Cinta seorang Hamba Allah

Baru-baru ini hati terkesan lepas baca kisah tentang seorang wanita warga emas yang telah mengamalkan sesuatu setiap hari. Rutin hariannya setiap pagi selepas selesai urusannya ialah pergi ke masjid. Bila sampai di masjid, beliau segera mengambil wudhuk lalu menunaikan solat di ruang solat. Selesai solat, wanita tersebut cepat2 menuju ke ruang laman masjid.

Tanpa berlengah, beliau meneruskan rutin hariannya yang dari sejak lama, membersihkan daun-daun kayu yang luruh di kawasan masjid setiap hari. Daun-daun kering yang banyak berselerak itu dikutipnya satu-persatu. Terbongkok-bongkok beliau sehingga menimbulkan rasa belas di hati ahli qariah lain. Disebab rasa kasihan melihat keadaan perempuan tua itu, maka pihak ajk masjid mengambil langkah membersihkan dulu ruang laman pagi-pagi sebelum perempuan tua itu sampai.


Dipendekkan cerita, maka bilamana perempuan tua itu keluar ke laman selepas solat, maka terkejutlah beliau bila melihat ruang laman telah bersih, tiada lagi daun-daun kering untuk beliau kutip. Tanpa diduga, maka menangislah beliau semahu-mahunya sehingga menarik perhatian serta meninbulkan tanda-tanya ahli qariah lain. Ramai-ramai mereka datang mendekati perempuan tua itu, lalu bertanya sambil cuba meredakan tangis beliau. Perempuan itu lalu bertanya balik tentang siapa yang telah membersihkan daun-daun kering itu semua, mengapa tidak membiarkan saja beliau yang membuat tugas sukarela itu.

Ajk masjid menjawab, mereka bertindak membersihkan laman kerana kasihan melihat keadaan beliau yang terbongkok-bongkok mengutip daun-daun itu sehingga tiada satu daun pun yang tinggal.

Perempuan tua lalu memohon agar dibenarkan beliau meneruskan kerja beliau itu kerana katanya,.... dia ingin daun-daun itu nanti menjadi saksi terhadap selawat ke atas Nabi s.a.w yang diucap atas setiap helai daun yang dikutipnya. Subhanallah....

Begitu hebat jiwa seorang hamba Allah yang ingin merebut mencari pahala dan mengharap cinta Allah dan Rasulnya.

Semoga bermanafaat, selamat beramal.

3 comments:

Anonymous said...

Banyakkan selawat semoga mendapat syafaat Rasulullah. Esok hari jumaat, gandakan selawat kita berganda-ganda.

sal said...

Mulianya hati orang tua itu..
Moga Allah memberikan rahmat-Nya..

nur said...

anon,
Sama-sama amalkan selawat, biar jadi amalan yang tetap InsyaAllah


sal,
Sebagai motivasi buat kita untuk banyak2 berselawat ke atas Rasululullah s.a.w.
Tkasih sal.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...