Ini kali pertama saya di-ajak ke Tok Bali. Tujuan-nya, nak pergi beli ikan segar yang baru turun di pelabuhan. Sampai2 sana, nampak bot2 nelayan yang besar berbaris di tepi pelabuhan. Para pekerja tengah sibuk memunggah turun ikan dari bot serta mengasingkan jenis-jenis ikan ke dalam tong2 berasingan. Peraih-peraih ikan pun sama naik sibuk pilih ikan yang semua segar2 tu. Ohh rasa macam nak punggah wat balik, semua yang berkenan tu. Pelbagai jenis ikan ada, ada yang tak pernah tengok pun sebelum ni. Memang betul2 fresh, keras-keras semuanya. Takde nampak pun yang mata merah macam yang biasa nampak kat pasar tuh... hi hi..
Bagi yang belum pernah sampai di sana, elok sangat lah kalau nak merasa suasana meriah tengok ikan-ikan segar seterusnya dapat beli dengan harga yang begitu murah. Tapi sebelum pergi, pastikan bawak plastik sendiri untuk bubuh ikan. Diaorang tak sediakan plastik.
Puas semua makan ikan... kami pakat2 buat Ikan Bakar sumbat Tempoyak, ikan singgang, ikan celup tepung dan asam pedas ikan parang. Sotong pulak hanya direbus ketuk serai, tersangatlah sedap rasanya sebab pakai sotong segar.
Jom pergi Tok Bali..... :)
No comments:
Post a Comment