Apa pilihan yang kita ada?


"pa..", sapa saya masa en suami tengah fokus depan laptop nya.

"Yoo!
Sahut en suami dalam nada macam nak berjenaka.

"Nak air?"
, offer saya.

"What choice do we have?"


"Teh-O ngan kopi-O jeh, susu pekat abis.."
, balas saya.

"Orite, teh-O..."

Pilihan terletak pada diri kita. Dari sekecil-kecil perkara kita biasanya boleh pilih nak yang mana. Walau terhad pilihan sekalipun, kita tetap ada kuasa memilih, contoh kalau taknak kedua2 pilihan bagi contoh kat atas, kita tetap boleh pilih untuk taknak minum sebarang air manis sebab nak jaga kesihatan... jadi nak selamat boleh mintak air suam atau hanya memilih untuk berkata.. no thank you...


Begitu juga halnya dengan pilihan yang Allah beri untuk kita. Teringat kata2 ustaz...

Pilihan terletak pada diri kita untuk memilih samada nak atau tidak ikut apa yang Allah minta kita buat. Telah tertulis dalam kitab Allah perihal dosa pahala dan Syurga Neraka jika buat dan tak buat sesuatu amalan itu. Buat yang disuruh dapat pahala, buat yang dilarang akan beroleh dosa.

Telah sampai peringatan kepada kita melalui firman Allah yang bermaksud:

"Dan tidak Ku jadikan jin & manusia melainkan
supaya mereka menyembah dan beribadat kepada Ku."

Surah Ad-Dzaariyaat 56


Malangnya tidak timbul rasa takut terhadap perkara hitam putih yang dah dinyatakan di dalam al-quran itu... Disebabkan takde rasa takut dan gerun terhadap azab seksa Allah yang menanti di akhirat kelak, kita langsung tak bersegera untuk bangun solat tiapkali seruan azan dilaungkan, tidak timbul rasa takut pun bila tak tutup aurat dengan sempurna, tidak rasa rugi pun bila tak mengaji quran... takde rasa apa2 walaupun dalam quran dah siap2 sebut sekian sekian dosa pahalanya.


Sifat seorang mukmin, hanya mengharapkan redha Allah dan takut akan murka Allah. Nak selamat, sama2 kita pilih jalan yang baik, jalan orang2 yang Allah redhai dan bukan jalan orang2 yang sesat... Bersedia untuk berubah jadi lebih baik, Insya-Allah Allah akan lorongkan kita jalan kebaikan menuju redha-Nya..

Wallahu'alam.


10 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum Nur

Kata ustaz, membuat keputusan terhadap kebebasan memilih yang diberikan Allah kepada kita itu adalah merupakan salah satu ujian yang besar.. sebab bila salah pilih akibatnya tetanggung atas diri kita juga.

nur said...

Waalaikumussalam kak werdah..

Terang dan nyata apa yang ada dalam kitabullah.. hakikatnya kita have no other choice sebenarnya, kan kak werdah. Mesti ada usaha yang sungguh2 untuk ikut perintah Allah, tinggal yang dilarang.. Memang azab Allah tak nampak sekarang, makanya harus yakin dan percaya setiap janji Allah itu pasti berlaku.. Kita nak taknak pasti akan terima pembalasan sesuai dengan apa yang kita buat semasa di dunia. Contoh dalam hal menutup aurat..mesti serius ikut sebab itu adalah perintah Allah.. walau kita yakin kita baik, kita solat, kita tak ngumpat orang, kita selalu tolong orang tapi dalam hal menutup aurat kita tinggal, maka pi mai pi mai tetap tak dapat lupuskan dosa kita yang tak ikut perintah Allah agar menutup aurat dengan sempurna.
Tkasih kak werdah..

Maiyah said...

assalam..

setuju ngan nur ;)

mama aini said...

assalamualaikum nur..sebenarnya banyak pilihan yang kita ada.n semua keputusan kita yang menentukan..samaada ianya baik atau buruk..he2x...sedap juga teh o tu kan?..

nur said...

Waalaikumussalam maiyah..
Timakasih.. persoalan aurat sering ustaz peringatkan.. perlu sensitif dengan suasana sekeliling, perlu timbul rasa risau bila tengok anak2 muda yang masih berseluar pendek lawan bola kat padang... walau tidak dapat tegur dengan kata2, sekurang2nya hati kita menegah perbuatan itu.

nur said...

Waalaikumussalam MaMa AiNi..

Betul tu, tu pasal kena fikir bukan takat sekali dua, malah jom pakat2 kita fikir berkali-kali sebelum decide akan satu2 perkara. Jangan kita pilih haluan di-murka. Dua tentera Allah di kiri kanan kita Insya-Allah selalu dalam keadaan bersedia untuk membuat catatan dalam buku yang istimewa.
~ tenkiu.. :)

Marina Ali said...

Salam,kak..pilihan selalu ade dihadapan kita,nak buat baik atau buruk bergantung pada kita,nak pilih hitam atau putih bergantung juga pada kita,persoalannya takat mana kita bijak membuat pilihan juga bergantung pada kita...tetapi kenapa manusia suka pada yang tak elok,sebab nikmatnya nampak didepan mata,yang baik nikmatnya dipagari tersembunyi...tapi itulah nilai ganjaran buat orang yang sabar dan bijak dalam membuat pilihan..Allah lebih mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati kita,jazakillah atas entry akak...teruskan penulisan agar kita sama2 dapat bertukar pendapat dan pandangan,cayang akak!(*,*)

sal said...

moga kita sentiasa membuat pilihan yang bijak..

Allah sentiasa memberkati dan meredhai pemilihan kita.. ameen..

thnks to share this n3..

nur said...

Walaikumussalam ina...
Timakasih.. Insya-Allah akan terus menulis dengan izin Allah. Sama2 kita sampai2kan apa yang boleh diambil manafaat.. Lepas baca komen ina akak jadi bersemangat untuk peincikan lagi apa yang ustaz bicarakan. Jemput baca entri terbaru akak k.. thanks ina.. :)

nur said...

sal..
Betul.. jangan sampai tersilah pilih kan sal..
Mohon Allah sentiasa ilhamkan kita kecerdikan, lindungi dari kerosakan jiwa..aminn
tenkiu sal.. :)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...