Kembara PutraJaya dan Sendayan


Alhamdulillah sambung kembali kisah rombongan cik kiah😁Rombongan yang lepas ada cerita kat SINI.

Kali ini trip pergi PutraJaya dan Sendayan. Kami bertolak dari Masjid Assalam sekitar jam 7.05pagi. Belum keluar Bukit Beruntung pun lagi, dah dapat satu pack bihun goreng dan 1 botol air minuman untuk setiap peserta. Apa lagi belum sampai tol, dah selesai breakfast..hi hi..

Alhamdulillah tq tq para jurugegas trip. Efisen semua pakat tolong². En nazir kali ni yang ambik tugas bahagi²kan makanan kat semua peserta dalam bas dari depan hingga ke belakang. 

Okeh, sejam setengah jugak la ambik masa nak sampai ke PutraJaya. Sampai² Masjid PutraJaya, terus kak halimah ajak bergambar kat pintu pagar masjid..hahaha.. itu acara mesti kan kak mah😂😂


Jom tengok iterneri trip kitaorang🤗

ITENERARY LAWATAN

--------------------

6.00 PAGI- BERKUMPUL DI MASJID AS-SALAM BKT SENTOSA & SOLAT SUBUH

6.30 PAGI-BERTOLAK DARI MASJID AS-SALAM BKT SENTOSA KE PUTRAJAYA


8.00 PAGI- TIBA DI MASJID PUTRAJAYA

-TAKLIMAT

-PENYAMPAIAN CENDERAHATI

-BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA AJK MASJID

-SARAPAN PAGI


9.30 PAGI- ZIARAH MASJID BESI


11.00 PAGI- MELAWAT KE NASRUL QURAN-KILANG MENCETAK AL QURAN


1.00 TGH- SOLAT ZOHOR DI MASJID SENDAYAN NS

-TAKLIMAT


3.30 PTG- KE NILAI 3..MEMBELI BELAH /MELONTAR 


6.00 PTG- BERTOLAK DARI NILAI 3... SINGGAH DI JEJANTAS SUNGAI BULOH MKN SATAY


10.00 MLM-TIBA DI MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA

................................

Alhamdulillah di Masjid PutraJaya kami di-rai'kan dengan juadah Nasi Lemak oleh pihak masjid. Sedap nasi lemaknya alhamdulillah. Syukron. 

Tapi tulah...  time lari sikit dari iterneri... agak terlama pulak dengar taklimat kat Masjid Putrajaya. Pegawainya bagi briefing yang detail. Dengar sampai selesai, rai'kan suasana. Jazakallah tuan.




Singgah sekejap di Masjid Besi alang² dah datang jauh ke sini. Yang istiqamah,  ambil peluang cepat² masuk masjid solat sunat tahyatul masjid.  Alhamdulillah.

Ketika bas dah bergerak nak ke Nasrul Quran, tiba² ada yang tersedar Hussain takde dalam bas. "Hussain takde, hussain takde!". Aduhh..tertinggal hussain la pulak. Dan² tu telefon saya ringing, angkat² dengar suara hussain. Tanpa tunggu dengar apa yang hussain nak kata saya terus cakap, "Ok Ok Sin tunggu, ni bas dah patah balik!🤭😄😂 Sabar la Sin...

Kemudian pergi ke Nasrul Quran. Berpeluang melawat ke Nasrul Quran buat saya dan en suami teruja sangat. Baru tahu ada Nasrul Quran ni kat PutraJaya. Rupa²nya Nasrul Quran ini merupakan tempat percetakan alQuran kedua terbesar selepas di Arab Saudi. Subhanallah. Banyak info dan input kami dapat dari taklimat pegawai bertugas. Dapat hadiah cenderahati naskah Yasin setiap seorang untuk kami bawa pulang. Jazakallah.







Jalan terus ke Sendayan selepas itu. Jam dah tunjuk pukul 2.15ptg waktu kami bertolak dari Nasrul Quran. Perut dah terasa lapar time tu, ya lah kami warga tua ini perut kena ikut time, bab makan😄😁 Tapi innalillah bas tak berhenti mana² di PutraJaya, terus menuju ke Masjid Sendayan...🤔...huuu

Solat Jamak Qasar Zuhur dan Asar di Masjid Sendayan. Dengar taklimat ringkas dari pegawai yang incaj. Lepas bergambar lebih kurang, kami cepat² berjalan nak naik bas. Ingatkan nak bawak pergi makan, rupa²nya bas terus ke Nilai 3, dengarnya sebab bimbang Nilai 3 tutup awal jam 7ptg. Ramai antara kami nampak agak kecewa, sebab dah pukul 5ptg kot belum makan. Tapi sabar je lah...

Alhamdulillah saya dan en suami di offer oleh en shukeri untuk ambik bihun yang belen breakfast pagi tu. Alhamdulillah, bihun masih ok. Takpe la buat alas perut, kurang lah sikit rasa lapar tu. Saya mintak en suami hulurkan roti berintikan serunding daging (yang tinggal sekeping yang bawak bekal) buat Ustad Ramli kat seat sebelah. Kemudian kami makan buah tin yang bawa bekal sambil hulurkan buah tin buat ustad Ramli dan en Sham(yang duduk sebelah ustad). Yang lain² wallahu'alam ada bekal ke tak. Dalam duk termenung tu, saya buat kesimpulan kalau nak ke mana² , wajib bawak bekal. Bukan apa, standby kalau apa² hal contoh bas strended ke, jalan jem ke, atau jadi kes macam kami ini, kurang² ada benda makan dan air minum.

Sampai di Nilai 3 baru semua cari kedai makan. Alhamdulillah kami suami isteri dah rasa tak lapar sangat sebab dah makan bihun jadi turun beli goreng pisang dan keropok lekor je kat gerai tempat bas parking.  Saya dan en suami serta 8 orang peserta tak ikut turun shopping di Nilai 3. Saya memang tiada keperluan nak beli apa² sebab kat sana ada apa je, meriah dengan langsir dan carpet je😁🤭

Sepanjang perjalanan balik, saya rasa agak kurang selesa dengan bunyi muzik yang kuat, mungkin sebab tv kedua dalam bas terletak hampir atas kepala. Jadi speaker dari tv tu betul² annoying.. bising dari suara drama yang dipasang kemudian sambung pula dengan hidangan lagu² raya yang agak bingit.. Allahu. Bagi saya yang tua ni fikir, elok lah kiranya dipasang zikir slow² dalam perjalanan sekurang²nya semua dapat ikut berzikrullah kala bermusafir. Lebih sesuai rasanya, sementelah peserta yang ikut rombongan 80 peratus terdiri dari warga tua + warga emas. Wallahu'alam.

Otw balik ke Bukit Sentosa tu, kami singgah di rnr Elmina (tak jadi ke rnr Restoren Jejantas Sg Buloh seperti dalam eterneri)untuk solat jamak qasar Maghrib dan Isyak. Kat sini bagi yang nak makan, boleh makan. Jadi saya dan en suami serta beberapa peserta lain ambik peluang makan Sate Hj Samuri. Yang lain² cari makanan ikut selera masing².

Apa pun alhamdulillah trip kali ini ok la, quite happy trip walaupun ada drama sikit sebanyak tu... hahaha.. biasa la tu pergi rombongan kan. Kena redho dan berbaik sangka. Alhamdulillah kebaikan dan manafaat ikut trip ini banyak, manafaatnya alhamdulillah dapat menampung mana² bahagian yang kurang. 

Terimakasih buat semua yang terlibat menjayakan trip kali ini terutamanya Hj Ram dan Hj Lan yang dah buat yang terbaik. Jazakallahu khoiron. Moga Allah balas dengan kebaikan..aamiinn


1 comment:

Anonymous said...

Satu pengalaman baru kami menyertai rombongan yg di organize oleh ketua rombongan & timbalan ketua rombongan. Bukan mudah nak organize rombongan sebenarnya. Apa pun saya & isteri sangat berterimakasih krana dpt berkunjung ke destinasi yg d rancang tanpa bersusah memandu sendiri seperti kebiasaan. Kini saya faham knapa org2 tua kita dulu gumbira menyertai rombongan kak kiah sebegini krana mereka tak upaya pergi sendiri. Inilah peluang yg tak wajar dilepaskan. Apatah lagi pi ramai2 begini, memang meriah & seronok. Cumanya sedikit sebanyak benda2 yg lagho tu wajar di lupuskan, contohnya tukar pasang lagu atau drama dlm bas tu dgn zikrullah, selawat, ngaji quran, atau lagu2 nasyid. Maklumlah hampir 70% peserta terdiri drp wargatua. Malu kat cucu. Jazakallah.

~peserta rombongan (wargatoa)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...