Alhamdulillah..2 minggu lalu kami ke Sabah. Nak kenal Sabah 😍😘
Booking Airasia terlebih dulu untuk cari tiket harga murah kemudian selepas DONE booking flight baru booking accomodation. Alhamdulillah dah lama tertarik hati untuk menginap di hotel resort tempat yang anak pernah duduk iaitu Hotel Pacific Sutera Harbour. Anaknda Iman Asilah ke Sabah tempohari atas urusan kerja. Katanya resort tersebut kira terpaling lahh..😆😄
Benar, memang feel betul² holiday kami sepanjang bercuti 3hari 2malam di sana. Pakej kami siap include bowling dan snorkeling. Hah tak pernah² snorkeling, tup² dapat peluang menyelam tengok² ikan...suatu pengalaman yang menakjubkan MasyaAllah.
Acara snorkeling bertempat di kawasan tepian pantai hotel Magelan di mana kami naik feeder bas untuk ke sana. Sebut pasal pergi snorkeling ni, alhamdulillah semasa nak naik bas ke hotel Magelan, kami saing pergi dengan dua anak gadis iaitu Elda dan Nisa. Elda gadis Sabahan manakala Nisa dari Semenanjung. Rupa²nya deorang pun nak pergi snorkeling. Jadinya semasa menyelam itu dapat la gambar kenangan dengan ikan², Elda tolong ambikkan snapshot serta video. Alhamdulillah tq tq Elda..Jazakillahu khoiron💌
Esok paginya kami ambil peluang sekali lagi naik feeder bas untuk acara bowling pula di hotel Marina yang terletak di tengah² antara hotel Pacific dan Magelan. Kawasan ketiga² hotel ini sangat luas, itu yang kena naik bas hotel untuk move around antara ketiga² hotel Harbour ini.
Suasana persekitaran hotel Harbour sangat cantik dengan masing² ada taman yang menghijau, swimming pool yang besar dan luas serta ada private beach di samping port tempat kapal² kecil dan bot berlabuh. Memang tempat healing lah🌴🌱☘️🏖🏝⛵️
Air laut jernih sungguh hingga nampak jelas apa yang ada di dalam air.. terlihat ikan yang sedang berenang² di celah² batu di tepian pantai.
Okeh pasal makan pulak, alhamdulillah pakej kami included dua hari breakfast. Saya dan en suami ambik makanan yang ala² continental jeh tak rasa nak cuba yang nasi² atau makanan berat yang lain. Walau tak ambik nasi atau mee, rasa dah heavy sangat dah makan sebab semuanya super sedap, ada crossaint lagi yang menambat hati. Best sangat, terbaek!
Untuk lunch kami makan kat mall je. Sempat ke Imago Mall dan Suria Sabah Mall. Memang up la Sabah, mall dia up-to-date bukan biasa². Kabarnya Imago Mall yang sempat 2x kami pergi itu, yang terbaru di kk. Wow!
Untuk dinner pula saya hanya tapau donut Big Apple dan makanan yang ringan² bawak balik hotel.
Kami sempat melawat ke Masjid Bandaraya Likas dan Masjid Negeri. Sempat jalan kaki pusing pusing tengok persekitaran sebelum panggil Grab hantar balik hotel. Kami betul² utilised gunakan khidmat Grab sepanjang tiga hari berada di Kota Kinabalu. Memang efisen, panggil je dalam 3 minit Grab terus datang jemput. Pemandu² Grab sepanjang kami di sana, semua baik² belaka. Sabahan yang assist kami di hotel sama seperti Elda di snokeling, semua berbudi bahasa dan sering tersenyum. So saya buat kesimpulan orang² Sabah ni baik hati semuanya Subhanallah🤍
Hari terakhir di kk, selepas check-out hotel, kami singgah ke Pasar Filipina untuk cari ikan bilis dan ole-ole untuk dibawa balik ke Semenanjung. Pasar dia memang happening la, suasana sama macam yang kita lihat dalam cerita Paskal..hahaha.
InshaaAllah ada rezeki teringin ke Sabah lagi...💕
4 comments:
Best sgt nampak gambar2 tu!!! negeri dibawah bayu!
First time dtg sabah. Bandaraya yg moden dan bersih. Ramai pelancong terutamanya drp china dan korea. Hotel yg selesa dan bertaraf international di resort sutera harbour bersebelahan downtown. Perkhidmatan grab juga sangat reliable dan cost effective, dgn pemandu2 yg friendly. Kalau ada peluang boleh dtg lagi.
Bestnya kak tie
Hi Cik Ti! Eldaa ni. Rindu pula nak staycation kat Sutera Habour dan jalan2 kat KK. Walaupun saya duduk Sabah, kena tunggu cuti untuk jalan2 makan angin kat KK
Post a Comment