Berdamping Dengan Para Murabbi


Ilmu tasawuf ilmu yg penting. Method amali yang ada dalam ilmu tasawuf ialah Syukbah iaitu duduk sekali, berkawan@berdamping dengan para murabbi, guru yamg murabbi.

Memadai dengan membaca buku2 tasawuf kalau ianya mampu menyampaikan kita kepada Allah Taala. Namun, jika perjalanan kita tidak menyampaikan kita pada Allah Taala hanya melalui membaca buku2 serta kitab, maka perlu untuk kita duduk sekali dengan para murabbi.

Syukbah memberi kesan yang mendalam dalam sahsiah hidup seseorang. Tabiat semulajadi yg Allah letak dalam diri manusia, perlu pada masyarakat. Dia tak boleh hidup seorang diri. A memerlukan pada B, B memerlukan A.

Orang yang berkawan dengan orang yang baik akan membawa akhlak yang baik. Orang yang berkawan dengan orang yang tak baik nescaya akhlaknya akan runtuh. Manusia itu mengambil akhlak dari orang di sekelilingnya.

Jika kamu berada dalam suatu kaum, berkawan lah dengan orang yang baik akhlaknya.

Persaudaraan yang dibina dimukabumi ini jika bukan atas dasar kasih dan cinta kerana Allah, maka di akhirat kelak mereka akan saling bergaduh. Mereka akan saling menyalahkan, saling tuduh menuduh di antara satu sama lain.

Maka perlu berkawan atau berada dalam lingkungan orang2 yang baik. Orang2 yang baik akan membuat kita mampu terjangkit menjadi baik. Orang2 yang baik dan soleh akan membawa kita menuju Allah Taala.

Seorang guru yg murabbi ialah orang yang bila kita pandang wajah mereka, segera dapat mengingatkan kita pada Allah Taala. Orang yang murabbi atau seorang guru yang mursyhid mengambil cahaya nabi SAW iaitu cahaya kebenaran. Sesiapa yang mengambil pengajaran daripada mereka ibaratnya telah mengambil pengajaran dari Nabi SAW yang menjadi penyuluh jalan kehidupan.

Perkuatkan azam untuk bertemu dengan orang yang macam ini. Biar ada azam nak bertemu, ada azam nak dididik serta nak terima ilmu daripada mereka...aamiin

1 comment:

nur said...

Ilmu itu ialah penglihatan pada mata yg celik menyuluh jalan yang lurus menuju redha Allah. Orang alim ialah orang yang punyai ilmu bernanfaat iaitu ilmu yang membawanya taat pada Allah. Manakala orang jahil pula umpama mata yang buta, tidak nampak dosa bertimbun hingga tangguh tobat lagi, tidak ingat mati yang sangat dekat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...