Kisah di kedai buku


Dikhabarkan melalui pengalaman seseorang yang bekerja di sebuah kedai buku. Insiden berlaku dalam beberapa slot di bulan Ramadhan:


Dialog 1:
Ani: "Ohh... aku ingat sempena puasa ni, aku nak cari lah Surah Yasin dalam 20 bijik. Aku dah la tak semayang... jadi kalu dapat sedekah yasin kat surau umah aku tu dapat le jugak pahala kot.. kau ase caner, ton?"



Dialog 2:
Budak hensem: Errr....dik... jap... err nak tanya ni, ada tak buku yang ajar cara-cara nak Solat?, tanya budak hensem dalam nada suara yang antara dengar dengan tidak.

Eton: Emm...ada tapi yang perempuan punya je. Tapi takpe.. sama je, boleh pakai untuk laki pempuan....

Budak hensem: Lorr gitu ke? Yang khusus laki takde?

Eton: Dah habis, nanti oder pasni... err, yang ada ni rasa ley untuk laki pempuan (eton ulang cakap sekali lagi)

Kawan budak hensem: Eh engkau ni... ok le tu, sama jer...jangan kau ikut pakai telekong dahh...



Dialog 3:
Mun: "Ton, aku nak beli la buku cara-cara solat yang ada tulis rumi ni. Aku dah tak tau baca jawi. Jadi buku yang ni ada translit rumi bacaannya... ok ah, leh aku hapal slow2", kata Mun selepas diaorang ramai-ramai berbuka puasa dalam bilik rehat. Mun ikut berpuasa setiap hari tapi time orang lain solat Maghrib, Mun tak solat... hanya mundar mandir dalam bilik rehat sambil sesekali bercermin membetulkan tudungnya.



Dialog 4:
Abang Fan: Ton, kau tau tak, time tengahari ramai betul dak-dak laki duk makan kat restoren xxx tu... aku bengang betul time lalu sana... dak pompuan datang bulan sebulan sekali, diaorang datang bulan setahun sekali.. time bulan puasa... ishk



***************
Ramadhan telah berlalu. Namun di-entrikan kisah benar ini untuk sama2 kita renung2kan. Ramadhan telah menyingkap banyak jendela hati... alhamdulillah. Moga hidayah terus melimpah. Jaga Solat, utamakan ibadah fardhu, baru susuli dengan yang sunat. Wallahu'alam.

4 comments:

Cikli said...

sedih juga ye. semoga kita pun dapat sama-sama ubah keadaan ini

nur said...

Itu ler cikli... memang sedih.. sama2 kita berharap keadaan jadi lebih baik. Semua patut risau...
Ada ustaz pesan, semua kena jaga anak masing2. Anak2 kita dapat input dari berbagai penjuru, kena cuba tapis semampunya. Ikhtiar bekalkan anak2 dengan ilmu agama, tak boleh nak harapkan sistem pendidikan di sekolah sebab kat sekolah hanya mampu tarbiah anak2 dengan subjek agama hanya setakat 2 jam seminggu...

Anonymous said...

Ramai yg Islam pada nama je. Sebab mak bapak Islam, maka jadilah anaknya org Islam. Kat sekolah lak sekadar 2 sessi seminggu, tak sampai pun 2 jam blajar subjek agama. Itu pun sekadar subjek picisan bukan jadi wajib dlm periksa pmr atau spm. Pendidikan agama yg cetek di tambah lagi mak bapak pun lebih kurang jugak pendidikan agamanya maka lahirlah generasi manusia yg Islam sekadar pada nama, yg lainnya hancus. Agama jadi penting bila masa lahir, masa nak kawin, dan masa mati je...ish ish. Sama2lah kita mainkan peranan ye untuk memebetulkan keadaan ini...sebagaimana burung pipit yg menggunakan paruhnya untuk mengangkut air bagi memadamkan api yang marak membakar Nabi Ibrahim.

nur said...

Betul anon...
Biar ada peranan kita walau sekelumit. Jangan pilih untuk buat dono.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...