Aku dengan agamaku


Terkedu bila tengok masih ada rakan blogger yang buat posting dengan tajuk besar Merry Cristmas. Nak komen agar elok di-removekan je takut dikatakan pandai2 pulak. Abih-abih tulis kat blog sendiri je lah tentang peringatan yang berterusan dapat dari para ustaz yang kata eloklah kita elakkan dari ikut mengucapkan Merry Cristmas/Selamat Hari Natal atau lain-lain ucapan bagi penganut agama lain.

Sejak sebulan lalu berbagai persiapan dipersiapkan untuk menyambut perayaan itu contoh shopping2 mall dihias dengan berbagai dekorasi , berbagai persembahan diadakan di ruang legar yang diselangi dengan ucapan Merry Cristmas, Selamat Hari Natal, nyanyian lagu2 seperti Jingle Bell, Jingle Bell dsb. Ia merupakan ucapan yang ditegah dari sama2 dipraktikkan oleh umat Islam kerana ia seolah2 mengiktiktiraf kefahaman tuhan trinity bahawa Isa al-Masih adalah anak tuhan.

Kukuhkan iman kita, hayati Surah al-Ikhlas...
Jangan kita kata, kita hidup dalam masyarakat majmuk maka kita mesti ikut terlibat dalam perkara ini. Ustaz tegaskan, buat perkara lain boleh tapi tiada toleransi dalam hal-hal yang bersangkutan dengan aqidah. Ingat bahawa perayaan Krismas adalah perayaan yang meraikan kelahiran Jesus yang mereka anggap sebagai anak Tuhan.

Dalam soal sebegini, kita mesti pertahankan prinsip... "kamu dengan agamamu, aku dengan agamaku." Kita sekarang berada di zaman maya di mana informasi-nya tidak terbatas, bergerak tanpa sempadan... maka walau kita tak dapat hadir ke majlis ilmu jangan kata ilmu tentang itu tak sampai pada kita. Jangan kita bekerjasama dalam perkara-perkara yang jelas mendatangkan dosa. Jangan buat.... kerana kerjasama terhadap perayaan semacam itu dikhuatiri akan hanya mengundang syirik. Syirik pada Allah merupakan jenayah yang paling besar.. paling ditakuti akan membatalkan aqidah... nauzubillah.


“Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”. (QS al-Kafirun: 6)

6 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya dgn berblog ini ilmu agama lagi bertambah. Kalau berblog pasal masakan, fasal sukan, fasal politik, fasal hiburan jgn pula tak ambil peduli soal agama. Jangan tutup mata dgn ilmu agama. Perayaan2 agama lain itu ibarat mengiktiraf atau menobatkan kemuncak syirik kepada Allah. Sebagai muslim jangan sekali-kali melibatkan diri apatah lagi memberi ucapan selamat kerana dikhuatiri boleh mengugat aqidah secara sedar atau tidak.Nau'zubillah.

nur said...

Anon,
Biar berbaloi cinta kita pada maya. Niat menjana cinta pada ilmu yang bermanafaat...aminn

sal said...

globalisasi dalam dunia tanpa sempadan..takut melihat anak2 kita yang dilahirkan di zaman yg canggih spt ini..

moga Allah dekatkan dirinya dengan iman..supaya dpt menapis mana yg HAQ dan mana yang BATIL..

Cikli said...

ingat mengingati sesama kita

nur said...

Betul tu sal.. kekhuatiran terhadap perkara tu bagaikan laut tak bertepi. Anak-anak diterjah pengaruh dari banyak sumber. Contoh macam tadi saya tak terkata apa bila dengar lagu 'i wish u a Merry Cristmas' berulang-kali diputar kat tv. Anak2 kecil pun konfem dah boleh hapal.

nur said...

Betul cikli, saling ingat-mengingati agar kurang peratus mudharat.. InsyaAllah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...