Jadi seorang Pencinta Ilmu


Dalam Kuliah Maghrib Perdana baru2 ini, ustaz tiba2 timbulkan kisah tentang satu video yang memaparkan seorang pemuda yang memberi jawapan pada persoalan hijab dalam bentuk nyanyian. Alhamdulillah tersenyum sendiri bila dapat bayangkan apa yang ustaz tengah cerita sebab sebelum ini saya telah melihat video tersebut dalam blog seorang rakan blogger, Ina di ~An Nasuha Tawakal IllALLAH~ Terima kasih Ina... :)

Ustaz selitkan sedikit bait-bait senikata yang terkandung dalam nyanyian pemuda tersebut yang ternyata telah berjaya memukau para hadirin yang hadir. Mari sama-sama kita saksikan...


Ustaz memperingatkan agar kita terus berusaha mencari kebaikan. Berhenti berbuat sesuatu yang kita tahu ianya salah, tutuplah aurat, bercakap mesti benar, jagalah sunnah walaupun kecil, makanlah yang halal jauhi yang haram, elakkan mengisi masa dengan perkara sia-sia.

Declare kita seorang pencinta ilmu! Majlis ilmu adalah suatu program minda yang hebat. Bersyukurlah jika dapat duduk dalam majlis ilmu. Orang2 yang hadir di majlis ilmu disebut sebagai orang2 yang ada kemahuan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Sebarkan, sampai2kan ilmu yang bermanafaat. Sekurang-kurangnya biar terdetik dalam hati untuk menyumbang dalam agama Allah ibarat peranan burung pipit yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Allah Ibrahim as. Biarpun kecil, ada sumbangannya... Subhanallah.

Niat kita nak dapatkan kebaikan bila berada di rumah Allah. Namun bagaimana pula dengan anak-anak kita di rumah yang sedang dididik dengan program2 hiburan yang diilhamkan oleh mereka yang hendak meruntuhkan agama? Mari kita sama-sama berbuat sesuatu yang mampu untuk agama Allah. Kita kena bimbang, kena ambil berat terhadap kerosakan yang sekarang banyak berlaku. Ikrar untuk hidup sihat tanpa maksiat. Al-Quran dan Hadis kita jadikan keutamaan.

Tekankan ilmu dalam keluarga masing-masing dengan meransang anak-anak agar cintakan ilmu. Sering-sering bawa bersama anak-anak ke masjid, biar mereka ikut merasa cinta berada di rumah Allah. Luangkan masa memantau apa yang mereka belajar di sekolah, sekurang-kurangnya kita ambil tahu bukan hanya buat tak tahu. Kalau ada rombongan sekolah pula, sekolah sepatutnya membuat lawatan ke destinasi2 yang boleh mencerna minda bukannya asal ada rombongan je balik2 hanya bawa pergi melawat Kilang Coklat. Tukar destinasi misalnya ke Muzium Kesenian Islam contohnya ataupun ke UIA/UPSI yang tentunya dapat memupuk minat mereka agar cintakan ilmu di samping dapat memberi prospek yang jelas untuk masadepan mereka.

Amalkan membaca sepotong hadis kepada anak2 sebelum tidur. Sekurang-kurangnya satu hadis setiap malam, biar istiqamah. Pupuk minat agar anak2 suka membaca kisah-kisah para sahabat dan ulamak terdahulu yang tawadduk. Ustaz menyebut contoh beberapa nama ulamak tersohor seperti:Imam Bukhari
Harun Ar-Rasyid
Rasyid Ar-Zubair; dan
Dr Aid Al Qarni (yang terkenal dengan buku La Tahzan/Dont be Sad/Jangan Bersedih).

Jadilah kita Pencinta Ilmu...InsyaAllah.

8 comments:

che mid said...

Tiba-tiba rindu untuk bernasyid kembali...

nur said...

Mohon bacalah entri ini dengan matahati.. apa yang ustaz sampaikan membuat kami rata-rata merasa diri begitu kerdil. Apa yang hendak dihighlight oleh ustaz ialah bukan sekadar perhatikan orang yang sedang bernasyid sebaliknya perhatikan apa yang sedang disuarakan dari hati beliau.

Sama2 kita berazam untuk terus mencari kebaikan. Declare, ' Aku Pencinta Ilmu!"

Wallahu'alam.

Anonymous said...

Kemanisan ilmu hanya tercapai bila sudah cinta padanya. Ransanglah diri dan anak2 untuk cintakan ilmu. Teruja apabila melihat ramai anak2 muda yg bisa mempersembahkan karya kretif di laman blog dan youtube yg mengajak manusia pada ilmu dan menyebarkan risalah Islam. Kualiti muslim beginilah yg kita dambakan...yg pandang & fikir akan kebesaran Allah SWT.

LadyBird said...

dah lama x pergi ke majlis ilmu..

nur said...

anon,
ya.. pandang dan fikir InsyaAllah hasilnya ilmu..thx

nur said...

LadyBird..
jom pegi.. tanamkan budaya ilmu dalam jiwa..
tq

Cikli said...

pencinta ilmu. sejuk didengar.

nur said...

Cikli..
Ayuh, cinta ilmu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...