Bismillahirrahmanirrahim.
Menyegerakan berbuka puasa adalah sunnah Rasulullah SAW.
Hadis yang diriwayatkan oleh Sahl Bin Sa’ad. Sabda Nabi SAW. Maksudnya :”Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka.” Riwayat Al-Bukhari (1957) & Muslim (2608)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Allah ‘Azza wa Jalla berfirman (dalam hadith qudsi): “Aku (Allah) sangat mengasihi hamba-hamba-Ku yang menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat at-Tirmizi, Kitab ash-Shaum, Bab MaJaá Fi Ta’jili al-Iftor, no. 700, katanya hadith ini, hadith hasan gharib)
Orang yang melewatkan berbuka puasa tidak akan mendapat kelebihan sebagaimana orang yang menyegerakan berbuka puasa kerana itu tidak mengikut sunnah Nabi SAW.
.............................
Jangan kita berlebihan-lebihan makan ketika berbuka puasa. Kerana ia skan membuatkan perut kita jadi terlalu kenyang hingga malas bangun beribadat.
Al-'A`rāf:31 - .... dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
Daripada Miqdam bin Ma’di Karib RA, beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Maksudnya: “Tidaklah seorang anak Adam memenuhi satu tempat yang lebih teruk dari (memenuhi) perutnya. Cukuplah bagi anak Adam makanan yang boleh menegakkan tulang belakangnya, jika boleh (lebih dari itu) maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga untuk nafasnya.” Riwayat Ahmad (4/132), al-Tirmizi (2380), al-Nasaie (6769) (6770) dan Ibn Majah (3349). Al-Tirmizi berkata hadis ini hasan
Daripada hadis ini ramai ulama memberi pandangan antaranya:
#Al-Haris bin Kaladah (pakar perubatan Arab) berkata: “Mengisi perut secara berlebihan merupakan punca utama penyakit.”
#Al-Hasan berkata: “Hai anak Adam makanlah dengan memenuhi satu pertiga perutmu dan minumlah satu pertiga serta berilah ruang satu pertiga untuk perutmu bernafas supaya kamu dapat berfikir.”
Wallahu a'lam.
1 comment:
Pastikan udah masuk maghrib baru berbuka, kena yaqin. Kalau blom masuk maghrib udah berbuka maka terbatallah puasa itu. Kena qadho balik.
Post a Comment