Solat Yang Khusyuk


"Papa selalu khusyuk solat? Mama problem la, kadang khusyuk kadang tak pepasal merayau mana2 fikiran time solat."

"Oh biasa la kita manusia biasa yang lemah.. bukan senang untuk dapat khusyuk dalam solat. Papa pun sama, ada time tak khusyuk pun... Jangan putus asa, selalu perbaharui azam untuk hadirkan khusyuk dalam solat..."

Begitu lah sedutan dialog antara saya dan en suami semasa kami dalam perjalanan balik dari masjid di suatu malam. Kadang tertanya-tanya dalam hati, mengapa belum dapat capai khusyuk yang betul2 khusyuk dalam solat.

Banyak buku bermutu yang cerita perihal mencapai khusyuk dalam solat seperti buku Tuan Guru Nik Aziz iaitu Khusyuk Dalam Solat, buku oleh Dato' Haji Ishak Baharom bertajuk Solat & Keajaibannya dan yang terbaru saya mula membaca ialah sebuah buku dari tanah seberang yang dah 23 kali diulang-cetak ...Subhanallah... buku tu bertajuk Pelatihan Shalat Khusyuk hasil tulisan Abu Sangkan. Alhamdulillah baca intro di beberapa helai terawal pun dah rasa menusuk dalam hati. Timbul semangat untuk usaha membaik-pulih solat agar mampu jadi lebih sempurna..InsyaAllah.

Antara yang menarik untuk dikongsi dari buku tersebut, disebut tentang:
  • Solat merupakan perjalanan ruhani menuju Allah,
  • solat merupakan pertemuan hamba dengan Allah tanpa perantara,
  • mengapa sukar untuk dapatkan solat yang khusyuk,
  • tuma'ninah dalam solat
  • wudhuk merupakan syarat sah dan kesempurnaan solat.

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang beriman
(yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya
(QS Al Mu'minun 1 -2)

Maka jelas bahawa sungguh menanglah orang-orang beriman yang khusyuk dalam solatnya. Perhatikan perkataan "iman, solat dan khusyuk". Ini syarat meraih kemenangan... iaitu beriman, menegakkan solat dan khusyuk.

1. Iman
Hanya orang2 yang beriman yang merindukan ibadah solat. Baginya azan adalah irama terindah, azan baginya bukanlah panggilan muadzin tapi merupakan panggilan Allah SWT. Ia sangat mencintai Allah SWT. Ibarat kekasih yang selalu ingin berjumpa dengan kekasihnya maka solat adalah perjumpaan seorang hamba dengan khalik-Nya.

"(iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya
dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya
(QS Al-Baqarah 46)


2. Solat
Solat hakikatnya adalah zikir.

Firman Allah yang bermaksud:
"Sungguh Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku,
maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku"
(QS Toha 14)

Mengingat dan menyebut Allah dari takbir hingga salam adalah aktiviti zikir yang menyeluruh.


3. Khusyuk
Khusyuk adalah buah dari iman kepada Allah dan solat yang benar bukan sekadar memahami makna solat dari takbir hingga salam.

Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya)
sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar
dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.
(QS An-Nisa 43)

Hati perlu hadir untuk merasakan, menikmati setiap gerak dari takbir hingga salam dalam tatapan Allah, perhatian Allah dan pendengaran Allah.

"Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk solat) dan (melihat pula)
perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud.
(QS Asy-Syu'ara 218 - 219)


Dan puncak dari khusyuk dalam solat adalah akhlakul karimah. Inilah inti ibadah, doa, zikir dan ilmu.

Imam Ali berkata;
"Sungguh, orang berdusta di pagi hari tidak akan khusyuk solat di siang hari."

Betapa hebatnya pengaruh dusta terhadap solat. Bermakna solat yang khusyuk akan melahirkan akhlak yang mulia, Dan akhlak yang mulia adalah buah dari hadirnya kekhusyukan. Wallahu'alam.


**Mari kita berazam menuju solat yang khusyuk..aminn


1 comment:

Anonymous said...

Ushakan untuk memahami ayat2 yg kita baca dlm solat. Semuanya doa yg indah. Bersihkan hati dari sifat2 mazmumah. Pengharapan hamba pada Rabb nya. Jangan putus asa. InsyaAllah suatu ketika nanti khusyuk akan tercapai jua.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...