Ujian Allah

Saya mengenali sepasang suami isteri. Isterinya biarlah disebut sebagai kak leha saja(bukan nama sebenar). Kak Leha seorang suri sepenuh masa. Dulunya berkerjaya, berhenti kerja setelah mula sibuk dengan urusan rumahtangga. Walaupun tidak bekerja, kak Leha sangat aktif join aktiviti masyarakat di kampungnya.

Suaminya seorang ustaz yang banyak menabur bakti, mengajar di surau-surau dan masjid berhampiran. Ustaz Halim(bukan nama sebenar) adalah seorang yang terkenal baik hati di kalangan penduduk kampung.


Dugaan... Pasangan ini di suatu masa telah di-uji Allah dengan dugaan yang agak berat. Anak lelaki tunggal dalam keluarga telah terlibat dalam kemalangan ngeri di jalan raya. Ujian ini bagai tidak dapat diterima oleh kak Leha. Alhamdulillah, ustaz walaupun pahit menerima dugaan tetap cuba berlapang dada... redho dengan ketentuan Illahi.

Kak Leha berubah menjadi murung dalam jangkamasa yang lama. Ustaz cuba sedaya mungkin untuk pulihkan kembali semangat isterinya yang hilang. Ustaz begitu sabar, mengambil berat dan melayan apa jua karenah kak leha. Rata-rata kawan dan jiran melihat kak leha bukan macam kak leha yang dulu lagi. Orang yang dulunya ceria, cantik dan kemas dah berubah menjadi agak tidak kemas penampilannya. Kak leha jadi jarang keluar rumah, banyak mengurung diri. Jika sesekali keluar pun, ramai yang sayu hati bila terserempak dengan kak leha yang kelihatan suka memakai baju-tshirt anaknya yang meninggal itu...

Walaupun kak leha kadang2 masih murung, jarang bersuara tapi dia tetap ingat ustaz, anak-anaknya, jiran2, kawan2nya termasuklah saya. Kak leha bukan jadi tak ingat.. bukan. Ustaz berikhtiar bermacam cara agar semangat kak leha pulih seperti sediakala. Memang mengambil masa, namun dapat rasakan kak leha semakin hari semakin tenang ... alhamdulillah. Saya yang waktu itu sesekali pergi menziarah, cuba luangkan masa duduk mendengar apa saja yang kak leha ingin luahkan. Kak leha minat bunga, jadi selalu timbul kisah tentang pokok2 yang dia tanam. Pokok2 bunga di laman tetap mendapat perhatiannya walaupun kak leha masih dalam keadaan kurang ceria.


Teringat... semasa kami berdua duduk-duduk di anjung rumahnya, kak leha menyuarakan rasa hatinya untuk tinggal tetap di Mekah pada suatu hari nanti. Ingin dia habiskan sisa-sisa umur di Mekah sehingga ke akhir usia. Waktu itu, saya hanya mendengar sambil sesekali mengangguk-angguk. Yang membuat saya tak lupa kata2nya sampai ke hari ini ialah tentang hajatnya untuk mencarikan pengganti dirinya buat ustaz jika nanti dia pergi tinggalkan ustaz. Kata-katanya membuat saya terdiam, dari wajahnya yang putih bersih jelas nampak keikhlasan kak leha sewaktu mengucapkan hasratnya itu...


~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~


Kini setelah bertahun-tahun menetap di tempat baru, saya tidak lagi mendengar khabar kak leha suami isteri. Walaupun kadang-kala fikiran melayang-layang teringat pada kawan-kawan lama yang dulu kenal baik, tapi masa dan jarak bagai terus memisahkan kami.


Namun baru-baru ini saya telah dikejutkan dengan satu berita yang tidak terduga. Seorang kawan telah sampaikan berita yang ustaz Halim telah kembali ke rahmatullah, oleh sebab barah dalam perut... Ohh..
Innalillahiwainnailaihirajiunn... fikiran saya di saat itu terus teringatkan kak leha.. teringat sangat2 dekat kak leha.. moga kak leha tabah menghadapi semua ini... Kami doakan agar roh arwah ustaz di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...... aminnn


3 comments:

sal said...

musibah melanda, kadang2 tak diduga...

moga kak leha tabah menghadapi dugaan yee..

Anonymous said...

Panggilan Illahi untuk kita redhai. Semoga Kak Leha dan arwah suaminya tergolong dlm manusia bertakwa.

nur said...

itulah yang diharapkan sal...
Moga kak leha tabah menghadapi..aminn


Anon,
Aminnn...ya rabbal 'alamin..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...