Bismillahirrahmanirrahim
Firman Allah dalam Surah al-Zukhruf ayat 67:
yang bermaksud:
[67]Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
Teman-teman atau persaudaraan yang dibina atas dunia akan menjadi musuh antara satu sama lain kecuali orang yang membina ukhwah atas dasar cinta pada Allah Taala. Orang yang membina persahabatan atas dasar hawa nafsu hatta suami dan isteri atau anak dan ayah sekalipun boleh terjadi anak bermusuh pada ayahnya disebabkan kecuaian ayahnya dalam mendidik semasa di dunia. Walaupun di dunia mereka duduk bersama tetapi selagi mana perhubungan atau persahabatan itu dibina bukan atas dasar Allah Taala, maka akan bergaduhlah nanti di Padang Masyhar.
Bila topik yang menghimpunkan manusia di dunia adalah hawa nafsu, maka bila habisnya usia dunia, maka mereka akan bertelingkah antara satu dengan lain kecuali atas dasar cinta kerana Allah. Maka diharapkan moga-moga cinta kita biarlah akan sampai hingga ke syurga. Jadi ianya tidaklah binasa.
Maka kata ustaz, orang yang keluar dari rumahnya untuk mencari guru yang mursyid, walaupun tak kenal akan guru itu, tapi rasa serasi dengannya di mana tujuan belajar dan mengajar bukan nak pada kedudukan dan pangkat sebaliknya hendakkan hati kita di-didik oleh guru yang mursyid itu. Kita mendampingi para guru yang mursyid yang bersedia mentarbiah dan mendidik diri kita agar dapat mengenal Allah.
Dalam Surah al-Fatihah kita sebut dan minta agar di-dudukkan bersama orang-orang yang soleh. Di ingatkan agar semasa kita bangun mendirikan solat, saat kita menutup doa Iftitah, jangan sampai hati kita masih memikirkan perkara lain. Ketika solat, pelbagai topik akan datang selepas kita angkat takbirratul ihram. Yang pentingnya kita menolak segala topik yang datang dan teruskan solat. Jangan layan semua topik yang datang. Jangan ada perbincangan topik dalam solat. Contoh topik yang datang ketika sedang solat: "Lepas solat ni nak singgah beli susu anak.. kedai bukak lagi ke tidak ni..Abis lah kalau kedai tutup, isteri tadi kata susu tinggal sikit saja lagi.." dan sebagainya.
Di saat kita berdiri itu, kita meminta pada Allah dalam Surah al-Fatihah... Ihdinanassirotol mustaqim... Tunjukkan kami jalan yang lurus. Siro tol ladzi na an am ta alaihim.. Jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat ke atas mereka... Dikatakan 4 golongan orang-orang yang diberi nikmat itu iaitu para Nabi, para siddiqin, golongan syuhadah dan orang-orang yang soleh. Jalan solehin inilah yang boleh membawa kita ke jalan yang benar.
Dampingi orang-orang yang wusul baru akan dapat wusul dengan Allah Taala. Siapa orang yang soleh kalau bukan para murabbi? Mereka orang yang mewarisi ilmu dari para Nabi dan para tabi'in. Dituntut untuk kita mencari guru yang murabbi, yang boleh kita duduk dengan beliau, mengambil ilmu dari beliau serta mengambil akhlak beliau. Dikatakan bahawa belum sempurna iman kalau tidak bersama dengan orang-orang yang soleh ini.
Kalau kita nak jadi soleh, sahabat kita itu mestilah soleh. Contoh: Kenapa orang boleh duduk sekali? Sebabnya kerana ada titik pertemuan. Ada perkara yang menghimpun mereka contoh di dalam urusan perniagaan dsb. Kita boleh duduk sekali sebab dalam hati ada perkara yang sama. Begitulah kita dengan guru yang murabbi, sebab niat dia dan kita, untuk menuju kepada perkara yang sama. Matlamat dia dan kita adalah untuk wusul kepada Allah Taala. Seorang guru yang mursyid itu ada yang ke sana ke mari tanpa penat. Dia ada kekuatan untuk memikul satu amanah. Dikatakan upaya seorang murid untuk wusul kepada Allah ialah melalui tuntunan dan bimbingan seorang guru yang mursyid.
Firman Allah dalam Surah al-Furqan ayat 59
[59]Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.
Kata ustaz...
Kalau tak kenal Allah, maka tanya lah pada orang-orang yang kenal Allah. Orang-orang yang kenal Allah, dia akan didik kita hinggalah kita dapat sampai pada Allah Taala. Contoh dalam perkara: Kita minta dengan Allah banyak benda, tapi adakah apa yang kita minta itu semua Allah bagi pada kita? Yang Allah tak bagi pada kita itu sebenarnya, itulah yang Allah beri pada kita. Kena faham hakikat dan redho bahawa semua yang berlaku ada hikmah. Allah tentukan apa yang terbaik untuk kita. Yang tidak diberi itu adalah terbaik untuk kita. Ia mengandungi hikmah.
Perlu kita hadir ke majlis ilmu supaya dapat menguatkan semangat kita untuk menuju kepada Allah Taala. Dampingi orang-orang soleh yang dapat membantu kita sampai pada Allah Taala. Perbanyakkan zikir dalam mensucikan hati, sekurang-kurangnya zikir 100 kali pagi 100 kali petang (1)Astaghfirullah hal azim, (2)La ila ha illallah (3)Subhanallahiwabihamdih (4)berselawat ke atas Nabi SAW.
Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment