.
Buka ikatan dan gulungan pulut, hiris ketebalan ikut citarasa masing². Ada yang suka hiris nipis, ada yang suka tebal.
Salutkan dengan kelapa manis😍🌴
Alhamdulillah...sangat sedap rasa kueh yang satu ini. Boleh cuba buat ya....👍
No comments:
Post a Comment