Rahsia 3M menuju taqwa


Alhamdulillah...balik dari kuliah maghrib semangat jadi semakin berkobar-kobar. Ustaz jemputan yang menyampaikan tazkirah datang jauh dari kL. Masa memandu lebih kurang sejam dalam jarak 100km nampaknya tidak menggugat keupayaan ustaz untuk sampaikan kuliah pada kami-kami di sini.. alhamdulillah ustaz kelihatannya begitu bersemangat, itu yang membuat dua tiga orang pakcik2 yang duduk jauh di belakang perlahan-lahan bangun mara ke ruang depan, cuba untuk lebih hampir dengan tok guru yang sedang bagi peringatan.

Seorang rakan pernah berbisik, "....majlis ilmu ni kadang duk ulang peringat benda yang sama je kan... tapi alhamdulillah tiap kali diperingatkan, jadi teringat balik benda2 yang kita hampir lupa dan yang memang terlupa.. Yang tak tahu tu banyak lah, tapi masalahnya yang dah tahu tu pun tak buat... "

"tu ler... betul la ustaz kata majlis ilmu ni majlis peringatan buat kita... dapat peringatkan kita yang duk leka ni"

~~~~~~~~~~~~~

Antara apa yang ustaz sampaikan semalam....

Marilah kita cuba sedaya mungkin untuk tinggalkan perkara yang dimurkai Allah. Ambik iktibar dari peristiwa Hijratul Rasul, renungi rentetan peristiwa dari mula sampai akhir bagaimana ianya terjadi. Biar tahu siapa orang-orang yang berasda di kalangan Rasulullah SAW di saat2 berlakunya hijrah tersebut. Cth: Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang menemani Rasulullah di sepanjang perjalanan, Saidina Ali yang menggantikan tempat tidur Rasulullah SAW untuk mengelirukan orang kafir Quraish, Asma ra puteri Saidina Abu Bakar yang tolong memasak dan menghantar makanan buat Rasululullah SAW dan bapanya di Gua Thur dan ramai lagi para sahabat ra yang berkorban jiwa dan raga dalam membantu proses perpindahan ini.

Saidina Umar Ar-Khattab menetapkan penggunaan rasmi tahunan bagi Kalendar Islam bermula tahun hijrah untuk nak gambarkan kepentingannya agar kita dapat terus menghayati peristiwa hijrah. Hijrah yang perlu ada dalam diri kita sekarang ini ialah jihad untuk cuba buat kebaikan, jihad untuk berubah agar dapat buat perkara baik dari yang tidak baik.

Dalam kedudukan kita hari ini, kita sebaiknya jangan berpindah kalau bukan untuk kebaikan, jangan pindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain jika ianya tak beri kebaikan. Tapi pindahlah jika kita berada dalam suasana maksiat. Jangan terus bertahan tinggal dalam persekitaran yang penuh dengan maksiat. Kita juga mesti berpindah jika tempat yang kita tinggal sekarang adalah tempat yang menghalang kita lakukan kebaikan. Contoh: Nak tutup aurat tak boleh, isteri dan anak2 dipaksa untuk tidak menutup aurat, nak solat jumaat di halang dsb.


....bersambung di sini.

6 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum

Terima kasih kerana berkongsi ilmu di sini.. semoga kita berusaha menjadi lebih baik daripada sebelum ini...

Cikli said...

hijrah perlukan pengorbanan banyak orang

sal said...

assalamualaikum..

klu ada masa pun saya suka hadir dlm majlis ilmu,spt ceramah,tazkirah,even kat tv pun kadangkala akan leka mendengarnya ..meskipun benda2 yg selalu didengar..tpi eloklah diulang2 kerana selagi dinamakan manusia, terkadang alpa..alhamdulillah jika kita sentiasa diperingatkan ke jalan yg diredhaiNya..insyaAllah..

nur said...

Wsalam kak werdah..
Sama2 kita ambil manafaat InsyaAllah.
TQ kami buat ustaz yang dtg menyampaikan, para penceramah silih berganti setiap malam.. rasa rugi sangat kak kalu terlepas mana2 kuliah Maghrib tu.

nur said...

Cikli..
Betul tu...InsyaAllah pengorbanan semata-mata kerana Allah..
Iktibar buat kita semua..

nur said...

Waalaikumussalam.
Alhamdulillah sal, istiqamah...
Takpe selalu diperingatkan perkara yang sama... InsyaAllah mampu tingkatkan kekuatan hati kita untuk terus beramal.. hati saya cepat terusik bila dengar pesanan ustaz, sedar diri banyak kelemahan..astaghfirullah..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...