Bismillahirrahmanirrahim
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertama bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintunya yang terbuka. Pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintunya yang tertutup. Lalu seorang penyeru menyeru: “Wahai yang mengharapkan kebaikan, bersegeralah (kepada ketaatan). Wahai yang mengharapkan keburukan, berhentilah (daripada melakukan keburukan). Allah SWT akan membebaskan hambahamba-Nya daripada api neraka dan perkara tersebut berlaku pada setiap malam(di bulan Ramadan).”
Riwayat Ibnu Majah
Kata ustad... ada yang tak sempat masuk Ramadhan tahun ini. Allah dah jemput dia. Moga² Allah tempatkan di tempat yang baik. Muhasabah diri, jika Allah jemput bagaimanakah amal kita. Kalau banyak amal baik, maka selamat lah kita namun jika amal tak banyak mana ditambah dengan banyaknya dosa, habis bagaimana hendak mengadap Allah. Kita yang masih ada di dunia ini, kita masih berkesempatan berbuat apa yang baik untuk kita.
Kita ada pilihan untuk buat yang baik atau yang tak baik. Kita nak jadi hamba yang mana? Dosa yang kita buat banyak. Kita yang berpeluang masuk ke bulan Ramadhan ini, sebaiknya kita gunakanlah dengan bersungguh² keberadaan kita di bulan yang mulia ini, mudah-mudahan Allah terima amal kita dan bila kita keluar dari Ramadhan ini kita bersih dari dosa, suci seperti kain putih.
Sebelum solat subuh, pastikan kita buat kobliyah subuh. Kalau kita istiqamah inshaaAllah akan jadi tabiat kita dan berterusan lah sampai bila². Latih diri kita buat amalan soleh sepanjang bulan ini contoh, baca quran dan bangun solat malam. Setiap amalan yang kita buat di bulan Ramadhan inshaaAllah Allah akan campakkan rasa manis di saat mengerjakannya. Dengan izin Allah dapat terus istiqamah mengerjakannya selepas keluar dari bulan Ramadhan.
Wallahu'alam.
3 comments:
Semoga Allah terima taubat kita, aminnn
Aamiinn
Semoga Amalan kita diterima Allah,Aamin...
Post a Comment