.. sambungan yang lalu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kata ustaz....
Jika di bulan2 lain makanan boleh dimakan oleh kita di siang hari, namun di bulan Ramadhan ianya telah menjadi makanan yang tidak boleh dimakan sebab kita berpuasa. Perkara yang halal menjadi haram kerana ia akan membatalkan puasa kita. Jadi jika air kosong ibaratnya haram diminum, apalagi arak yang memang termaktub haram. Jika ada yang sanggup minum arak tu dah kira haram jaddah iaitu haram yang sungguh-sungguh.
Ustaz sambil berjenaka bagitau yang perkataan jaddah jangan disalah-ertikan dengan memaki-hamun sebab jaddah dalam bahasa Arab adalah bermaksud sungguh-sungguh. Jadi ustaz sebut jaddah tu bukan memaki-hamun ya.. :)
Perihal hadis yang menuntut kita untuk sentiasa berada di majlis ilmu, ustaz menegaskan betapa beruntungnya kita yang diberi hidayah untuk ikut berada dalam majlis ilmu. Duduk sekejap atau singgah sekejap pun InsyaAllah dah beroleh pahala apalagi duduk dalam majlis ilmu di bulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan, melakukan ibadah fardhu digandakan pahala oleh Allah manakala melakukan ibadah sunat umpama berbuat ibadah fardhu.
Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan. Maka seringlah dampingkan diri dengan al-quran, dekatkan diri dengan al-quran. Jangan bagi alasan..."saya tak reti..." Jika tak reti kenalah belajar. Bila belajar InsyaAllah akan reti nanti.
"Kubur sunyi... tuan-tuan. Gelap. Sapa baca quran, InsyaAllah terang kubur. Kita bukan duduk sehari dalam kubur tapi bertahun-tahun. Carilah teman untuk temankan kita dalam kubur agar kubur kita nanti dilapangkan, dicerahkan. Bertemanlah kita dengan al-quran..."
Sambung ustaz, "Quran boleh beri syafaat, masa melintas titian Siratulmustaqim, al-quran akan suluh kita. Di dunia kita tidak akan sesat selagi mana kita berpandukan al-quran."
Berdasarkan firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" (al-Baqarah, 2:183)
Pengertian taqwa adalah
- taat iaitu tidak derhaka
- ingat Allah iaitu tidak lupa
- bersyukur yakni tidak kufur nikmat
- kena amati atas apa yang kita nak berbuka. Kena teliti apa yang kita nak makan. Pastikan makanan halal. Contoh: Telor yang tak dibasuh adalah najis. Telor yang kita beli tak dibasuh, jadi kita yang kena basuh sebelum digunakan untuk memasak lauk dsb.
- kena amati dengan siapa kita berbuka. Contoh:Jangan kita berbuka dengan En Tan atau Elizabeth Yong yang konon ikut raikan majlis berbuka puasa. Berbukanya pula di hotel. Makan buffet, jadi bila dah makan terlebih kenyang dah jadi berat nak tinggalkan kawan2 tadi untuk bangun solat Maghrib apalagi nak berterawih.
- Makanan siapa yang kita makan. Contoh: Di bazar Ramadhan, pastikan makanan yang kita beli mestilah dari orang-orang yang soleh.
- makanan halal
- jangan makan banyak. Jangan matikan hati kita dengan banyak makan. Makan sekadarnya saja, agar takde lah sakit perut nanti sebab tak makan. Lagi sikit makan, lagi manis ibadah yang kita lakukan. "Jadi makan lebih-kurang sudah lah, kita nak puasa bukan nak makan", tambah ustaz lagi.
4 comments:
yang halal boleh jadi haram. yang haram jaddah tetap haram
semoga Ramadan tahun ini bukan yg terakhir untuk kita semua..
Cikli,
Mohon Allah ilhamkan kita agar tidak berbuat perkara haram apalagi haram jaddah.. nauzubillah.
Anon, mudah-mudahan InsyaAllah. Istiqamah hidupkan amalan sepanjang Ramadhan, teruskan perjuangan jangan berhenti walau Ramadhan telah berlalu...
Post a Comment