5 ayat Surah Al-Kahfi


Saya ke masjid berseorangan malam tadi. En suami masih dengan urusan di ofis jadi tugas menghantar mengambil anak kat kelas tusyen malam tadi kena pada saya seorang. Dah siap2 tanya suami, "ok tak mama sorang ke masjid, takde muhrim?" En suami suh be positif, singgah masjid nawaitu kerana Allah bukan kerana makhluk. Niat iktikaf sambil tunggu nak ambik anak balik tusyen. Alhamdulillah dapat hadir duduk dalam majlis ilmu dengan rakan2 jemaah wanita yang lain.

"Beruntunglah tuan-tuan kerana dapat berada di rumah Allah... dapat tunaikan solat Maghrib berjemaah dan dapat pula duduk dalam majlis ilmu. Beruntung lah tuan-tuan kerana menjadi orang yang berjaya kerana masih ramai yang di luar sana tidak berpeluang datang berjemaah di rumah Allah... malah yang lebih mendukacitakan lagi masih ramai mereka yang di luar sana yang tidak bersolat Maghrib...", terkedu dengar kata2 mukaddimah ustaz semasa tazkirah bermula.

Fikiran melayang sekejap terkenang semasa dalam perjalanan dari rumah, nampak begitu ramai orang berpusu-pusu di pasar malam. Terdetik dalam hati, solat maghrib macam mana? Dulu ada ustaz pesan, kalau nak ke pasar malam sebaiknya janganlah kita keluar time dekat nak masuk Maghrib. Sebab bila dah berada di pasar malam tu, dikhuatiri maghrib akan terlepas sebab waktu maghrib tempohnya tersangat lah singkat. Waktu utamanya ialah pada 15 minit terawal selepas masuk waktu. Jadi mesti segera diselesaikan. Jika terlepas maka ibaratnya kita dah masuk pada 'waktu kecederaan', kata ustaz.

Habis kuliah semalam terus bangun solat Isyak. Bila melihat saya menuju ke kereta sorang diri, dua tiga rakan yang saing berjalan keluar terus menanya, "Sorang malam ni?" Saya hanya mengangguk sambil senyum, malas nak explain.. takpe lah..

Menunggu dalam kereta lebihkurang setengah jam sebelum anak keluar dari kelas malam. Sambil2 tu saya baca Surah Al-Kahfi sambil ikut bacaan oleh Syeikh Mishari. Bersyukur sangat dengan software yang anaknda tolong uploadkan ke dalam fon tempohari. Semua surah dalam al-quran dapat dibaca melalui software tersebut. Alhamdulillah kemudahan yang begitu membantu lebih-lebih lagi takkala sedang menunggu macam semalam dan semasa temankan en suami ke klinik baru-baru ini(yang tu menunggu hampir 2 jam dek ramai orang)

Alhamdulillah, dapat hafal 5 ayat dari Surah Al-Kahfi... InsyaAllah berazam akan teruskan perjuangan ini. Moga dipermudahkan Allah dalam meneruskan misi hafazan... amenn



2 comments:

Cikli said...

puan memang beruntung.

Anonymous said...

Alhamdulillah teruskan merasai kemanisan mencari ilmu dan beramal dgnnya. Nawaitu kerana Allah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...