Solat Jenazah



Alhamdulillah malam tadi berkesempatan mendengar majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustad Azhar Idrus melalui saluran youtube. Ustad sampaikan kuliah tersebut di Masjid Hadhari,  Kg Tok Randok Ajil , Hulu Terengganu.

Ada sedikit catatan untuk perkongsian.  Moga sama² dapat mengambil manfaat dari kuliah ustad inshaaAllah.

..................

Syurga itu untuk orang yang taat agama.

Keturunan bangsawan sekali pun kalau derhaka pada Allah , masuk neraka.

Orang yang masuk kubur tanpa amal ibarat terjun ke laut tanpa perahu.

🤔🥺😢


Empat perkara penting jika berlaku kematian:

(1) Menyebarkan berita seseorang meninggal dunia, hukumnya harus.

Cumanya niat kalau khabar kat orang biarlah tujuan kita khabar untuk beritahu kematian agar ramai yang doakan jenazah dan ramai yang datang solatkan jenazah. bukan kita khabarkan kematian untuk banggakan diri atau tujuan lain.


(2) kalau mati, wajib solat jenazah(sembahyang mayat kata orang tenganu). 

Hukum sembahyang mayat bagi semua lelaki dewasa, wajib sembahyang. Kalau ada yang tertinggal tak sempat sembahyang, maka tidak mengapa dah tak wajib sembahyang sebab orang lain dah sembahyangkan. Itu fardhu kifayah. Banyak mana pahala? Perangai manusia ini suka pada upah. Jadi Allah cerita pasal upah iaitu pahala; bahawasanya orang yang solat jenazah dapat 1 qirat - yakni sebesar gunung uhud. Dan yang menghantarkan jenazah ke kubur dapat  1 qirat. Subhanallah.


(3)Meramaikan orang solat jenazah. Kalau boleh, biar cukup seribu, kalau tak dapat 100, kalau tak dapat cukupkan 50, kalu tak dapat juga cuba cukupkan 10 orang. Sebab kita tak tahu doa siapa yang makbul untuk jenazah. Yang afdal jadi imam solat jenazah anak lelaki/abang/adik/ayah si mati. Jadi Imam masjid tak boleh pandai² datang rumah orang terus ke depan nak imamkan solat jenazah, melainkan dijemput/diminta untuk mengimamkan solat. Untuk jenazah lelaki boleh doa 'Allahummarhamhu warhamhu' manakala untuk jenazah wanita 'Allahummarhamha warhamha'. Kalu nak doa yang lebih panjang pon boleh, maka ianya lebih baik. Tapi sesudah solat jenazah, jika ada yang nak doakan jenazah, hendaklah tidak mengambil masa yang lama sehingga boleh melambatkan urusan menghantar jenazah ke kubur. Sunat di percepatkan urusan pengebumian jenazah.


(4)Solat jenazah ada 4 takbir. Masa takbir pertama niat dalam hati aku solat jenazah ini 4 kali takbir kerana Allah Taala. Selepas takbir  baca fatihah. Angkat tangan takbir kedua. Selepas takbir kedua baca selawat ke atas Nabi SAW. Selawat yang pendek memadai, Allahummasolli ala Muhammad. Selawat yang panjang pun boleh. Kemudian angkat tangan takbir ketiga. Selepas takbir ketiga baca doa untuk jenazah. Kemudian angkat tangan takbir ke empat. Selepas takbir ke empat, bagi salam. Selesai. 

Wallahu'alam.


4 comments:

Anonymous said...

Posting yg sgt bermanfaat. TQ for sharing. Smoga menjadi ilmu bermanfaat utk ummat, yg bisa menjana saham akhirat. Insya-Allah.

Anonymous said...

terima kasih atas perkongsian! sangat jelas dan nyata 👍🏻

Anonymous said...

Reply
Terima Kasih..KakTi😘
Perkongsian ilmu yg sgt bermenafaat ni.
Mmg 👍🏻👍🏻👍🏻

Anonymous said...

Terimakasih, mudah di fahami penjelasan penulis.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...