Sedapnya Kaya Homemade

Alhamdulillah....

Dalam banyak2 roti, saya paling minat roti yang buboh inti Kaya. KAYA bukan yang cap yeos ke, yang cap gardenia ke ya...bukan. Tapi yang kita nak cerita ni ialah KAYA yang buat sendiri.

Mudah je membuatnya. Asal ada telor, santan, gula dan daun pandan..hah inshaaAllah akan terhasil lah pes KAYA yang boleh dimakan dengan roti atau biskut, buat sebagai inti untuk Roti Kaya atau Pau Kaya dan sebagainya.

Saya pernah satu ketika dulu masa tengah kuat dan cergas buat Pau Kaya untuk biz frozen food saya. Kueh2 lain Pau Kacang, Pau Kelapa dan Karipap. Tapi itu dulu laaa....penat kalau nak cerita, sebab agak banyak projek Mega yang tak terfikir pun berjaya dibuat masa tenaga masih kuat dulu...hahaha.. La khawlawala quwata illa billah..

Baik..jom kita tengok resepi mudah nak buat Kaya Homemade ni. Pesanan mama buat anak menantu: Anak2 ku, buat la ya kalau ada masa mende2 camni instead of beli yang ready-made tu. Percaya lah berbeza rasa Kaya yang beli dengan Kaya yang buat sendiri. 

CARA MEMBUAT KAYA HOMEMADE

Bahannya:
4 biji telor (gredB)
1 cawan santan
1   1/2 cawan gula
Secubit dua garam
5 helai daun pandan(kat rumah banyak daun pandan, itu yang kurang berkira nak buboh banyak helai..he he)

Cara:
Telor, 1 cawan gula dan santan disatukan. Kepok2 biar gula agak2 hancur. Tapis. Okay selepas tu, separuh cawan lagi gula tu panaskan dalam periuk kecil, masak hingga jadi gula hangus. Bukan la sampai hangus ya, biar bertukar sanpai jadi perang atau kuning keemasan gitu kemudian tutup api. Tuangkan gula perang ke dalam periuk bancuhan telor. Kacau2 kan. Jangan risau bila tengok gula mula mengeras dalam bancuhan telor. Its okay, kacau2 kan je. Lagi pun, masa memasaknya nanti ketulan gula akan hilang sendiri.
Sementara tu, panaskan air dalam periuk yang besar sedikit dari periuk bancuhan telor. Letakkan periuk bancuhan telor ke dalam periuk yang airnya sedang mendidih. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masak secara double boiler selama lebihkurang 45minit untuk menghasilkan Kaya Homemade.
Perlu kerap dikacau2 agar kejadian KAYA terhasil licin dan cantik. Alhamdulillah

*info:
Kaya untuk dibuat inti mesti lebih sikit kepekatannya berbanding pes Kaya untuk disapu pada roti/biskut.

Sekian wassalam.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...